Pages

Thursday, May 19, 2011

Happy Teacher's Day Cupcakes



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Fuhhh!!! Lega rasa hati, baru hari ni dapat besiaran semula. Laptop saya buat hal, adaptor pun rosak. Jadi, terpaksalah hantar ke workshop untuk direpair, sambil sambil tu, tinjau jugak ke sana sini mencari adaptor yang sesuai dengan lappy buruk saya ni. Alhamdulillah, dekat seminggu jugakla rasanya. Rindu giler saya dibuatnya. Minta maaf juga kerana tak dapat membuat kunjung balas ke rumah rakan2 bloggers semua. Tapi, hari ni saya dah kembali......... dengan menu2 yang lebih mengancam.....hehehehe (konon2nya lah). InsyaAllah, selepas ni saya akan blogwalking kembali.



Sebelum terlambat, izinkan saya untuk terlebih dulu mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua cikgu dimana saja anda berada. Sambutan Hari Guru yang berlangsung setiap tahun bertujuan menghargai jasa insan yang bergelar guru di dalam mendidik anak bangsa. Guru berperanan sebagai penentu kecemerlangan akademik para pelajar, hanya individu yang tabah, ikhlas, kreatif dan sabar sahaja mampu memikul tanggungjawab ini dan layak bergelar guru.



Bersempena dengan hari guru pada hari Isnin 16hb Mei lepas, saya menerima tempahan fondant cuppies ini untuk anak Pn Mazlina. Mazlina dari Kulim adalah rakan kepada Min dan Marina yang menempah cupcake fondant hari ibu baru baru ini. Mazlina minta dibuatkan objek buku buku kecil untuk diletakkan diatas cupcake beserta huruf keramat A++. Jadi, begitulah hasilnya. Harap Mazlina berpuashati dengan hasilan tersebut. Sehari suntuk jugalah saya membentuk buku buku kecil tersebut, maklum ini pertama kali saya cuba membuatnya. Sebarang kekurangan harap dimaafkan ya.



Seperti Min dan Marina, sungguh mudah berurusan dengan Mazlina juga, hanya melalui telefon dan sms sahaja. Terimakasih untuk semuanya ya.



Sewaktu membentuk buku buku comel ni, saya tanyakan juga kat hubby dan anak anak, ada ke rupa benda ni macam buku???, takut juga tak nampak cam rupa buku, jawab mereka orait mama, buku mama dah jadi dah tu, hehehe, hubby pun angguk kepala mengiakan kata kata mereka. Kira okayla kan....



Kepada cikgu cikgi yang mendapat cupcakes fondant A++ ini, faham faham la yer...... Harapan tinggi menggunung daripada ibu bapa buat anda semua...

10 comments:

  1. These are so cute! Nice to know that Teacher's day is celebrated on May 16th in Malayasia. In India we celebrate teacher's day on September 5th :)

    ReplyDelete
  2. Assalam kak wattie,shantikkk sgt..Uii syg nak mkn nih..

    ReplyDelete
  3. wahhhhh..
    mmg cantik kak wattie..erkk..cake tu yg cantik..hehe

    kemas je akak buat..mmg pro dah ni..

    ReplyDelete
  4. salam kak cantiknya tertarik sy dengan buku yg ciut tu ,berseni tgn akak

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum kak wattie, rinduunya nak singgah sini...lama juga akak tak bersiaran yer...alhamdulillah dah ok tu..cantik nampak cake akak buat tu...memang kreatifla kak, rasa nk ngap jer ni...hehe

    ReplyDelete
  6. Salam Wattie....comelnya cupcake...ada buku kecik kat atas cupcake....syggg nak makan....:)

    ReplyDelete
  7. suka tengok buku kat atas cupcake tu :)

    ReplyDelete
  8. Hi Sarah,
    Thx for stopping by here and am glad to know u. Will be returning ur visit soon. Hope to see u back here again when time permits.

    Zaliedana,
    Wsalam. Klu sayang nak makan, boh dalam frame hehehe

    Nurkass,
    Iya la tu....heheheh

    Chik Mimi,
    Wsalam. Baru nak belajar Mimi

    Nieza,
    Wsalam. Tu la lappy buat hal la pulak, mungkin mogok sbb selalu sgt bekerja, dia pun nak rest gak.

    Cik Cek,
    Wsalam. Waaaaa semua pakat sayang nak makan, alamat pakat tengok sajala kek tu....heheheh

    Kasihredha,
    Buku melambangkan ilmu, saya pun suka buat buku buku comel ni.

    Jay,
    Thx for ur lovely comments.

    ReplyDelete
  9. Ala kiutnye cupcakes dengan buku kat atas tu... comel sangat :)
    ijan

    ReplyDelete