Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Wednesday, February 15, 2012
Gulai Nangka Muda Tumis Darat
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Menu di atas adalah salah satu menu yang sempat saya sediakan minggu lepas. Nangka muda pemberian jiran sebelah rumah, siap direbus, terimakasih ya Ida. Agak lama juga saya tak makan gulai nangka. Seingat saya ini mungkin kali kedua sejak berkahwin saya menyediakan gulai nangka seperti ini. Alasannya mudah, sebab hubby tak berapa suka. Kata hubby nangka ni angin, kalau dimakan takut lenguh satu badan. Tak tau pulak saya sejauh mana kebenarannya. Apa yang saya tahu, nangka mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Namun, penggunaannya perlulah mendapat mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Ðikenali juga dengan nama ‘jackfruit’ dalam bahasa Inggeris, buah nangka mengandungi banyak khasiat seperti vitamin A, vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niasin), vitamin B6 (pyridoxine), vitamin B9 (folat), vitamin C, protein, kalsium, besi, magnesium, fosforus, kalium (potassium), zink, tembaga, magan, selenium, lemak asli, asid lemak omega 3, asid lemak omega 6, serat pemakanan, karbohidrat dan kalori.
Terdapat pelbagai kebaikan buah nangka. Ðikatakan isi buah yang mudah dihadam mengandungi gula mudah seperti fruktosa dan sukrosa yang apabila dimakan, mampu menambah tenaga dan menyihatkan tubuh dengan segera.
Buah nangka kaya dengan serat pemakanan sekaligus menjadikannya sebagai penjulap baik. Kandungan serat ini dikatakan mampu membantu untuk melindungi membran mukus usus besar (kolon) melalui cara mengurangkan masa pendedahan dan juga sebagai pengikat kimia penyebab kanser dalam usus besar.
Buah nangka segar adalah sumber terbaik vitamin. Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam buah nangka ini amat baik untuk penglihatan. Vitamin A juga diperlukan untuk mengekalkan keutuhan membran mukus dan kulit dan untuk merangsang kekebalan tubuh.
Sumber : Pertubuhan Peladang
Inilah hasil airtangan saya, menggunakan resepi sumbangan Kak Liza kerana ianya ada persamaan dengan resepi arwah ibu. Terimakasih ya kak.
NANGKA BEREMPAH atau GULAI NANGKA TUMIS DARAT
Bahan :
500 gm nangka muda yg kecil
200 gm ikan talang kering (sy ganti ikan bilis)
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
3 s/b rempah lemak atau kari ikan
1 labu bawang besar
garam
Rempah Tumis [hiriskan]
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
1/2 s/k halba
1/2 s/k jintan manis
Cara:
1. Nangka dibuangkan kulit dan rebuskan nangka dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan tumis dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh.
4. Tumiskan bahan tumis dalam kuali sehingga wangi.
5. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai ikan tadi.
6. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
7. Bila nak dihidang kacau perlahan gulai supaya minyak & bahan tumis kelihatan saperti naik minyak
Saya terkurang letak santan sebab stok kehabisan dan ikan pula saya gantikan ikan bilis, hanya itu aja yang ada. Jadi, begitulah kejadiannya. Walaupun begitu, dua mangkuk jugalah saya kerjakan, meratah begitu sahaja....hehehe, tudia penangan gulai nangka. Anak anak pun suka....cuma bapa anak aja tak makan, jadi kita sediakan maggi special untuk si hubby.
kakkkkkkk wattieeeee nak gulai nangka pebret cheq ni ,uiks kalau buat ni makan tak hengat boh pulak sambai belacan nyum nyum nyum
ReplyDeletesedapnya kak...minggu ni nak beli nangka lah..hehehe
ReplyDeletesedaaapnya... dah lama x masak nangka muda... terliur tgk..
ReplyDeletesedap ni
ReplyDeletewah.. ada gulai nangka.sedap pastu sapu minyak angin.
ReplyDeleteYang ni..akak hirup aje..kena dengan sambal belacan ulam timun cukup....hebat...sodap
ReplyDeleteSedapnya...mkn ngan nasi panas...cam kak paty ckp...ada lak sambal belachan...ulam petai ..jering bagai...fuhhhh....he he...asyik makan je...:)
ReplyDeleteAssalam Wattie yang dirindui. Lama benar rasanya tak berkunjung ke sini, dan dapatlah pulak hidangan nangka muda tumis darat! Alalaaaa... Wattie, rupanya gulai nangka dia dah habis, tinggal cerita aje.. kempunanlah kita nak makan...hu hu huuu
ReplyDeleteassalam kak wattie,
ReplyDeletesedap ni kita memnag suka makn nangka..
angin tolak tepi..heheh....
Assalam kak Wattie,
ReplyDeleteAmboii kak dapat nangka free..bukan jer free siap berebus lagik..untungnya akak dapat jiran sebaik tu
Emmm gulai nangka sedappnyer..fev iza nih.
Org tua2 kata nangka ni berangin tp iza makan jugak..bab angin2 nie kemudian kira..he3x
Iza selalunya kalau wat gulai nangka iza buh lada hitam sikit ikut petua my grandma laa sbb lada hitam kan buang angin..Kekadang petua & pantang larang org tua2 ni ada kebenarannya..
Salam,
ReplyDeleteIni gulai nangka muda orang Pulau Pinang yang Ori..memang best!. Tentang ikan bilis ini pilihan wattie memang tepat sekali. Masak lemak cili padi atau masak asam keladi kalau ditambahkan dengan ikan bilis kisar memang sedap.Lauk ini perlu gunakan ikan bilis bukan ikan tapi kalau daging itik atau ayam lagi menjadi.Wassalam