Pages

Saturday, April 21, 2012

Snowy Cheese Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek Cheese Bersalji bersempena hari lahir hubby pada 11 April yang lalu.

Semoga dengan bertambahnya usia menjadikanmu insan yang mulia, semakin disayangi ALLAH dan menyayangi ALLAH, semakin umurnya berkah, pahalanya bertambah, segala urusan dipermudahkan ALLAH. "__SELAMAT HARI LAHIR_SAYANG_"




Kek cheese bersalji
Sumber  :  sherry_mz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 orang )
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)


UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara
Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Freshly baked from the oven...... Lihatlah rupa kek sebelum dihias dan tekstur kek yang tersangatla halus dan gebu.

Dah habis jamu mata, mai kita jamu selera ya...............

9 comments:

  1. wow gebus gebasss tgk kek tu...mmg padan la dgn namanya tu...mesti sedapkan...

    ReplyDelete
  2. alahai bertuahnya en hubby tu dpt mkn kek mewah tu..dh lm berangan nk buat kek ni tp kiv dulu sbb kos tinggi ..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Selamat petang Wattie,
    happy belated birthday buat hubby dia yang tersayang,
    dia saja je buat untuk 6 orang.... yang datang deret2 ni terliur-liur balik dengan mulut kosong he he hehehh

    ReplyDelete
  4. Kak watie best ni meleleh cheese,best best siap ada salji lagi

    ReplyDelete
  5. sedapnye tengok cheese yang cair tu kak wattie...

    ReplyDelete
  6. Salam.. kalau sha yang makan ni.. gerenti mata pejam.. lama naa ku kemam kek tu dalam mulut... ngencess dah ni...

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi Wattie,gue dah tertawan dengan tekstur kek cisyg nampak gebu dan mulus ituu..

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Wattie..sungguh saya terguda ngan kek ini..nyum nyum nyummmyyyyy

    ReplyDelete
  9. salam keenal Watie,aduii cantik nya kek tu terhingin nak makan yg bercheese2 gitu sodappppp snagat

    ReplyDelete