Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Monday, May 2, 2011
Siakap Dalam Sos Limau Purut
Salam semua,
Apa khabar???. Hari ni semua dah kembali bertugas seperti biasalah ya, jadila tu cuti 3 hari. Kalau banyak2 hari sangat pun, nanti jadi malasla pulak, yer dak. Macam saya ni, hari hari pun bertugas jugak, pagi, petang, siang, malam, takder rest, heheheh. Macam tu la kan bila dah jadi surirumah sepenuh masa, masa berjalan tersangatlah pantasnya, tak cukup tangan dibuatnya.
Okla, jom kita tengok apa saya masak hari ni, siakap dalam sos limau purut. Bila tengok resepi ni memang tak menjadi masalah untuk saya membuatnya. Kat belakang rumah ada pokok limau purut yang sedang lebat berbuah. Pokok ni saya tanam sendiri tau.......senang sikit bila nak masak, bukak pintu dapur dan petik aja, tak yah la pergi kedai kalau setakat nak guna 2, 3 keping kan, daun pun fresh jer.
Ni la hasilnya selepas lebih kurang 2 jam terperuk kat dapur. Nak tau apa rasa ikan ini ? Memang sedap sangat, ada rasa masam, ada rasa manis, ada rasa masin, ada rasa pedas, senang cerita cukup lengkap serba serbi. Satu kombinasi yang cukup sempurna, serasi dan enak dimakan.
Resepi ni saya amik dari rumah KZai tapi resepi asal adalah dari Dr Liana. Terimakasih buat keduanya ya.
Ikan Siakap Sos Limau Purut
Sumber: Dr Liana
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (i suke belah bhgn perut & biar bhgn tulang belakang die je. not in this picture though)
bawang putih - cincang halus
bawang besar - chopped
halia seinci - hiris halus
4 sudu makan cili boh
4 sudu sos ikan Namphla
3 sudu sos tiram
daun limau purut 4 helai - hiris halus
4 sudu jus limau kasturi
tepung jagung utk goreng ikan, dan utk buat sos
1/2 cawan air
garam n gula secukup rasa
kiub ikan bilis maggi secukupnya
cili padi 6 batang - hiris halus
Cara-cara:
1. cuci ikan dgn air asam jawa hingga bersih utk hilangkan hanyir ikan
lumur ikan dgn garam dan tepung jagung seckupnya
2. goreng dlm minyak panas hingga garing . ketepikan.
utk sos:
1. tumis bawang putih, bawang besar, halia hingga naik bau
masukkan cili boh - tumis smpai garing
2. masukkan daun limau purut, jus limau, sos ikan namphla & sos tiram - kacau sebati
3. masukkan cili padi yg dihiris
4. perasakan dgn garam, gula, kiub ikan bilis maggi
dan masukkan air
5. lastly masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sikit air
bila kuah pekat, boleh angkat dan tuang atas ikan yg dah digoreng.
*if taknak guna cili boh pun boleh, nanti sos ni jadi warna kuning2 mcm tu..sedap jugak. rase die same je, cume warna je lain :)
Assalamualaikum Wattie,
ReplyDeleteamboi2 sedapny hidangan hari ini...ikan siakap bermandikan sos daun limau purut....dari jauh boleh bau tau....rasakan mcm nak hulur pinggan aje nk tumpang mkn....heheh...
Ingatkan you kerja apa tadi...pagi,siang dn mlm...ghupernya surirumah...ada2 aje wattie nie...hehe...samalah kita pun siang mlm bekeraja...tak ada off day...hehe.
alamak wattie,sejak bila kita tk tau mengeja ni...hehehe...dh terlampau byk kerja....haha.
ReplyDeleteAssalam kak wttie,
ReplyDeletewaduh kecurnya tengok ikan dengan sambalnya tuuu..
sedapppp...
sila kerumah ada tugasan sikit..kita tambahkan kerja akak..heheh
Dah dapat bayangkan rasanya...wangi limau purut...yummmy2
ReplyDeletesalam kak..nampak sedap je menu ni..ala2 tha ni mmg kene ngan tekak saye sekuage...hehe...
ReplyDeleteNuridah,
ReplyDeleteWsalam. Nak hulur pinggan pun takpa Nur, kita sama sama makan k, baru meriah....
Ayu,
Wsalam. Memang sedap nih Ayu.
Alahai ni mesti nak kena tag ni...
KasihRedha,
Tak payah nak bayang2, ni memang sedap giler nih
Noorsha,
Wsalam. Masakan Thai memang favourite saya sekeluarga juga