Pages

Monday, May 30, 2011

Rendang Ayam Gaharu

Assalamualaikum semua,
Ayam!!! Bermacam ayam!!!. Ada rendang ayam, gulai ayam, sup ayam, satay ayam.....bermacam ayam.....hehehe teringat kat lagu ayam yang pernah popular satu ketika dulu. Tak habis habis saya ni dengan menu ayam ya. Nak buat macamana, dah itu jer yang berkenan di hati. Kalau anda juga penggemar resepi ayam macam saya, jangan malu malu, sila klik klik juga kat resepi "ayam" yang melambak di sebelah tu ya. Ada bermacam macam resepi ayam yang telah saya cuba dan dijamin sedap. (Sorry eek, kommersial break, promote blog sendiri....hehehe)

Kali ini eksperimen pula rendang ayam gaharu yang disumbangkan oleh CMG
, brother ganteng dari Sedenak nun......Amacam, nampak tergoda tak dengan hidangan ayam saya kat atas tu?????......

Hidangan rendang ayam ini boleh dikatakan cukup lengkap kerana terdapat pelbagai rasa di dalamnya. Ada pedas cili padi, ada lemak santan dan kerisek, ada masam asam gelurgur, ada masin dan tak terkecuali ada bau harum daun kunyit yang dicampurkan bersama.

Memang sesuai sangat jika dimakan bersama nasi, nasi himpit, ketupat, pulut ataupun roti. Bila memakan rendang ni, teringat saya akan rendang yang kerap saya nikmati bersama capati di foodcourt Seberang Jaya. Rasanya seakan akan sama, cuma bezanya rendang yang saya beli menggunakan daging cincang di dalam resepinya.

RENDANG AYAM GAHARU

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti.



9 comments:

  1. I guess that's white meat...? Simply delicious!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya npk Kak Wattie, boleh try utk raya nanti. Kaz ni selalu masak rendang time raya aje.

    ReplyDelete
  3. sedappnya rendang...
    rasa seketoi boleh kak...

    ReplyDelete
  4. rajinnya..
    akak agak kurang rajin sebab kena masak lama...
    tapi kalau teringin akak masak juga :)

    ReplyDelete
  5. Kak Wattie,sedapppp nya nmpak ayam nih..Nak amik resepi dulu lah..

    ReplyDelete
  6. Plateful,
    Absolutely delicious...

    Kaz,
    Akak pun masak time raya jugak, tp bila teringin tak kira raya dah.....

    Mas,
    Nak dua ketoi pun boleh Mas, mehla sini amik.

    Kasihredha,
    Tak la rajin sangat sebenarnya, tp terpaksa merajinkan diri, klu tak anak anak merengek ler

    Zaliedana,
    Yang ni memang superb Dana, memang best sgt, salin cepat raya nanti leh buat

    ReplyDelete
  7. kak, ada lagi tak rendang ni?..mcm mai beraya lak nak mkn rendang ni...sedap kalau dpt mkn ngan nasi himpit dan lemang ni...hehe

    ReplyDelete
  8. mcm hr raya..x dpt ayam kuah2 pun jadila..sedapnya! :)

    ReplyDelete
  9. Nieza,
    Kalau ada lagila rendang tu hari ni, tak taula macamana rupanya hehehe. mmg sedap Nieza

    Deliah,
    Betoi tu Deliah, kuah pun laku klu dah sedap

    ReplyDelete