Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Sunday, June 5, 2011
Kek Pisang WHM
Salam semua,
N3 selang seli ya. Hari ni nak tayangkan pula kek pisang yang dibuat beberapa minggu lepas untuk jiran sebelah rumah. 8 biji kesemuanya. Tak sangka saya Rohaida ni penggemar kek pisang. Boleh dikatakan ibu dan mertua Ida juga amat menggemari kek pisang ini. Ingat tak n3 saya yang sebelum sebelum ni, kesah Ida selalu bawak balik pisang dari kampung dan bagi kat saya, lalu sayapun buat kek pisang pulak sebagai balasan. Boleh dikatakan kerap jugakla. Nah....... hari ni Ida suruh buat kek pisang ni semua, katanya nak agihkan kat adik beradiknya. Terimakasih ya Ida kerana sudi menempah daripada Kak Wattie. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Malam hari baru siap kek ni kesemuanya, lepas tu terus bagi kat Ida. Gambar gambar yang diambil pun tak berapa jelas sebab malam.
Ni barula dikatakan freshly baked, berasap asap lagi, tengok tu ada kesan wap kat bungkusan.
Tekstur kek ni sangat gebu dan lembut serta sedikit moist, rasanya pun tak berapa manis, sedang elok jer, sesuai sangat bagi mereka yang menggemari tekstur kek seperti ini, juga kurang berminyak.
No comments:
Post a Comment