Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Friday, April 29, 2011
Nasi Beriani Ayam
Salam jumaat yang mulia,
Hari ini mengagahkan diri menunaikan permintaan hubby yang teringin nak makan nasi beriani. Kalau ikutkan citarasanya, dia nakkan nasi beriani daging, tapi disebabkan stok dalam petisejuk cuma ada ayam, maka beriani ayamlah jadinya. Beras basmathi tu pun dah agak lama dibeli masa shopping mingguan kat Tesco. Hubby yang beria-ia suruh beli.
Resepi beriani ayam ni adalah resepi lama zaman dulu dulu. Masa tu tenet tenet semua ni tak ada lagi. Saya memang tak ingat langsung kat mana saya salin resepi ni. Maklum, dulu dulu semua resepi pilihan saya kumpul dan salin semula ke dalam sebuah buku yang saya namakan buku masakan. Kebanyakkan resepi saya ambil dari majalah, suratkhabar ataupun salin terus semasa menonton di tv. Buku masakan pun dah naik rabak.
Saya suka memasak menggunakan resepi ni kerana ianya menggunakan rempah ratus campuran yang kita kisar sendiri (tak pakai rempah beriani paket tu ya). Kalau yang kehabisan stok beriani ataupun tak jumpa rempah beriani kat mana mana, resepi ini amat molek untuk digunapakai. Dijamin sedap!!!
Dari segi rasanya pula, kalau mengikutkan tekak saya yang memang sukakan masakan yang berempah, nasi beriani ni meamng sangat sedap kerana rempah ratusnya yang pelbagai. Rupanya pun sedikit berlainan dari rempah beriani paket.
Proses memasak hampir sama macam nasi nasi yang lain. Bila air nasi yang ditanak kering, saya selitkan ketulan ayam yang saya ambil dari lauk beriani ayam yang saya sediakan sekali di celah celah nasi. Bila digembur nasinya, mak aiiiii baunya saja sudah cukup untuk membangkitkan selera sesiapa sahaja.
Kepada yang ingin mencuba, di bawah ini saya perpanjangkan resepinya.
NASI BERIANI AYAM
Bahan2 utk lauk
600 gm ayam
100 gm bawang merah - dimayang, digoreng dan ditumbuk halus
70 gm puri tomato
1/2 st garam
1 cawan minyak masak
ketumbar
Rempah Utk Digiling :-
1 sb ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 st lada hitam
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai cili kering
2.5 cm kulit kayu manis
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Bahan2 Utk menumis nasi :-
3 cawan beras beriani (basmathi) - saya guna beras biasa saja
4 cawan air sejuk
90 gm minyak sapi
1 sb serbuk badam
1 st garam
1 st gula
5 helai daun pudina - saya tak letak
Bahan2 utk menumis :-
2.5 cm halia - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - dimayang
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 st jintan manis
Cara2 :-
1. Panaskan minyak sapi dicampur minyak masak (dikacau2).
2. Tumiskan bahan2 penumis. Campurkan sedikit air dan masukkan rempah2 yang telah digiling halus. Kemudian masukkan air dan puri tomato.
3. Masukkan ayam dan kacau. Tutup sebentar sehingga ayam empok.
4. Setelah masak, keluarkan ayam saja dan tinggalkan kuahnya. Campurkan air lagi, masukkan garam, gula, serbuk badam dan dikacau, kemudian ditutup sebentar.
5. Bila mendidih masukkan bawang yg telah digoreng dan ditumbuk halus.
6. Kuah ini dimasukkan ke dalam periuk nasi. Beras yang telah dicuci dimasukkan ke dalamnya. Kacaukan rata2 dan tutup.
7. Bila mendidih, masukkan daun pudina, tutup sekali lagi.
8. Bila agak kering, bolehlan dimasukkan ayam dengan cara diselit2kan di celah-celah nasi. Tutup dan biar hingga masak.
9. Bila telah masak, taburkan dengan sedikit kismis dan hidangkan dengan cili yng dipotong berbentuk bunga.
Untuk lauk beriani pula, esok saya akan letakkan n3nya, barula cukup syarat set nasi berianinya kan? Tak bolehla letak hari ni, dah panjang sangat ngomelan saya hari ini, kang boring lak semua orang. Lagipun, kalau letak hari ni semua, nanti tak ada apa pula yang nak ditayangkan esok kan........jadi....sabo ya TUNGGUUUUU............................
wahhh sedapnya nasi beriani akak ni...buat rempah sendiri lak tu rajinnya...tapi mesti ada kelainan dr rasanya kan....terliur dh ni mai pos sini sikitla...hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum kak wattie,
ReplyDeleteTuk 3x..kak saya datang bawakkan kuih talam kcg merah nie..nnt leh exchange dgn nasi briani ya..hehehe
Seakan2 terbau keharuman nasi beriani kak wattie sampai sini..sbb rempah yg dibuat sendiri lebih wangi dan hasilnya nasi lebih sedap...warna pun cantik. Kebetulan pulak sy mmg tercari2 resepi beriani yg guna rempah giling sendiri...pada sy rempah siap tu kureng sikit. Timakasih kak, akhirnya bertemu juga dgn resepi yg dicari..
kak watie bestnya nak p lintaih jambatan la nak makan nasi beriani ni
ReplyDeleteAssalamualaikum kak wattie,nmpak sedap sgt kak..Sek bek marin baru mkn nasi beriani beli kat kapitan kak,kalo x,mesti dah terliur nih..BTW,sy nk cnp resepi akak nih,nnti leh try..
ReplyDeleteAduh, sedapnya akak. Terkeliur betul nengoknya.
ReplyDeleteNieza,
ReplyDeleteMemang sedap nasi beriani ni Nieza. Nieza kena tunggu akak bukak kilang rempah nasi berianila baru leh pos p Finland heheheh
Iza Akma,
Wsalam Iza, kecil tapak tangan dulang Kak Wattie tadahkan keh keh keh.....
Memang sedap sangat nasi beriani buatan sendiri ni Iza...... cubala mesti tak menyesal
Chik Mimi,
Cepat Mimi......lintaih elok elok na....kalo jatuh bangun sendiri tau....nasi beriani dok tunggu nihh
Zaliedana,
Wsalam Dana, kalau terliur pun takpa Dana,leh buat sendiri, resepi ni lagi sedap tau.......cuba jangan tak cubaaaa
Kaz,
Memang dijamin sedap Kaz, kalau tak percaya cuba buat.....
Sedapnya nasi beriani k.Wattie...masak guna rempah buat sendiri..rempah asli.....
ReplyDeletere; sy baru balik sem dis 2009...masih ada kotak yg tak kemas. ni berkemas lagi...nanti sy bagtau k.Wattie sy ke mana..saja nak bagi suspen..hi..hi..
Sangat tidak tahannya melihatkan nasi briyani mu itewww... kalau takat nak tukar dengan muffin, anytime lah... mama bukan suka makan muffin pun. Ma lagi suka makan nasi briyani! :D:D:D
ReplyDeletesedapnyer.. kak, lut ke masuk blender semua rempah tuh?? ke kene tumbuk guna lesung? cm x confident je nk blend kayu manis tu?
ReplyDeleteSalam Watie. Waaaa... cedap nya... kita tgh kemaruk makan nasi ni.... leleh dah ni.
ReplyDeleteMamasya,
ReplyDeleteIya, kali ni cuba rempah asli lak.
Tengah suspen ni Mamasya....
MamaFami,
Tak tahan Mama, memang sedap sangat nihhhh..
Tun Telani,
Laaaa Tun, janganla boh kayu manis tu dlm blender, kan ada satu lagi utk blend benda2 kering, akak asingkan bhn kering dan basah blend berasingan
HomeKreation
Wsalam Roz. Memang sedap ni....cubala buat
Salam,Kak Wattie =0).
ReplyDeleteterima kasih ats perkongsian resepi. Saya baru cuba resipi ni untuk iftar hari tu.mmg sedap!
izinkan saya link blog akak sbg rujukan n copy& paste resipi tersebut. =0).
Vivi Lim @ Mrs. Nurulazmi,
ReplyDeleteWsalam. Terimakasih kerana sudi mencuba resepi ni dan terimakasih juga sudi linkkan blog akak sbgai rujukan. Resepi mmg utk dikongsi bersama, jadi silakan ya.