Pages

Wednesday, May 2, 2012

Happy Birthday Wattie !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Happy Birthday to Me, hehehe. Siapa lagi yang nama Wattie kat Watties HomeMade ni kan, kalau tak tuanpunya blog ni, kita ler tu...hehehe. Ni kesah berminggu minggu yang lepas. Kita sambut hari lahir pada bulan April, sama bulan macam hubby juga, birthday hubby awal seminggu aja daripada kita.
Sebelum mixer mengorak langkah, mengadun kek istimewa sempena hari lahirku, ku ingati dulu kek kegemaran hubby dan anak anak. Kek Coklat!!!, sepantas kilat kek itu menerpa ke dalam kotak ingatanku. Itulah kek kegemaran anak anak dan hubby, yang kalau dibuat, insyaAllah akan selesai.......
Beberapa jam berlalu, lihatlah hasilan daripada kerastanganku. Malangnya......huhuhuhu topping kegemaran anak anakku tidak mampu kuhasilkan kerana stok cooking chocolateku sudah kehabisan, jadi ku rembat aja apa yang ada di dalam petisejuk tuaku.....
Dengan sedikit sapuan buttercream yang nipis, dihiasi dengan hirisan badam yang dipanggang sebentar. Yahooo.....akhirnya.......hasilanku sempena hari lahirku. Kombinasi yang tidak kurang hebatnya, sungguh harum dan menyelerakan.
Selepas semuanya terhasil dengan jayanya, ku bawa kek ke ruang tamu, duduk melepak di atas lantai sambil menonton tv sambil tangan memotong kek hehehe. Sebetulnya, seumur hidup ku tak pernah ku celebrate hari lahir, huhuhu.....jakunkah aku??? namun, itulah hakikatnya. 

Setiap tibanya hari lahirku, aku akan buatkan kek, kalau sewaktu bekerja dahulu kedai bakeri jadi tumpuanku. Kek yang tersedia hanyalah buat kami sekeluarga. Hubby akan wish happy birthday, terkadang tu sehari lebih awal, hehehe. Kadang kadang hubby belikan sesuatu, kadang kadang tak beli apa, huhuhu, tapi alhamdulillah, birthday wishes tetap hubby tak lupa walaupun terkadangkala tersasar juga harinya. Bagi diriku, itu sudah lebih dari segala galanya, mengingati dan diingati.......alhamdulillah bertambah lagi usiaku untuk yang kesekian kalinya.....
Aku redha dengan segala yang telah tertulis buatku. Aku pasrah untuk segalanya, menerima segala kelebihan, maupun kekurangan diri. Hanya yang ku harapkan agar aku mampu menghadapi dan memperbaiki segalanya dengan hati yang tabah, cekal dan berani. Semuga langkah langkahku kian matang dan selalu membawaku ke arah yang lebih baik, insyaALLAH. Semuga Allah mempermudahkan segala urusanku....Amin...
Tiada apa yang ku harapkan hanyalah keredhaan ILLAHI serta kasih sayang hubby dan anak anak. Semuga bahagia sentiasa memayungi di setiap kehidupan kita.....

Waktu berjalan kian pantas.. 

Detik berganti minit.. 
Minit berganti jam.. 
Jam berganti hari.. 
Hari berganti bulan.. 
Bulan berganti tahun.. 
Dan tanpa kusedari, 1 tahun sudah kulewati 
Dan kuingat kini adalah tahun ke.... (malu ah, sudah veterankah aku, ) setelah aku dilahirkan.. 
Selamat Hari Lahir ku ucapkan untukKU......ahaksssss.....

9 comments:

  1. hppy bady kak wattie.smg sihat sentiasa...hidup bahagia dan ceria....nk mintak sepotong kek cekelat tu bule ka?

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Wattie...semoga sentiasa sihat,bahagia dan dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  3. happy birthdayyyyyy...
    semoga dilimpahi kasihsayang, rezeki, kesihatan yg baik dan sentiasa di bawah lindungan Illahi :)

    Cantiknya decor kek coklat kat atas tu...syoknya dpt buat sendirikan,

    Psssttt...umur akak bkn 33 ler...itu cuma anak akak yg suka bodek ummminya...33 tahun dah berlalu berbelas2 tahun yg lalu...hik3

    ReplyDelete
  4. wahhh cantiknya kek b'day dia...ni yg best kalau jadik tokeh kek ni..macam2 design boleh buat...hehehe

    selamat hari lahir kak..:)

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir kak wat! semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki nanti...

    ReplyDelete
  6. Happy birthday kak Wattie!!
    semuga dipanjangkan usia dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik..insyaallah..serta berbahagia disamaping keluaraga tercinta didunia & akhirat..

    waduh cantiknya kek akak ni ler..kecur kita tebgok kecoklatannya tu..ada almond slice lagi pasti sedap ni kak..

    ReplyDelete
  7. Happy birthday kak Wattie cayang, kita berkongsi bln kelahiran yg sama juga kak..nanti boleh tumpang potong kek sama-sama dgn akak..hehe

    didoakan juga semoga hari-hari yang akak lalui akan sentiasa dirahmati Allah selalu hendaknya..amin:)

    ReplyDelete
  8. hepi befday... semoga dilanjutkn usia...murah rezeki...tercapai segala impian.

    ReplyDelete