Pages

Thursday, October 4, 2012

Serawa Ubi Kayu / Pengat Ubi Kayu / Sira Ubi Kayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Hidangan pencuci mulut untuk minum petang Ini saya buat beberapa minggu yang lepas. Ubi kayu pula hasil dari menebas belakang rumah. Nampak ubi kayu timbul di atas tanah semasa menjemur kain. Dahan dari pokok pula dah terlalu tinggi dan besar hingga daunnya melintuk ke luar pagar sekaligus mengganggu lalu lalang kenderaan di belakang rumah. Jadi, buat keputusan untuk mencabut dan membersihkan semua sekali. Jadi, begitilah hasilnya, selonggok ubikayu. Ada separuh dah jadi kayu, jadi terpaksalah dibuang. 



Pengat ubi kayu atau juga dikenali sebagai sira ubi merujuk kepada jenis masakan berkuah manis ("jenis pengat") yang menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama yang dimasak. Pengat ubi merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Pengat ubi merupakan ubi kayu yang direbus dan disira dalam kuah pekat yang lemak manis. Wikipedia



SERAWA UBI KAYU / PENGAT UBI KAYU 
 Bahan bahan 
2 ketul ubi kayu sederhana besar 
1 cawan gula merah/gula kabung (sesuaikan ikut selera) 
2 cawan santan pekat 
1 st garam 
2 helai daun pandan 
2 sb sagu - dibersihkan dan ditos

Cara-cara 
1. Ubi kayu dibuang kulitnya dan dibersihkan. Potong menjadi ketulan-ketulan kecil. Saiznya terpulang kepada selera individu. 
 2. Rebus ubi kayu bersama sama air secukupnya hingga empuk. Asingkan.


3. Di dalam periuk yang lain, masukkan santan, gula merah/gula kabung serta daun pandan yang telah disimpul dan didihkan. Kacau hingga gula larut sepenuhnya. 
4. Masukkan ubi kayu yang telah direbus tadi beserta dengan sagu. Biarkan mendidih dan sagu bertukar menjadi warna jernih. 
5. Bila kuah agak pekat sediit, masukkan garam secukup rasa dan gaul rata. 
6. Siap untuk dihidangkan.


Kalau di sebelah utara, kita memanggil hidanga ini sebagai Serawa Ubi Kayu.


Siap untuk dihidangkan buat tetamu di rumah. Serawa ini manis, namun sangat sedap.

Selamat Mencuba....

1 comment: