Pages

Thursday, November 24, 2011

Kek Lapis Batik Sutera


Salam semua,

Hari raya qurban yang lepas mencabar diri menghasilkan kek lapis seperti yang dapat anda semua lihat di atas. Ini adalah percubaan kali kedua saya. Kek Lapis mempunyai keunikan tersendiri berbanding kek yang lain. Menggunakan kuantiti telur yang lebih berbanding kek biasa, juga mengambil masa yang agak panjang untuk menyediakannnya. Namun hasilnya sungguh menakjubkan, berlapis lapis, berwarna warni dalam pelbagai corak yang sungguh cantik. Kek ini juga tahan disimpan berbulan lamanya, itulah keistimewaan kek lapis yang tidak terdapat pada kek kek yang lain. Selalunya mereka yang berkunjung ke Sarawak ataupun Indonesia pasti tidak akan melepaskan peluang membawa pulang kek lapis sebagai buah tangan kan?


Tekstur kek lapis ni halus, lembut dan padat serta enak. Semakin lama kek disimpan akan menjadikan kek bertambah lembap dan lebih enak. Amacam??? ada yang tertarik untuk mencuba???. Untuk melihat resepinya sila klik di SINI ya.

Suka sangat saya melihat kombinasi warna pilihan yang dihasilkan ini, cantikkan, hehehe....jangan mare...


Kek yang diigemari pelbagai golongan dan peringkat umur. Sangat sesuai disajikan sebagai hidangan pencuci mulut di majlis majlis keraian, kenduri ataupun perayaan. Separuh kek ini dibawa ke rumah brother in law sebagai buah tangan sempena majlis kenduri qurban.


7 comments:

  1. Selamat petang Wattie..
    canteknye kek lapis..suka sangat tengok..Rahel blm sampai seru lagi nak buat kek lapis...

    ReplyDelete
  2. salam k.wattie..link resipi kek lapis tu yg akak bg x sampai ke resipi la kak..rasanye tersilap taip kot! ingat nk cuba gak melapis nmpak cantik banget kaler yg k.wattie wat nih..

    ReplyDelete
  3. Rahel,
    Agaknya bila la nak sampai seru ya

    Inahar,
    Wsalam. Laaaa iya ka Ina, ishhhh tak perasan langsung, terimakasih kerana khabarkan. Anyway, link dan dibetulkan, silala ya.

    ReplyDelete
  4. cantiknya...cantik sgt2
    suka tengok

    ReplyDelete
  5. cantiknya..kemas je tengok hasilnya...memang rasa seronok bila dah jadik tu kan kak? saya ni jenis malas nak buat kek lapis ni..pernah cuba dulu2 je..hehehe...

    buat sendiri terjamin halalnya...saya sekrang ni kembang tekak kalau nak beli kek lapis dek kerana kes GC hari tu..kekkeke

    ReplyDelete
  6. Assalam, K Wattie...
    Sorry lambat bertandang kesini... waa, cantik & kemas jer lapisnya... suka tengok tapi nak buatnya kena tunggu xde saper kacau, hehe... :)

    ReplyDelete
  7. salam kak wattie

    jadilah kek lapis kak wattie ni .. tersusun cantik je layer by layer ... entah la kalo wani tak terbuat la kot hihi.... ikan siakap kat bawah tu pun sedap jugak nampak ... terliur tengok ..dah lama dah x makan siakap ...

    ReplyDelete