Pages

Saturday, August 4, 2012

Ayam Syahjahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 
Tengah buat apa tu...... tengah main masak masak ya.... Saya pun main juga.  Maila tengok apa saya masak, mana tau boleh tukar tukar resepi ke nanti, hehehe..........layannnnn....

Resepi ayam ni sesuai disajikan sebagai hidangan berbuka puasa ataupun juadah hari raya. Resepinya saya ambil dari Intankitchen.  Minta izin untuk diperpanjangkannya  di sini pula ya, terimakasih. 


AYAM SYAHJAHAN 
By : Mumtag Begum Omar 
Rujukan : Buku Masakan Asmah Laili Minta Ampun Sedapnya.... Memang Sedap!!! 

Bahan A 
1 ekor ayam ~ dipotong 8, lumurkan dengan sedikit kunyit dan garam ketepikan 
5 biji buah pelaga 
3 cm kayu manis 
5 biji bawang besar ~ didadu kecil 
2 batang lada hijau ~ dibelah 2 jangan putus 
2 sudu makan pes halia atau bawang putih 
2 sudu makan pes tomato 
3 biji tomato ~ didadu kecil 
2 pokok daun ketumbar 
1 gengam daun pudina 
2 sudu makan rempah kari daging 
1/4 cawan minyak ghee / minyak sapi 
1/4 cawan minyak jagung 
garam secukup rasa

Bahan B 
1/4 cawan tairu  
5 biji badam 
5 biji gajus 
1/4 sudu teh koma-koma ~ semua bahan di atas dikisar halus (yg ni tak letak)

Panaskan minyak jagung dan gorengkan ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan. Tambahkan minyak ghee kepada lebihan minyak gorengan ayam dan biarkan panas Tumis buah pelaga dan kulit kayu manis hingga harum Masukkan bawang yang telah didau dan lada hijau Tumis lagi sehingga bawangnya kuning dan ladanya layu Kacau setiap asa sebab bawang dadu cepat menguning Masukkan pes halia atau pes bawang putih dan tumis hingga wangi Masukkan pes tomato dan dan tumis selama 2-3 minit Kemudian masukkan tomato dadu, daun ketumbar dan daun pudina. Tumis selama 10 minit Sentiasa dikacau untuk membantu memecahkan tomato
Masukkan rempah kari daging dan tumis selama 10 minit Kemudian masukkan bahan B dan garam, tumis semula sampai keluar minyak Masukkan pula ayam yang telah digoreng dan balik-balikan selama 5 minit sahaja Padamkan api dan biarkan selama 5-10 minit agar naik minyaknya Keluarkan minyak yang berlebihan ~ ketepikan Bolehlah di sajikan bersama nasi pilihan 

Panduan : Apabila mula menumis, pastikan bahan-bahan tumisan dikacau setiap masa sehinggalah dimasukkan ayam. Jangan tumis terlalu lama kerana rempahnya akan menjadi pahit

Selamat Mencuba......

5 comments:

  1. tengok gambar aje pun dah tau sedap :)

    ReplyDelete
  2. Kalau sempat balik raya nanti nak cari juga buku resepi ya ampun sedapnya tuu....

    ReplyDelete
  3. sedapnye..tapi bahan2 die byk nye..hehe

    ReplyDelete
  4. I haven't tried to eat Ayam Syahjahan before. But definitely want to try that.

    Regards,
    Haley McAdams
    Food Handlers Card

    ReplyDelete