Pages

Saturday, January 21, 2012

Terubuk Masin Goreng

Assalamualaikum semua,

Resepi yang paling ringkas tapi amat berselera bila dimakan, terubuk masin goreng. Ikan terubuk masin ni pemberian kawan hubby. Kata hubby, kawannya balik kampung di Sarawak dan belikan terubuk masin ni sebagai buahtangan. Lebih 30 ekor dia beli untuk diagihkan pada rakan rakan setugas, aduhai baiknya dia, tak mudah tu nak bawa balik sampai 30 ekor ke semenanjungkan. Apa apapun terimakasih bebanyak diucapkan di atas pemberian ini.

Jangan terkejut ya, ni first time saya makan terubuk masin goreng ini. Kalau nak kata saya jakun pun takpa lah, sebab memang saya tak pernah makan pun. Pernah sekali dulu, jiran bagi ikan terubuk masin bila pulang dari tugasan di Sarawak, tapi saya tak tahu nak buat apa, masa tu masih belum berblogging. Jadi, saya pun simpanlah dalam petisejuk, agak lama jugalah sampai kering jadinya, akhirnya tak boleh dimasak lagi, dan terpaksa dibuang begitu sahaja. Ruginya...bila diingatkan kembali.


Masa nak masak ni pun saya tanya hubby, selalunya orang masak ikan ni macamamana???. Hubby kata goreng macam tu aja. Rasa tak puashati pula saya bila mendengarnya, jadi saya pun google dalam internet cari resepi, waaaa banyaknya resepi terubuk masin ni, ada masak lemak kari, ada dibuat sambal tumis, ada dibuat goreng air asam dll. Kenapala saya boleh jadi tak tahu ni....ish ish ish. Masa ni teringat pulak kat Amie yang selalu dok tayang menu ikan yang macam macam, hehehe. Last last sekali kata putus dicapai, goreng macam arwah ibu selalu goreng untuk ikan masin yang lain.

Jadi, ni la rupanya. Senang sangat cara buatnya. Saya buangkan sisik ikan terubuk, rendam sekejap di dalam air panas untuk kurangkan masin, toskan dan lepas tu goreng. Saya gorengkan juga cili kering yang telah dipotong2 dan bawang merah. Semuanya di goreng berasingan agar kerangupan kekal. Bila waktu menghidang, barulah disatukan kesemua bahan. Dimakan bersama nasi panas panas, fuhhhhh.....bertambah tambah jadinya. Hidangkan juga bersama kari ikan, wallaaaaa kecur air liurku dibuatnya.




3 comments:

  1. makn ngan nasi panas2 memang sangat sedap =)
    salam singgah

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi Wattie.... oooo Wattie, Amie pun ada seekor ikan terubuk masin dalam peti sejuk, hari tu nak masak tapi simpan balik, elok lagi ke ha... sat lagi nak pi tengok. sedapkan ikan terubuk masin tu Wattie...

    ReplyDelete
  3. Memang sedap kan! Kak pun belum pernah makan ikan ini....


    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete