Pages

Friday, October 22, 2010

Ayam Masak Kicap

Salam pagi jumaat,

Pagi ni rasa sejuk dan nyaman aja, tak seperti hari2 sebelumnya, panas terik. Mood nak meng"update" blog pun berkobar-kobar. Lepas masak untuk makan tengahari, kemas mengemas sikit, terus mengadap laptop ni. Entry kali ni nak letak lauk pulak, yang semalam punya, ayam masak kicap.


Taraaaaaa, amacam, nampak menggoda tak???. Ayam masak kicap ni selalu sangat saya buat dan dah masuk dalam list bulanan sebab buatnya senang dan famili pun suka.


Sedap ni I tell you, kalo tak percaya cuba try test.............Kalau nak bagi lagi sedap, ikut petua org tua2 yg pernah sy dengar, ramas tomato tu instead of dadu, lagi sedap, mungkin sebab air tangan tu kot yang bagi lagi sedap. Entahla, tak pernah pulak saya cuba.


Masakan ni boleh juga dibuat untuk daging tp kenala rebus daging tu lama sikit sampai empuk.


AYAM MASAK KICAP

1 ekor ayam

Bahan-bahan dimesin
3 sb cili mesin - kalau nak pedas tambah lagi
4-5 batang serai
1 labu bawang besar
1 inci halia

Bahan-bahan tumis
15 ulas bawang merah dihiris - klu nak lagi sedap, lebihkan
3 ulas bawang putih dihiris
sedikit halia hiris

3-4 biji tomato didadu
1/2 cawang kicap pekat
garam dan gula secukup rasa
2 biji tomato untuk hiasan - belah 4

Cara-caranya
1. Ayam dibersihkan, dipotong ikut suka hati, digaulkan garam kunyit dan digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan layu, tetapi tidak garing.
3. Masukkan bahan2 mesin dan biar hingga pecah minyak, masukkan kicap pekat dan buah tomato dadu.
4. Bila kuah sudah mendidih dan pecah minyak semula, bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
5. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Masukkan juga buah tomato sebagai hiasan.
6. Bolehla diangkat dan dihidangkan.

1 comment:

  1. Alahai sis watie...nampak cedap nyer masak cam ni...satu lauk pun dah cukup...bedal ngan nasi panas2 kan?

    ReplyDelete