Pages

Wednesday, June 30, 2010

Beriani Ayam

Salam,
Pagi ni hujan renyai2, terlupa pulak angkat kain di ampaian, mujur jugak tak lebat, kalau tak habisla basah semua kain. Sambil dok angkat dan sidai kain kat dalam rumah, kepala ni dok berfikir nak masak apa lak hari ni. Lepas habis sidai kain, pi selongkar dalam kabinet apa yang ada, jumpa rempah beriani, dah lama dibeli ni, baik dimasak sebelum tarikh luput.

Belek jugak resepi2 yang ada, jumpa resepi beriani ni kat fp Kak Liza, nampak mengancam habis. Jadi, kita pun cubala. Resepi ni sebenarnya resepi daging tapi saya tukarkan dengan ayam.



Saya masak sampai pekat dan agak kering barula naik minyaknya. Tengokla tu, berminyak2 jadinya. Selepas sessi fotografi, saya cedok dan buangkan minyak yang terhasil, takut jugak makan benda2 yang berminyak ni kan, tak pasal2 high cholesterol pulak jadinya atau penyakit2 yang sewaktu dengannya.

Resepinya saya copy paste dari fp Kak Liza, tks yer kak
BERIANI AYAM

Bahan
1 ekor ayam
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt - saya ganti dgn santan
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4] - yg ni tak letak pun
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]- yg ni pun tak letak
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara
1. Ayam dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air dan ayam. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan santan. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.


Rasanya memang sedap, lain dari yang lain. Kalau dicicah dengan roti pun boleh juga.

Monday, June 28, 2010

Japanese Souffle Cheese Cake

Salam untuk semua,

Hari ni tetiba nak buat kek cheese pulak, kerana ternampak cheese yang dah lama terperuk kat dalam petisejuk. Cheese cake memang favourite saya, kalau beli kat bakery tu selalunya beli sepotong aja, tak berani makan banyak2 takut lain pulak jadinya dan harganya pun boleh tahan gak..... Bila menikmati kek ini selalunya saya makan sikit sikit dan perlahan-lahan supaya terasa akan keenakkannya.


Japanese Souffle Cheese cake keluaran WHC. Selalu tengok kat rumah orang aja, kali ni kita tayang pulak kat rumah sendiri, amacam, menarik takkkkk.


Deko yang simple2 aja, selongkar petisejuk, jumpak buah oren, apalagi..... itulah jadi hiasannya......ditambah sedikit fresh cream.


Tak tahan betul saya tengok kek ni, tak sabar2 nak rasa dan ternyata rasanya memang tidak dapat disangkal lagi, sedap banget.




Masa ni kek baru keluar dari oven, tak deko lagi.... posing sikit. Tengokla kehalusan tekstur kek ini. Masa mengeluarkan kek dari loyang, tangan ni terganas sikit, habis tepi dan atasnya tercuit, cacatler sikit. Tapi takper, kecacatan dah dicover dengan mekap.

Kepada yang ingin mencuba, resepinya saya cp dari blog mamafami, tks mama.

JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE

Ingredients :-
200gm cream cheese - room temperature
50 ml fresh milk
3 eggs ( separated)
100 gm castor sugar
30 gram cornstarch
2 tbsp lemon juice
1/2 tsp of cream of tartar

Method
1. Preheat oven at 175 C. Line 18cm cake tin with grease proof paper.
2. Soften cream cheese in large bowl. Add milk and continue mixing on medium speed.
3. Add 1/2 of the castor sugar, egg yolks, cornstarch, lemon juice and cream of tartar, combined together.
4. Whisk eggs white in separate large bowl until stiff peak formed. Add the remaining sugar little by little until mixture stands.
5. Fold half of egg whites mixture into cream cheese as gently as possible. Fold the remaining eggs gently but thoroughly.
6. Water bath bake for 45 minutes on the lower shelf.
7. Leave in the tin until cool enough to handle.

Friday, June 25, 2010

Chocolate Banana Cake

Salam,
Edisi ulang tayang lagiiii. Harap2 takder ler yang boring tengok gambar dan dengar cerita kek pisang saya ni yer. Nak buat camana kan, kek ni jugak depa berkenan. Kek ni diorder oleh Lin sekali lagi untuk ibunya yang akan pulang ke Negeri Sembilan. Dua biji chocolate rice banana cake. Terima kasih yer Lin.


Yang perasa coklat tu pulak untuk jiran setaman yang sedekah pisang tempohari. Besar2 dan elok sungguh pisang yang diberi. Masih hijau, dua tiga hari lagi, buat kek pisang lagila nampaknya heheheh. Alahai, ramainya orang suka sedekah pisang kat rumah saya, alhamdulillah rezeki Allah. Sampaikan hubby saya kata, asyik buat kek pisang, tu dia pisang dok mai dahhhhhh.......


Yang lagi satu saja buat lebih untuk makan2 kat rumah. Sekejap jer, selesai....


Ni ler rupa chocolate banana cake setelah dipotong dan siap untuk dimakan, sedap kek ni tau.


Yang ni pulak dah dibuat sehari sebelumnya, satu untuk Pak Din, best friend hubbyku yang selalu bagi macam2. Pak Din ni muda lagi sebenarnya, tp kat taman ni orang suka panggil dia dengan gelaran tu. Dan lagi satu untuk Pak Mail yang sedekah seguni durian tempohari. Terimakasih la berbanyak ya Pak Mail yang sudi bawak durian nun jauh dari Perlis ke sini. Jadi, sebagai balasannya, rasalah pulak buahtangan istimewa dari saya yer, sebiji kek pisang.

Jadi, kalau ada sesaper yang teringin nak makan kek pisang macam ni, yang simple dan murah, yang mampu dimiliki, janganla malu2 dial nombor kat atas tu yer......

Wednesday, June 23, 2010

Sardine Pinwheel Bread

Salam,
Demam menguli roti kembali lagi..... Resepi kedua yang baru diuji, kali ni dari bro Rozzan pulak. Resepi ni dah lama diprint sebenarnya dan menunggu masa saja untuk dieksperimen, cuma hari ni berkesempatan.


Sebelum buat pinwheel bread, buat bun biasa dulu untuk anak kecilku sebab dia tak berapa tahan pedas. Dalam bun kosong aja, tak letak inti apa pun. Lihatlah rupanya, begitu cantik naiknya menimbun, gembira sungguh hati saya, akhirnya tercapai juga hasrat dihati ini untuk membuat roti sendiri, macam kat kedai laaaaa, silap2 lagi sedap dari kat kedai.....



Selebihnya barula gulung buat pinwheel bread dengan inti sardine bersambal. Semasa proses menunggu adunan naik, anak2 dah teruja dan bertanya, mama, bila boleh makan roti ni???. Mama kata lagi dua jam....heheheh, kesian tengok kehampaan di wajah mereka, lama lagi la nampaknya nak leh makan.

Selepas dibakar, beginilah hasilnya. Untuk 500gm adunan dapat banyak jugak untuk sekeluarga minum petang. Cumanya yang tak berapa best tengok tu, bila pinwheel tak macam rupa pinwheel pun, dah jadi lain bentuk dah.....macam siput sedut....heheheh. Apa pe pun, bun ni memang sedap sangat dimakan samada untuk sarapan ataupun minum petang dan teksturnya tersangatla lembut selembut sutera gituuu.


Dan lagiiiii, roti ni kekal lembut sehingga keesokkan harinya. Tks to bro rozzan for sharing this wonderful recipe, saya cp dari blognya.

SARDINE PINWHEEL BREAD
(dgn menggunakan basic bread recipe dari Pn.Roshayati)

Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine (saya gunakan tpg Hong Kong)
100 gram gula (saya gunakan 70 gm jer)
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 sudu teh bread improver
4 sudu teh (1 paket) yis kering (10-11 gm)

Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)

Bahan C
80 gram shortening /lemak sayuran

Cara :
1) Masukkan kesemua bahan A kedalam mangkuk mixer. Dgn speed yg perlahan, ratakan bahan dgn menggunakan dough hook.

2) Tuangkan telur sedikit2 ke dalam bahan A sambil terus menguli/mengadun dgn mixer. Kemudian masukkan pula air sedikit demi sedikit dan terus uli sambil ditinggikan sedikit speed mixer tersebut. Uli hingga adunan agak lembut dan licin.

3) Masukkan bahan C ke dalam adunan tadi dan uli lagi hingga adunan jadi licin dan tak melekat di sekeliling mangkuk mixer. Biarkan doh selama 30 - 40 minit.

4) Setelah itu, tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini amat penting untuk menghasilkan texture roti yang lembut dan tidak berongga besar.

5) Bahagikan doh kepada 3 bahagian, berat setiap bahagian kira-kira 330-350 gm. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.

6) Keluarkan angin dari doh dengan cara menekan dan memicit doh tersebut lalu bulatkan sekali lagi.

7) Canai doh hingga menjadi 'rectangle' seperti di gambar bawah tu.. Kemudian sapukan sedikit sos atau sambal rata2 di permukaan doh tadi dan taburkan dgn inti corned beef atau apa-apa pun inti kesukaan anda. Gulung dgn kemas dan potonglah dgn pisau yg tajam dgn ketebalan roti tu mengikut citarasa anda. Buatlah serupa kpd 2 lagi bahagian doh roti tadi.

8) Alihkan potongan2 roti ini ke dalam acuan kertas dan biarkan ia naik sekali lagi kira-kira 30 minit. Bakar selama kira-kira 15-20 minit (atau hingga masak kekuningan) dgn suhu 180 darjah Celsius.

NOTE:

SOS/SAMBAL
Anda bolehlah menggunakan apa jua sos atau sambal yg anda gemari. Saya menggunakan sambal sardine jer.

Friday, June 18, 2010

Sardine Bun

Salam,
Hari ni saya nak share satu resepi roti yang baru dieksperimen oleh saya iaitu Sardine Bun. Sebenarnya dah lama sangat saya teringin nak buat roti ni. Selalu asyik beli aja. Buat permulaan saya mencuba resepi yang saya perolehi dari rumah Mamafami.


Freshly baked from the oven!!! Alhamdulillah, percubaan pertama saya membuahkan hasil yang cukup lumayan, tidak sia2 saya mencubanya. Bun ini sangat lembut dan sungguh sedap rasanya. Komen anak2 ku, sedapla mama roti ni....


Bun ini dibuat dengan sentuhan tanganku sendiri, tak pakai bread maker tau.... Jenuh jugakla nak menguli roti ni bagi lembut. Kalau hari2 uli roti, boleh timbul semua muscle yang ada.......


Macam biasala, sesi fotografi, posing sikit kat taman.


Nak rasa???? Mai la singgah umah, tu pun kalau roti ni ada lagi, heheheh.

Kepada yang ingin mencuba, resepinya saya cp dari blog mamafami, terimakasih Mamafami dan Kak Liza kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini...

SARDINE BUNS
Adapted from Sis Hanieliza's Fotopages

Ingredient A :
500g wholemeal flour - saya guna high protein flour
25g milk powder
50g sugar
10g instant yeast
1 teaspoon bread softener
1 egg
1/2 teaspoon salt

Ingredient B :
250ml water
75g margarine

Ingredient C :
Curry puff filling - saya buat yang ringkas jer, sardine filling

Method :
1. Mix well ingredients A.
2. Add in water and knead till a soft dough is formed.(I called upon my antique but still reliable mixer to help me with this process!)
3. Add in margarine and knead again till soft and elastic.
4, Make into a big ball and cover with a clean plastic bag. Leave to prove till double the size.
5. Punch down the dough and divide the dough into 50g balls.
6. Flatten the dough and put the filling. Cover the filling with dough.
7. Leave to prove for another 20 minutes or so.
8. Bake in a preheated oven at 180 degree celcius till golden brown.
9. Once out of the oven, brush some margarine on top.

Wednesday, June 16, 2010

Kari Ayam

Salam,
Apa khabar semua, sihat??? Sihatla hendaknya yer. Saya kat sini, macam biasala, alhamdullilah sihat, klu tak, tak ngadap ler laptop ni. Lama gak tak buat kari ayam ni, selalunya buat ayam masak merah jer sebab anak2 semua suka. Kalau buat kari ni, slow sikit, tak berapa jalan....


Ni la dia kari ayam WHC heheheh, amacam nampak menawan tak?. Sedap kari ayam ni tau...... kalau makan dengan roti jala lagi sedap.... Tp kita buat makan tengahari dengan nasi dan lauk2 lain jer.


Heran lak, kali ni buat kari ayam, laju pulak anak2 ngan hubby makan, petang jer dah tinggai seredak dalam periuk. Dengan kuah2nya sekali depa tibai.......sedapla tu gamaknya....heheheh Alhamdulillah, kalau dimakan tak per, seronok jer rasa hati kita yang memasaknya. Kalau tak, jenuh dok perangat la kita simpan esok lak.


Perkara yang paling menggembirakan hati saya ialah bila saya dapat menghidangkan suami dan anak2 juga tetamu atau sesiapa sahaja dengan masakan dari air tangan saya. Lebih seronok lagi jikalau mereka semua menggemarinya, terasa kembang setaman la pulak hehehe, lepaih tu kalau suruh masak hari2 pun tak pa, heheheh.

KARI AYAM WHC

Bahan-bahan :-
1 ekor ayam
6 sb rempah kari ayam (campuran alagappa's dan baba's)
1 sb cili mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 st lada hitam
1 inci halia
1 mangkuk santan pekat
2 biji cili hijau
2 tangkai daun kari
3 biji ubi kentang - dipotong 4
tomato dan bawang besar - dipotong 4 (optional)
garam dan sedikit serbuk perasa

Cara-caranya :-
1. Ayam dibersihkan, dipotong ikut kesesuaian dan toskan airnya
2. Bawang merah, bawang putih, daun kari, halia dan lada hitam ditumbuk lumat.
3. Campurkan serbuk kari ayam dengan sedikit air dan gaul sebati.
4. Hiris sedikit bawang merah dan bawang putih dan hali
5. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang tadi, setangkai daun kari dan halia. Bila telah naik bau masukkan rempah kari dan biar sehingga naik minyak. Masukkan pula ubi dan ayam dan masak hingga ayam dan ubi empuk.
6. Masukkan pula santan kelapa dan biar sehingga mendidih.
7. Masukkan cili hijau, tomato, bawang besar, garam dan sedikit serbuk perasa.
8. Biar sehingga mendidih sekali lagi dan siap untuk dihidangkan

Sunday, June 13, 2010

Banana Cake Lagiiii

Salam,
Masa saya agihkan kek pisang kat adik tempohari, ibubapa kawan adik pun ada kat rumah mereka, datang bercuti2 Malaysia. Jadi, sempatlah mereka merasa kek pisang air tanganku itu, hehehe. Terus aja mereka jatuh cinta dan kata sedap. Hari ni, pagi2 lagi adikku dah telefon kata mereka nak order. Elok la tu, habaq pagi, petang nak.....ayo yo, awatla suka buat adhoc order cam ni. Mujur jugak hari ni kami gi shopping mingguan kat Tesco. Tinjau2 tengok, terjumpak la pisang rastali, elok ler buat kek pisang ni kan. Lin order sebiji kek coklat dan dua biji kek pisang. Kek ni nak dibawa ke Ipoh sebagai buah tangan ke rumah saudara mereka.


Chocolate Moist Cake yang dilimpahi chocolate ganache dan taburan chocolate rice, emmmm, nyum nyum nyum


Taburan badam hiris berlainan bentuk lak........ yang macam hari tu out of stock. Nampak ok gak.


Jauh nampaknya perjalanan kek2 ini, heheheh. Tak sangka pulak, rupa2nya ada juga penggemar kek pisang ni yer.........



Terimakasih yer Lin kerana sudi menempah kek dari kak wattie, sebarang kekurangan harap dimaafkan. Tak lupa juga buat adikku Sally yang tak jemu2 mempromosi kek2 keluaran WHC, ahakssss, jasamu tetap dikenang.

Friday, June 11, 2010

Kari Kepala Ikan

Salam,
Hidangan istimewa orang2 Penang, kari kepala ikan. Pekena pulak dengan nasik kandaq, ayo yo, sedap giler. Agak2 ada ker orang Penang yang tak makan kari???Ahaksss rugila kalau tak suka makan kari. Kari kepala ikan memang kegemaran hubbyku dan juga kami sekeluarga. Dalam seminggu mesti 2 kali disediakan. Saya menggunakan rempah2 campuran, Alagappa's, Baba's dan sedikit cili mesin. Resepi pula, saya gunakan resepi arwah ibu dulu, kini dan selamanya.......


Memang sedap dan ternyata sedap. Cubalah kalau tak percaya.

KARI KEPALA IKAN

Bahan-bahan :-
1 ekor ikan
6 sb rempah kari ikan (campuran alagappa's dan baba's)
1 sb cili mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 st lada hitam
1 cawan air asam jawa
1 mangkuk santan pekat
5 biji kacang bendi
2 biji cili hijau
2 tangkai daun kari
1 camca teh halba campur
garam dan sedikit serbuk perasa

Cara-caranya :-
1. Ikan dibersihkan dan toskan airnya
2. Bawang merah, bawang putih, daun kari dan lada hitam ditumbuk lumat.
3. Campurkan serbuk kari ikan dengan sedikit air dan gaul sebati.
4. Hiris sedikit bawang merah dan bawang putih.
5. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang tadi, setangkai daun kari dan halba campur. Bila telah naik bau masukkan rempah kari dan biar sehingga naik minyak. Masukkan pula air asam jawa dan biar sebentar.
6, Masukkan ikan dan tutup dan biar hingga naik minyak semula.
7. Masukkan pula santan kelapa dan biar sehingga mendidih.
8. Masukkan kacang bendi, cili hijau, garam dan sedikit serbuk perasa.
9. Biar sehingga mendidih sekali lagi dan siap untuk dihidangkan

Thursday, June 10, 2010

Chocolate Rice Banana Cake

Salam,
Dua tiga hari lepas, Uncle Raja jiran satu lorong bagi pisang lagiiiii... Uncle Raja ni rajin sangat bagi pisang kat jiran. Pantang masak aja pisang di pokok, maka bersedekah la dia. Pokok pisang tu dulu ditanam di tanah terbiar hadapan rumahnya, masa tu mendiang isterinya masih ada lagi. Mendiang isteri uncle Raja ni sangat fasih berbahasa melayu, dialek penang pulak tu, dan ramah tamah lagi.... Terkadang tu bila teringat akan kemesraannya dengan jiran sebelah menyebelah membuatkan hati saya terasa akan kehilangannya.


Elok jadinya kek ni. Sangat lembut, sedikit lembab dan sedap. Nampak pun menarik dengan taburan badam hiris dan chocolate rice.


Sejukkan sebentar di atas redai


Selepas potong saya agih2kan kat jiran dan adik, biar diaorang rasa sorang sikit.
Malam tu, adikku telefon, kata dia kek yang saya buat tu sedap. Dan lagiiii, dia nak order sebiji untuk buat makan2 kat office.


Jadi, keesokkannya saya pun buatlah sebiji lagi untuk dia. Letak dalam bekas plastic cam ni, menarik kan.


Buat jugak sebiji lagi untuk sekeluarga makan2 kat rumah. Anak yang kecik tu sedap sangat dengan kek ni, baru keluar loyang aja dah tak sabar2 suruh potong, nak makan katanya. Dekat separuh jugakla kek tu dimakannya.

Kalau ada sesape yang teringin nak merasa keenakkan kek ini, silalah telefon/sms saya di talian di atas, ini kira produk terbaru ni........panas panas

Wednesday, June 9, 2010

Sahabat Blog @ Kelab Blogger

Salam,
Semalam ternampak n3 mengenai kelab blogger ni kat blog Cik Mat Gebu. Terus rasa terpanggil untuk menyertainya memandangkan saya masih agak baru dalam dunia blogging ni.

Ini adalah segmen khas diperkenalkan oleh Ben Ashaari rentetan dari segmen yang telah berakhir baru-baru ini. Tujuan segmen ini adalah untuk memperkenalkan kelab blogger di facebook ataupun dalam bahasa melayunya "muka buku". Marilah kita sama-sama meramaikan lagi kelab blogger sekaligus memperkenalkan blog kita yang mungkin masih belum diketahui umum.

Semuga usaha murni dan keperihatinan saudara Ben ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah hendaknya.

sila link ke sini
Sahabat Blog @ Kelab Blogger

untuk keterangan lanjut tentang syarat2nya, kenalah follow link ini yer

Tuesday, June 8, 2010

Banana Crumb Muffin

Salam,
Banana Crumb Muffin ni dibuat sebab jiran sebelah bagi pisang. Punyala banyak sampai 3 sikat. Kepala ni pun dok berkira2 la nak buat muffin sebab yang tempohari sedap sangat. Kira demam muffin dah melanda la pulak, hari tu demam brownies.



Maka beginilah hasilnya pisang yang disedekahkan dek jiran. Muffin ni pun sedap, saya tambahkan serbuk badam di dalam crumbnya, menjadikannya lebih istimewa. Pada firasat saya muffin ni lebih sedap rasanya jika dimakan sehari selepas dibuat.




Macam biasala, posing kat taman sikit



Banana Crumb Muffin
Source : allrecipe.com

Ingredients:
1 1/2 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
3 bananas, mashed
3/4 cup white sugar
1 egg, lightly beaten
1/3 cup butter, melted - sy guna margerin
1/3 cup packed brown sugar
2 tablespoons all-purpose flour
1/8 teaspoon ground cinnamon - yg ni saya gantikan dgn serbuk badam
1 tablespoon butter

Method
Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C).
Lightly grease 10 muffin cups, or line with muffin papers.
In a large bowl, mix together 1 1/2 cups flour, baking soda, baking powder and salt.
In another bowl, beat together bananas, sugar, egg and melted butter.
Stir the banana mixture into the flour mixture just until moistened.
Spoon batter into prepared muffin cups.

In a small bowl, mix together brown sugar, 2 tablespoons flour and cinnamon. Cut in 1tablespoon butter until mixture resembles coarse cornmeal.
Sprinkle topping over muffins. Bake in preheated oven for 18 to 20 minutes, until a toothpick inserted into center of a muffin comes out clean.

Sunday, June 6, 2010

Happy 23rd Anniversary

Salam,
Tempahan kek anniversary ini datangnya daripada Azlina. Azlina nak surprisekan hubbynya dengan kek anniversary mereka. Dia nakkan chocolate moist cake, katanya sedap sikit bila makan. Tak jemu2 dia dengan kek coklat ni. Pesan Azlina lagi, buat sedap2 dan cantik2 sikit yer. Alahai, camanala nak mendeko kek bagi cantik dan sedap ni yer, nak janji tak berani, tapi InsyaALLAH akan saya cuba usahakan, itu jer la yang termampu saya katakan.


Inilah deko tak seberapa yang mampu dihasilkan. Sekali pandang nampak cam crowded sangat la pulak kek ni dengan hiasan.


Bila Azlina tengok kek ni, alhamdulillah dia puashati, cantik katanya. Pasangan Azlina dan Azman ni masih muda lagi, tp dah menyambut anniversary yang ke 23, mereka kahwin muda katanya. Anak2pun dah meningkat remaja.


Close up roses. Suka pulak saya buat rose ni. Rose yang begitu mencabar bila kali pertama saya memegang nozzle suatu ketika dulu. Tapi, alhamdullilah berkat kesabaran dan usaha yang tak pernah mengenal jemu, beginilah rose yang dapat saya hasilkan walaupun tak seindah sifu2 kek yang lain.


Buat Azlina dan Azman, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 23, semuga hidupmu berdua bahagia hingga ke syurga.

Friday, June 4, 2010

Happy Teachers Day and Happy Holiday

Salam,
Ini adalah cuppies rentetan dari sambutan hari guru baru-baru ini. Lain sekolah lain la pulak jadual sambutan hari gurunya yer..... Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua para guru di mana sahaja anda berada, jasamu tetap dikenang dan semuga usaha murni kalian mendapat keberkatan dan diredhai Allah hendaknya.


cuppies yang deko nya simple2 aja




Yang ni pulak kindergarden ada party sebab nak bercuti panjang. Hoorayyyyyyy, cuti-cuti Malaysia......

Tuesday, June 1, 2010

Black Pepper Prawn

Salam,

Kita masak lauk la pulak yer. Kali ni saya menyediakan Black Pepper Prawn. Yang ni edisi ciplak dan tukar, hehehe. Sebenarnya resepi asal dari fp Kak Liza - Black Pepper Chicken. Saya tukarkan jadi Black Pepper Prawn. Rasanya memang sedap, ada kelainan. Tak la asyik makan sambal tumis udang jer selalu, baru tak jemu kan.



Kalau korang nak cuba, resepinya saya cp dari fp kak liza dan ubahsuai spt dibawah

BLACK PEPPER PRAWN

Bahan-bahan
500 gm ayam - yg ni kena ler tukar ngan udang yer
1 batang carrot [potong kecil] - dan saya tambah sedikit hirisan kacang buncis
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ] - yg ni lak stok dah habis
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci] - ni pun takder stok
1 biji tomato [belah 6] - alahai yg ni pun tak letak
2 biji cili merah [hiris]

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.