Pages

Monday, September 17, 2012

Spaghetthi Bolognese

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Makanan yang agak kerap dibuat bila stok barang barang dapur kehausan. Cepat dimasak, sedap dimakan. Resepi dari fotopage Cek De Sam. Terimakasih ya. 

SPAGHETTHI BOLOGNESE

Bahan2
500 gm spaghetti (sepaket)
500gm daging lembu cincang (saya guna daging ayam cincang)
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning - dicincang halus
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tin sedang tomato puri (saya guna sos pasta)
4-5 biji tomato ranum - dipotong dadu
1 batang karrot - dipotong dadu kecil
1 batang celery - dipotong kecil
1 tin cendawan butang - dihiris (saya tak letak sebab takder stock)
1 kiub stok daging lembu (saya guna stok daging ayam)
1/2 st herba oregano atau Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula
3 sb minyak zaiton
2 sb butter
parutan keju parmesan


Cara2
1. Rebus 2 ltr air dalam periuk besar, masukkan 2 st garam. Bila mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali sekala dan masukkan satu st minyak zaiton @ minyak masak agar pasta tidak melekit. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese. Guna periuk tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaiton, masuk butter dan kacau. Bila cair dan berbuih masuk bawang besar, bawang putih. Jangan biar garing cukup sekadar bawang layu.
3. Masuk daging cincang, ketuk2kan daging biar semua hancur dan bentuk saiznya seragam. Goreng sehingga keperangan.
4. Masuk semua sayuran, goreng hingga lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api dan masak hingga mendidih, kacau selalu. BIla nampak susu diserap daging, masuk tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato utk menyukat 2 tin air. Tambah dalam kuah. Kacau sos sambil ditekan2 tomato supaya hancur.
6. Masuk herba, kiub, garam dan gula.
7. Biar mendidih lebih kurang 7 minit. Perlahankan api. Renehkan dengan periuk separa tertutup sehingga sos pekat.
8. Angkat dan hidangkan bersama spaghetti. Semasa menghidang, taburkan parutan keju parmesan dan daun parsley.
Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera.

4 comments:

  1. nampak sedap tapi akak punya llebih simple sbb malas nak taruh banyak2 bahan,mesti yg lebih banyak bahan lebih sedap kan Watttie

    ReplyDelete
  2. Morning Wattie... sarapan di sini ye, nak bubuh kuah banyak2 bagi tertutup tu semua spaghettinya...nyum nyummm

    ReplyDelete
  3. Morning Wattie...
    nampak spagetti kat sini terasa nak makan spagetti gak pepagi ni..

    ReplyDelete