Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Wednesday, June 22, 2011
Ayam Kicap Bercili
Salam semua,
Selamat bertugas buat yang mula bertugas hari ni ya. Selalunya mood hari Isnin ni tak berapa ceria kan, maklum hari pertama bertugas semula selepas bercuti. Apa apapun tugas yang telah diamanahkan mesti tetap terus dilaksanakan. Semuga hari ni lebih baik dari hari hari yang sebelumnya ya, insyaAllah.
Hari ni nak memaparkan satu lagi resepi dari himpunan resepi resepi lama saya. Resepi zaman dulu dulu sebelum ada kecanggihan teknologi internet ni.
Ayam ni saya masak agak lama juga, cuma menunggu giliran untuk dipostingan. Kelainan resepi ni ialah bahan bahannya semua digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak, jadi rasanya lain dari yang lain namun tetap sedap. Warnanya pun sedikit gelap. Resepi ni boleh juga dimasak untuk daging, tetapi kenalah lebihkan waktu memasak supaya daging empok.
AYAM KICAP BERCILI
600gm daging ayam
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 in halia
15 tangkai cili kering
1 st jintan putih
1 st jintan manis
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
1/2 in kulit kayu manis
1/2 cawan kicap
air asam jawa
air secukupnya
sedikit bawang merah (dihiris dan digoreng)
Cara-cara
Ayam dipotng sesuka hati dan dibersihkan. Semua bahan-bahan yang lain digoreng dan kemudian ditumbuk lumat. Gaulkan bersama ayam serta tambahkan kicap anggaran 1/2 cawan, gula dan garam ikut rasa dan air asam jawa (boleh juga ditambah cuka). Peram selam 1/2 jam atau lebih.
Panaskan minyak anggaran 1/2 cawan. Masukkan ayam, balik balikkan dan tuang air supaya ayam itu mudah empuk. Masak hingga kering.
Bila menghidangnya, taburlah bawang goreng di atasnya. Yang ni saya terlupa nak buat hehehe.....
lapar pulak tengok rupe ayam yg menggoda ni...adus...
ReplyDeleteakak..nak ngendeng ayam tu..
ReplyDeletesedappnya tengok..
Sedapnya kak wattie nampak ayam tu.. Ita suka ayam masak mcm ni.. Mkn
ReplyDeleteleh bertambah hilang diet..:)
hmm, sedapnyer kak wattie ayam kicap tu...mesti masak kicap ni wangi dan harum dengan bau rempah2..pasti naik selera punyer...
ReplyDeleteNuwairani,
ReplyDeleteKalau lapar, meh pinggan akak nak isi lauk
Mas,
Amik ler Mas, takder halangan
Juwita,
Diet letak sebelah sat Ita, apa apapun jamah dulu
Iza Akma,
Memang sedap ni Iza....
Kak wattie,sedapnya..Kalo mai umah akak,mesti teruja n terliur tgk pelbagai menu ayam..
ReplyDelete