Pages

Sunday, October 16, 2011

The Versatile Blogger Award

Assalamualaikum dan salam rindu semuanya,
Lamanya saya tak berblogging. Sebelum membuka tirai bicara, pertama tamanya, saya ingin mengucapkan terimakasih bebanyak buat adinda Quinnie dan adinda Wani yang telah sudi menganugerahkan akan kekanda award yang sungguh bermakna ini, muahhhh.....luv uols.....


Award ini didatangkan khas bersama tagnya sekali seperti berikut :-

1. Thank and link back the person who gave you this award
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini) - Siap.

2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda) Halamak....ni yang payah sikit ni, rasanya dah habih rahsia peribadi akak dah disharekan sebelum ini. Anyway, akak cuba selit mana mana yg tertinggal ya.

i) Oleh kerana saya seorang yang agak pendiam, maka minat dan kecenderungan saya juga ke arah itu. Saya sukakan suasana yang penuh ketenangan, aman dan damai, jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota dan bisingnya suasana. Paling suka berjalan jalan di tepian pantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Teringat zaman bercinta dulu dulu.....ahaksss...kami selalu ke Gurney Drive, Penang, duduk di atas longgokan batu batu sambil menikmati keindahan pulau, menyaksikan deruan ombak memukul pantai,memerhati keletah anak anak kecil yang berlari ke sana kemari bermain layang layang bersama famili, sungguh indah, saat itu, dunia ini terasa bagai di syurga.

ii) Walaupun saya seorang yang pendiam dan kurang bercakap, tetapi saya suka melakukan kerja dengan pantas, pantang saya kalau orang buat kerja lambat macam kura kura. Kalau ikut kalender cina, saya ni dilahirkan dalam tahun kuda, heheheh......korang bayangkanla camana pantasnya kuda berlari, agak agak camtula saya bekerja keh keh keh. Kalau saya kat dapur, alamat macam macam bunyi la yang akan kedengaran.

iii) Suka mendengar lagu dan bacaan ayat ayat suci alquran. Kalau memandu di jalanraya mesti nak dengar sesuatu, terkadang tu asyiknya mendengar ayat ayat suci alquran hingga mampu menitiskan airmata. Begitu juga dengan lagu, bila kena lagu yang sesuai dengan kehendak jiwa ini, kaki dan tangan ni pun ikut mendendangkan iramanya. Saya sukakan lagu2 yg sentimental. Lagu2 dan bacaan ayat suci alquran amat mempengaruhi mood saya bila memandu, terkadang seperti terapi minda juga.

iv) Seperti Wani, saya juga sukakan kucing, suka melihat aksi aksi kucing dan memberi kucing makan tetapi tidak suka membela sebab saya agak geli geleman bila disondol oleh kucing. Paling saya suka bila melihat reaksi kucing bila telah diberi makan, dipandangnya wajah ini seolah olahnya ingin mengucapkan rasa "terimakasih" kerana sudi berkongsi sedikit dari rezeki Tuhan ini bersama mereka. Alhamdulillah, semuga pintu hati ini tidak tertutup untuk senantiasa berbuat baik terhadap makhluk ciptaan Tuhan yang penuh keistimewaan ini.

v) Saya ini boleh dikatakan tergolong di dalam kategori orang yang suka berfesyen. Kalau zaman muda muda dulu, selalu jugaklah saya menggayakan pakaian bila ke pejabat dan senantiasa mengikuti trend semasa tetapi ikut budget la kan......ikut kemampuan, takderla sampai "biar papa asal bergaya". Sekarang ni, pabila usia kian bertambah, kecenderungan ke arah itu kian berkurangan, walaupun begitu, jangan gelak ya kalau saya beritahu sehingga kini saya masih berseluar jeans dan ber t-shirt, itu pakaian kegemaran saya, ringkas dan selesa.

vi) Lagi satu kegemaran saya di waktu lapang ialah berkebun. Menanam dan menggunting pokok paling saya suka. Jangan terkejut kalau saya beritahu, saya juga boleh menyangkul, menebas, mencabut lalang, mesin rumput, dsbnya., kira aktiviti lasak jugakla kan. Bila selalu melakukan aktiviti begini dan badan berpeluh, saya jadi cergas dan lebih bersemangat untuk melakukan kerja kerja lain. Terasa suatu macam kepuasan yang sukar digambarkan bila dapat melakukan sesuatu. Cuba anda lihat kat bawah ni, antara pokok2 yang saya tanam di belakang rumah saya. Kebanyakkannya adalah pokok2 kegunaan di dalam masakan seharian. Alhamdulillah, dapat juga saya memanfaatkan tanah yang sekangkang kera kat belakang rumah saya.

Pokok Pandan (Screwpine leaves. Pokok Pandan tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang. Tanaman ini sangat mudah ditanam. Pandan mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan.

Daun Kunyit (Tumeric Leaves). Banyak digunakan di dalam penyediaan masakan melayu dan indonesia. Kegunaannya akan menghasilkan aroma yang sangat lembut. Cara penggunaannya di dalam masakkan adalah dengan menyimpulkannya terus ataupun dihiris nipis terlebih dahulu. Beberapa masakan yang sering menggunakan daun kunyit adalah rendang, kalio, aneka gulai dan sebagainya.

Pokok Salam. Mulanya saya beli pokok ni kat Tesco, lepas tu saya saja saja cucuk kat belakang rumah, alhamdulillah elok aja naiknya. Setakat ni, saya belum pernah menggunakan untuk apa apa masakan pun, saja suka suka menanamnya. Daun salam mempunyai khasiat perubatan yang baik iaitu dipercayai dapat merawat kencing manis, darah tinggi dan kencing manis. Caranya ialah dengan meminum air rebusan daun tersebut. Selain itu, daun salam juga digunakan dalam masakan bagi menambahkan kelazatan dalam makanan. Sumber fazlisyam

Pokok Roselle. Pokok ni saya ambil dari rumah kakak ipar saya. Teruja bila adik ipar asyk menceritakan mengenai keenakkan bunga rosselle ini walaupun saya belum pernah mencubanya. Sampai sekarang masih menunggu bunganya yang belum muncul. Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem. Sumber : Fazlisyam

Pokok Ubi Kayu. Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.

Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam penerbitan bahasa Inggeris.

Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua.

Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya.

Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.

Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.

Pokok Kari. Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun kari ini.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai.

Read more: http://www.oldtraffords.com/2011/02/khasiat-daun-kari.html#ixzz1RhqiebPO

Pokok Serai. Yang ni pun banyak saya guna dalam masakan ayam saya

Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.KEGUNAAN DAN KHASIATDi Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral). http://serai-kampung.blogspot.com

Pokok Limau Purut. Limau Purut (Citrus hystrix)

Pokok limau purut berbau harum dan dipercayai dapat menghalau ular. Pokok ini seringkali ditanam di sudut kawasan rumah bagi menjauhkan ular. Daunnya yang harum digunakan sebagai bahan dalam masakan seperti rendan dan kari. Buah limau purut yang telah dibuang isinya, dimasukkan madu lebah dan dikukus hingga masak. Buah yang telah dikukus untuk melegakan masalah angin dalam badan. Buah limau purut juga digunakan untuk mencuci rambut kerana baunya yang harum. Buah limau ini juga seringkali dicampur ke dalam air mandian untuk kesihatan kulit dan menghilangkan bau badan. pertanianmjg.perak.gov.my


Pokok Daun Bawang. Sering saya gunakan untuk tabur dalam sup dan sebagai hiasan

Pokok Hiasan pemberian ibu jiran sebelah, tak tau pulak apa namanya. Jiran sebelah saya ni keturunan Cina islam, alhamdulillah saya diberikan Allah jiran yang sangat baik.

Pokok Rosselle, Salam dan Pegaga

Pokok Pegaga. Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok Antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica. fazlisyam Pokok ni pulak saya ambil dari rumah adik ipar saya. Hubby kalau kerumah adik ipar, mesti nak minta pokok itu dan ini untuk ditanam kat rumah, macamlah dia nak makan sangat.

Pokok Bunga Jarum. Pokok hiasan sebenarnya ni.

Pokok Cili Api. Yang ni saja saja gatal tabur biji kot kot tumbuh, alhamdulillah menjadi gak pokoknya.

Inilah kebun sekangkang kera kesayanganku. Rumput karpet juga saya beli dan tanam sendiri. Asalnya ditanam kat depan rumah, bila belakang rumah tumbuh lalang tinggi sangat, saya gantikan dengan rumput karpet ni, alhamdulillah sedap mata memandang, nak menyidai kain pun tak payah meredah lalang dah.

Pokok Hiasan pemberian jiran belakang rumah. Pokok ni diberikan oleh jiran belakang rumah bila mereka expand bahagian dapur rumah mereka. Tinggal rumah saya aja yang belum expand, huhuhu...ikut kemampuan la kan....

Pokok Hiasan pemberian jiran sebelah

Fuhhhh......kan dah panjang berjela....tu la aku dah kata jangan bagi award kat akak, nanti korang yang boring nak membacanya.....keh keh keh....Oppsss...tertinggai lagi satu.

vii) Last but not least, angan angan nak jadi tokey, tak kiralah tokey apapun, sebab dah jemu jadi kuli. Teringin sangat nak buat bisnez sendiri walaupun secara kecil kecilan tapi sampai sekarang belum kesampaian. Mungkin kerana tak disertai dengan kesungguhan yang mendalam. Jadi, berimaginasilah dulu yer dak.......mana tau kot kot jadi kenyataan...doa doakan lah ya.


3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
Fuhhh....ramai tu. Dah tinjau tinjau dan nampak ramai yang dah dapat. Orang yang kita nak bagi, semua dah dapat, kita pun takla ramai sangat kengkawan alammaya ni. Lagipun, apa yang saya perhatikan, pemberian award kadangkala tidak berapa digemari oleh sesetengah pihak. Jadi sebagai menjaga hati semua pihak dan hati saya sendiri juga, saya berikanlah award ni kepada semua yang versatile di luar sana.

4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima). Yang ni kena skip lah ya, jangan mare......

3 comments:

  1. akak pun suka gardening cuma masa sgt terhad..tapi tak larat nak angkat cangkul .

    ReplyDelete
  2. adeh! rajinnya akak bercucuk tanam ye...semuanya menjadi!

    ReplyDelete
  3. rindunya kat Wattie... lama betul dia berhibernasi... teringin nak jumpa orang yang pendiam ni, sebab nanti Amie boleh cucuk pinggang dia bagi dia teriak2... hei hhheeeeeeiii

    ReplyDelete