Pages

Thursday, April 26, 2012

Kucing Oh Kucing.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Sekali sekala jom ler layan gambar kucing kucings yang singgah ke rumah saya.............
Selepas kematian kucing Tuah beberapa bulan yang lepas, rumah saya disinggahi satu famili kucing yang comel... Siibu, sibapa dan 3 ekor anak, ibu kucing bertompok putih oren dan hitam. Bapak kucing warna oren. Anak anak kucing pula, seekor warna putih, seekor lagi warna oren dan yang last sekali warna hitam......Comel sangat kucing2 ni semua, suka saya melihatnya. Cuba tengok gambar yang kat atas sekali tu, sampai menyenget kepala si ibu nak membetulkan kedudukan agar anak anak merasa selesa bila disusukan....... terharu hatiku melihatnya......
Tak tau dimana kucing ini melahirkan, tau tau dah menginap di belakang rumah saya di celah celah pokok pandan. Mula-mula jumpa kucing2 ni, mereka semua malu malu dan takut takut bila melihat saya...... Bila nampak aja kelibat kita, terus lari lintang pukang menyorok di balik pokok belakang rumah........macam nampak hantula pulak......
Tapi, bila hari hari tengok muka yang sama aja asyik menjamu mereka makan, maka mereka pun terbiasalah dengan muka glamer kita itewww hehehehe.......
Sekarang ni dah tak malu malu dan takut takut lagi dah. Bila buka aja pintu dapur terus terpa ramai ramai masuk ke dalam rumah, siap mengiaw giaw lagi minta diberikan makanan. Terkadang tu sampai ke dalam bilik mereka pi tawaf......hmmmmm......jangan melepas di sana sini udahhhh.....
Apa yang kami sekeluarga makan, itulah juga yang kucing2 ni makan, takderla kita nak belikan makanan istimewa untuk mereka cam friskies ker aper ker......... ala kadar aja...... Macam makan nasi bungkus, lepas makan terus buang kertas tu, senang cerita, takpayah mencuci pinggan mangkuk segala heheheh.....
Dimana ada siibu, pasti ada si anak anak, kecuali bapak anak dah menghilang entah kemana......
Siibu nampaknya sangat menyayangi anak anaknya, selalu temankan anak anak bermain. Suka sangat saya melihat aksi aksi sikucing bermain...
Apala agaknya yang dimenungkan.......

Saturday, April 21, 2012

Snowy Cheese Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek Cheese Bersalji bersempena hari lahir hubby pada 11 April yang lalu.

Semoga dengan bertambahnya usia menjadikanmu insan yang mulia, semakin disayangi ALLAH dan menyayangi ALLAH, semakin umurnya berkah, pahalanya bertambah, segala urusan dipermudahkan ALLAH. "__SELAMAT HARI LAHIR_SAYANG_"




Kek cheese bersalji
Sumber  :  sherry_mz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 orang )
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)


UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara
Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Freshly baked from the oven...... Lihatlah rupa kek sebelum dihias dan tekstur kek yang tersangatla halus dan gebu.

Dah habis jamu mata, mai kita jamu selera ya...............

Thursday, April 19, 2012

Nasi Ayam Hainan


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kembali dengan set nasi ayam yang mudah dan enak untuk sajian seisi keluarga. Resepi dicungkil hasil rondaan ke  SINI ya. Terimakasih diucapkan kepada empunya resepi.





 Nasi Ayam Hainan
 Bahan A
1 ekor ayam ( ros guna yang se ekor 1kg tu)
3 biji bawang putih dicincang halus atau diblender
1/2 buku halia saiz sederhana ( dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi sedikit garam

Bahan B ( untuk sambal lada)
1 biji capcicum merah ( leh guna lada merah)
2 biji bawang putih 1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana ( agak2 je)
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan




Bahan C
4 cawan beras biasa atau beras jasmine ( kuantiti beras ikut isi rumah)
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia ( dihiris nipis)
1 sudu besar minyak bijan ( kalau nak letak daun pandan pun buleh kasi tambah wangi)


Bahan D ( sup Ayam)
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam daun sup hidangan sampingan salad timun tomato

 Caranya ( untuk ayam)
1. Mula-mula letak se-ekor ayam dlm periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hinnga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan. Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti. bila nak makan nnt baru potong dan letakkan sedikit kicap cair ( ros guna soyu), renjis minyak bijan dan hias dgn hirisan daun sup.

 2. Buat sambal lada- blender semua bahan B dan masak hingga agak pekat.


3. Untuk sup dan nasi pula, Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bagi Bahan C iaitu bawang putih, dah halia, setelah agak garing separuh bahan tumis tu di curah dalam dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti, masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.

4. Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api, ok dah siap, hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni. Walaupun step nye nampak banyak, tapi bila dah buat senang je, tak guna banyak masa pun.



Selamat mencuba dan selamat menjamu selera......

Tuesday, April 17, 2012

Rainbow Cakes The Making.......

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 


Akhirnya tercapai juga hasrat hatiku untuk menghasilkan kek pelangi ini...... Buat kek ini sempena hari lahir anakku yang sulung pada bulan Mac yang lepas. Buat hanya untuk makan makan sekeluarga. Jom kita tengok cara cara buatnya.......layannnnn.....




Mula mula kena sediakan kek seperti resepi di bawah ni ya. Bakar adunan selapis demi selapis mengikut warna pelangi yang bersesuaian.



Lepas tu lapiskan pula dengan buttercream yang bersesuaian. 


Resepi kek pelangi kali ni ni saya ambil dari rumah Rahel.  Mula mula tu nak cuba versi Martha Stewart, tapi bila melihatkan kuantiti gulanya yang terlalu tinggi, terbatal sekejap hasrat di hati. Jadi, saya cuba versi yg ini dulu. 

Rainbow Cake/Kek Pelangi 
Sumber : Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria 



 Bahan:


 250g mentega 
 220g tepung kek} 
 1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A) 
 200g gula kastor 
 4 biji telur gred A 
 5 sudu makan air susu 
 1 sudu teh esen vanila pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)


 Cara: 
 1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C. 
 2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih. 
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.  
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila.Gaul hingga rata. 
 5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan. 
 6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C. 
 7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.



Sapukan juga buttercream di seluruh kek dan hiaslah ikut kreativiti masing masing. Saya sapukan salutan buttercream yang nipis sahaaja dan deco pula menggunakan piping gel yang diwarnakan. Buat ringkas saja sebab sendiri yang nak makan... 


Krim Mentega 
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria 


Bahan: 
150g mentega 
350g krimwell 
180g sirap gula/susu krimer manis 
3 sudu makan gula aising 


Cara: 
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit. 
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising. 
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.



Lepas posing mana mana yang patut, potongler kek tu untuk disantap. Maka terhasillah corak pelangi.....


Jom kita lihat pula teksturnya dengan lebih dekat.......zoooommmmmm.....




Posing berdiri ada...............




Posing berbaring pun ada......







Terimakasih kerana sudi berkunjung ke sini.......

Monday, April 16, 2012

Our Journey Begins - 2nd Blog Anniversary


Assalamualaikum wbt, 

Sebenarnya ku ingin pergi menemuimu,......
Ku ingin belikan kek ulang tahun buatmu,......... 

Ku ingin meraikannya bersama samamu...........tapi............huhuhu......... 

Akhirnya.....ku akur bahawa aku hanya mampu fikirkan hadiah terbaik buatmu.......



Maka, ku abadikan potret indah bunga bunga mekar dilaman blogmu sebagai kenangan........
Selamat ulang tahun untuk sahabat terbaikku. 
Detik ini aku hanya ingin menyapamu dengan satu doa  :- 
Semoga TUHAN selalu melimpahkan cinta-Nya di hatimu.

Sunday, April 15, 2012

Gulai Ikan Senangin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,





 GULAI IKAN SENANGIN


 Bahan-bahan :-
 1 kilo ikan senangin
 3 sb rempah kari ikan
 1 sb cili mesin
 5 ulas bawang merah
 3 ulas bawang putih
 1 st lada hitam
 1 cawan air asam jawa
 1 mangkuk santan pekat
 5 biji kacang bendi
 2 biji cili hijau
 2 tangkai daun kari
 1 st halba campur
 garam dan sedikit serbuk perasa

Cara-caranya :- 


 1. Ikan dibersihkan dan toskan airnya. 
 2. Bawang merah, bawang putih, 1 tangkai daun kari dan lada hitam ditumbuk lumat. 
 3. Campurkan serbuk kari ikan dengan sedikit air dan gaul sebati. 
 4. Hiris sedikit bawang merah dan bawang putih  untuk menumis. 
 5. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris, halba campur dan daun kari tadi. Bila telah naik bau, masukkan rempah kari  dan biar sehingga rempah masak dan naik minyak . Masukkan pula air asam jawa dan biar sebentar. 
 6. Masukkan ikan dan tutup. 
 7. Masukkan pula santan kelapa dan biar sehingga mendidih. 
 8. Masukkan kacang bendi, cili hijau, garam dan sedikit serbuk perasa. 
 9. Biar sehingga mendidih sekali lagi dan siap untuk dihidangkan



Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.......

Friday, April 13, 2012

Almond Chocolate Cheese Tart

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Projek terbaru saya.........jom layannnnnnn.......



Kali ni buat untuk hubby bawa ke office. Buat juga sedikit untuk anak anak. Anak anak ni kalau bab coklat, memang tak tolak, berebut2 mereka. Sekejap aja selesai, memang best giler chocolate tart ni. Bila digigit terasa lemak lemak cheese beserta coklat ditambah pula dengan hiasan badam panggang yang rangup menambah2 lagilah akan keenakkannya....

Wallahhhh......limpahan coklat yang sungguh menggamit selera....

Tak teringin ker.....hehehe.......baik punya promosi......hehehehe...


Freshly baked from the oven.......panas, panasssss. Coklat terlebih letak sampai melimpah ruah bila dibakar.....



Jadi, inilah produk terbaru deWattiesDelight ya, jika ada sesiapa yang ingin menempah, silakan ya, dial la no 012-4742726.......

Wednesday, April 11, 2012

Asam Pedas Ayam dengan Nenas



Salam Isnin semua,

Hari ni tiba tiba terasa nak makan asam pedas la pulak. Teringat masa arwah ibu ada dulu, dia selalu buat asam pedas ni, tp guna ikan...... tak pernah guna ayam. Saya suka hirup kuah asam pedas begitu saja...........ada rasa masam masam manis dan pedas........Lepas hantar anak ke sekolah, apalagi selongkar la petiais tua ku itu. Nenas dah ada, bunga kantan yang dibeli tempohari pun masih elok lagi, cuma daun kesum aja tak ada, kira okay la tu.....




Jadi, hari ni saya masak asam pedas tanpa daun kesum, macam CMG jugak. Resepi ini saya tak letak cili kisar sampai 1 1/4 cawan, giler ko, kalau letak betul betul la
mau berasap telinga anak anak ngan laki aku....pedas tu.... Saya cuma letak lebih kurang 5 sb, itupun dah cukup pedas sebab saya kurangkan air. Memang sedap asam pedas ni, sekali sekala masak cam gini best jugak kan, dapat jugak menghirup kuahnya, pedas berdesiu beb.... tp best.....

Kalau nak tahu macam mana cara bikinnya, jom kita intai bahan bahannya ya...... Ops, sebelum terlupa, terimakasih ya CMG sebab sudi berkongsi resepi.

Asam Pedas Ayam Dengan Nenas

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam di kerat sederhana besar, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap kuntum
1 genggam daun kesom (tak letak. sebab tak de)
1 biji sederhana nenas madu, kupas dan potong serong
1 inci lengkuas, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 1/4 cawan cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus, serai dan lengkuas titik hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan kacau rata, biar hingga ayam sedikit kecut. Tuang air secukupnya dan masak hingga ayam empuk.

Tambah nenas, bunga kantan dan daun kesom (jika guna), masak hingga nenas lembut sedikit, tuang jus asam jawa dan sir jika kuah agak kurang. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

Monday, April 9, 2012

Chocolate Cheese Tart and Caramel Cake Fariha


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Chocolate Cheese Tart dan Caramel Cake tempahan Fariha. Fariha dah pernah menempah Carrot Walnut Cake sebelum ini.



Kali ni Fariha nak rasa chocolate tart dan kek karamel pula. Selamat berkenalan Fariha. Comel sangat orangnya.....








Terimakasih banyak di atas tempahan ini.