Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Saturday, March 31, 2012
Gulai Ayam Peranakan Chef Wan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Resepi ni memang sangat sangat sedap. Terimakasih buat Chef Wan dan Iresepi kerana menyumbangkan resepi sedap sangat ini.
Gulai Ayam Peranakan Chef Wan
Sumber : Iresepi
Bahan-bahan:
12 keping Ayam Segar Ayamas
6 sudu besar Minyak sayur
½ biji Nenas segar, dipotong dadu - sy tak letak sbb takder stok
½ cawan Jus Asam Jawa
½ peket Santan Kelapa
Gula dan garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk pes rempah:
6 biji Cili Merah
4 sudu besar Cili Boh
½ batang Bunga Kantan
2 batang Serai
3 keping Daun Limau Purut
1 sm Halia segar
2 biji Bawang Putih
6 biji Bawang Merah
1 sudu kecil Belacan
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ke semua bahan – bahan tadi sehingga berbau wangi dan kemudian kecilkan api.
2. Masukkan nenas, asam jawa dan santan. Masak selama 5 minit.
3. Masukkan ayam segar Ayamas, gula dan garam. Masak sehingga kuahnya menjadi pekat sedikit selama 45 minit.
Friday, March 30, 2012
Tempahan Pn Harlina sempena majlis perpisahan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Caramel Cake tempahan Pn Harlina dari Konsortium Logistic Bhd sempena farewell party.
Pn Harlina nampak sungguh ceria orangnya dan peramah. Saya yang serius ni pun tetiba jadi terceria sekali, hehehe..... Anyway, gembira dapat berkenalan dengan Pn Harlina dan teman seofis beliau.
Terimakasih di atas tempahan ini, harap pihak puan berpuashati.
Wednesday, March 28, 2012
Sambal Ikan Tongkol
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Agak lama juga saya tak letakkan resepi ikan. Beberapa hari yang lepas hubby belikan ikan tongkol di pasar malam berhampiran. Sebenarnya saya tak pernah masak ikan tongkol. Sebelum ni pun hubby tak pernah beli ikan ni. Entah apa mimpinya tetiba bawak balik ikan tongkol ni pula untuk di masak.
Sedap sangat rasa sambal ikan ni. Kalau pekena dengan nasi lemak lagi best kan. Resepi Kak Liza tetap menjadi pilihan. Terimakasih ya kak.
SAMBAL IKAN TONGKOL (Nasi Lemak)
Sumber : Kak Liza
Bahan A
1 ekor ikan tongkol
4 keping asam keping
1 s/b asam jawa
2 cawan air
1 labu bawang besar [mayang kasar..optional]
minyak
garam
gula sedikit
Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
sedikit belacan [optional]
Cara
1. Ikan tongkol diptong 4 dan basuh bersih. Toskan
2. Masukkan ikan tongkol, asam keping, air dan garam dalam periuk dan rebus sehingga mendideh. Biarkan semalaman. (Saya abaikan bahagian ini)
3. Angkat ikan tongkol rebus dan goreng dalam minyak. (Sy gorengkan ikan bersama garam dan kunyit)
4. Tinggalkan minyak anggaran menumis sambal dalam kuali.
5. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi. Kacau rata.
5. Masukkan gula dan air asam jawa [ramas asam jawa dengan air rebusan ikan dan tapiskan].
6. Masukkan ikan dan biarkan mendideh.
7. Masukkan bawang besar dan perlahan api.
8. Masak dengan api perlahan sehingga naik minyak.
9. Hidangkan dengan nasi lemak atau nasi putih dan sayur lemak putih..

Sunday, March 25, 2012
Terimakasih Fiqah dan Happy Birthday Azree
Banana Yoghurt Cake tempahan Fiqah istimewa buat suami tersayang, Azree.
The Cake : Banana Yoghurt Cake
Topping : Chocolate Mousse
Size : 9in (Hexagon)
Weigh : 1.4kg
Kek sebelum dimekap.
Happy Birthday Azree, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Amin.
Serta Strawberry Cheese Tart....
Terimakasih di atas tempahan ini.
Friday, March 23, 2012
Ayam Sos Hitam Berampai
Assalamualaikum dan salam petang jumaat semua,
Tengah buat apa tuuuuu..... tengah minum petang ya. Sambil minum minum, mai la jamu mata dengan ayam sos hitam berampai saya ni.
Ni kali kedua saya buat ayam ni. Dah pernah dicuba sebelum ini, boleh lihat resepinya di SINI ya.
Wednesday, March 21, 2012
Kek Karamel tempahan Siti Susi, Sitti Zaiton dan Rashidah
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Yang ni pula tempahan rakan rakan ofis dahulu. Selepas merasa kek karamel yang ditempah tempohari. Hari ni rakan rakan buat repeat order....
Sebelum tu Siti Zaiton tempah yang ni dulu.
Diikuti oleh rakan rakan yang lain. Semuanya kata kek ni sedap sangat, lembut dan berkrim, alhamdulillah kalau semua menyukainya, kita lagila suka...hehehe
Mereka ramai ramai nak kaler oren, cam warna lampu traffic light tu. Ha, kita pun ikut jerla kehendak pelanggan ya dak.
Terimakasih semuanya ya, dah tiga minggu kita berulangalik ke tempat yang sama menghantar kek kek tempahan ni, mujur jugak dekat, kalau tak korang kena mai amik la jawabnya, hehehe.....

Monday, March 19, 2012
Nasi Beriani Batu Pahat
Assalamualaikum semua,
Harap semua sihat sihat ya. Tak tau pulak nak tulis apa, jadi kita terus ajala ke resepi untuk hari ini ya...... Harap maaf, saya kopipes sebijik sebijik resepi ni dari resepi asal MrsDayat. Terimakasih banyak ya Mrs Dayat, sedap sangat resepi ni. Kepada penggemar nasi beriani, bolehla mencuba resepi sedap ni.
Nasi baryani Batu Pahat
Sumber : mrsdayat@myresipi.com
Bahan-bahan ( 4org )
3 cwn beras basmathi
sedikit rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair
Cara-cara
panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
masukkan air..tunggu sampai didih
masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...
Ini pula kuah daging beriani yang digandingkan dengan nasi kat atas tu.
Kuah daging baryani
Sumber : mrsdayat@myresipi.com
Bahan-bahan ( 4 org )
setengah kg daging lembu (potong kiub)
setengah biji bawang besar (hiris)
baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
1 biji tomato saiz besar (belah 4)
3-4 biji cili hijau
2tbsp tomato puree
1tbsp sos tomato
1/4 cwn susu cair
sedikit ghee
sedikit rempah tumis
3 tbsp rempah baryani
garam,gula,ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
1 tbsp yogurt
Cara-cara
gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
masukkan daging..gaulkan.
masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
buleh la di hidang bersama nasi baryani...
update:..lupe lak nk bgtau..bule juge ganti daging ni ngan kambing or ayam.kalo kambing ikut je care ni.kalo ayam,goreng skjap(jgn smpai garing) ayam tu..baru masuk dlm kuah..=)
Selamat mencuba.....dan selamat menjamu selera....
Wednesday, March 14, 2012
Kek Karamel tempahan Ija Politeknik Sbg Perai
Assalamualaikum semua,
Ni kek karamel saya buat untuk Ija dari Politeknik Sbg Perai. Mula mula Ija tempah satu, yang kat atas tu, saya buat kaler hijau.
Tengahari, mungkin selepas selesai makan kek, Ija sms nak tempah lagi dua untuk hari Jumaat. Petang sikit, Ija sms lagi sekali nak tambah lagi satu. Jadila 3 bijik kek karamel semuanya.
Yang Ija punya, Ija nak kurang manis, jadi akak dah kurangkan kuantiti gulanya sikit. Utk membezakannya akak letak ler kaler oren, yang lain kaler hijau.
Terimakasih banyak ya Ija dan teman teman yang telah sudi menempah, harap kalian berpuashati. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Sunday, March 11, 2012
Tosai Masala
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Taraaaaa.....ni la breakfast saya hari Sabtu yang lepas, tosai masala. Jangan la tanya resepi pulak ya, sebab bukan saya yang buat, saya jadi tukang makan aja. Saya makan tosai ni dekat Restoren Nashmir, Bandar Perda, Seberang Perai, dekat aja dengan rumah saya. Kalau nak tahu, masa saya kecil kecil dulu, arwah ibu selalu sangat belikan sarapan ni buat kami sekeluarga. Boleh dikatakan kami sekeluarga memang penggemar tosai selain capati, jangan gelak ya. Terkadang tu, bila makan di restoren, ada orang akan jeling jeling, pandang pandang dekat saya, benda alah apala agaknya dia ni makan yer....agaknya itu yang ingin mereka katakan, kan???
Sarapan pagi yang begitu sinonim dengan masyarakat India. Bagi orang yang tidak biasa dengan makanan ini, mungkin tekak tidak dapat menerima kerana rasanya yang agak masam. Agak payah sebenarnya untuk mencari tosai yang betul betul sedap.
Tosai Masala selalunya dihidangkan dengan kuah dhal, kari dan sambal kelapa manis ataupun pedas. Di dalam lipatan tosai yang rangup, terdapat inti masala yang telah dimasak mengandungi sayur sayuran seperti kentang, lobak merah, bawang merah, cili kering dan rempah ratus.
Sekeping tosai masala ini kalau dihabiskan, kita akan merasa perut kita teramat penuh kerananya, sungguh mengenyangkan.
Hubby yang tak pernah makan tosai pun cuba juga makanan ni, hehehe, mungkin dia teringin bila selalu tengok saya makan dengan berseleranya.