Thursday, November 17, 2016

Ayam Goreng Pedas Daun Kari

Assalamualaikum Dan salam sejahtera semua



AYAM GORENG PEDAS DAUN KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam - potong sederhana besar
  • 20 tangkai cili padi thai *
  • 2 tangkai cili merah * (yg ni lupa nak tulis masa mula2 publish td...soriiii..huhu)
  • 8 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia * (tumbuk kesemua bahan bertanda * )
  • sedikit gula/madu
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 tangkai daun kari
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan bau wangi.
  3. Masukkan kicap dan gula secukup rasa (*boleh juga tukar dgn madu).
  4. Kacau sebentar, masukkan daun kari yang telah disisihkan dari pelepahnya.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, sedikit garam (jika ayam yg digoreng tadi dah masin, x letak garam pun xpa) dan kacau gaul dalam bahan tadi biar bersalut.
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih. SELAMAT MENCUBA.



Saturday, November 12, 2016

Resepi Maruku Meletup

Assalamualaikum Dan salam sejahtera semua,

MURUKU MELETUP

Sumber : CHEF ZUBAIDAH CHE PA (
BAHAN2
250gm Marjerin – cairkan dan sejukkan
1 bungkus @ 500g Tepung Kacang kuda
2 bungkus @ 500g + 500g Tepung pulut
2 biji Telur
30gm Jemuju/lemuju – disangai dulu dan kisar halus
3 sudu besar Serbuk cili (BABAS)
5 sudu besar Gula halus
1 1/2 sudu besar Garam halus (membumbung)
1 paket Udang geragau – basuh, keringkan dan kisar halus
800gm Air
1 sudu besar bijan putih (opt)
Daun kari secukupnya


CARA2
Satukan bahan2 kering dan gaulkan hingga sebati.
Masukkan telur, marjerin dan air. Gaulkan lagi hingga menjadi doh yang lembut.

Panaskan minyak dan masukkan doh kedalam acuan dan terus tekan ke dalam kuali yang telah panas.
Gorengkan dengan penuh hingga kekuningan. Setelah muruku hampir garing, taburkan daun kari dan goreng hingga muruku betul2 masak dan garing.

Angkat dan toskan bekas yang telah dialas kitchen towel.
Biarkan sejuk sebentar dan simpan ke dalam bekas kedap udara



Tuesday, November 8, 2016

Asam Pedas Daging/Ayam Terbaik


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ASAM PEDAS DAGING/AYAM
Sumber : Pn Aini Binte Madon

1 kilo daging tetelan atau daging kari - dipotong kecil dan direbus hingga empuk. Ketepikan dengan air rebusannya di dalam periuknya.
ATAU
1 ekor ayam - dipotong2 dan dibersihkan

BAHAN KISAR
30-40 tangkai lada kering - celur air panas
2-3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 ibu jari halia
1 ibu jari kunyit hidup
1/2-1 sudu makan biji lada hitam - lebihkan jika nak lebih pedas
1 ibu jari belacan

Bahan2 semua dikisar hingga halus dengan sedikit air.

Garam & perasa
3-4 keping asam gelugor
3-4 biji kentang - dipotong 2 atau 4(sy tak letak)
2 biji tomato - dibelah 4 atau 6
2 batang serai - diketuk
Daun limau
Daun kunyit - disiat2

Untuk ayam:
Dalam sebuah periuk yang lain, tumis bahan2 kisar, serai dan daun2 hingga wangi, garing dan keluar minyak. (Jangan sampai hangus ye)
Masukkan ayam dan balik-balikkan. Diamkan sekejap supaya rempah meresap pada ayam. Pastu tuangkan air, letak garam, perasa dan asam gelugor. Bila dah mendidih, masukkan kentang dan renihkan dengan api sederhana hingga kentang empuk. Akhir sekali, masukkan tomato, biarkan mendidih. Tutup api.

Untuk daging:
Tumis bahan2 kisar, serai dan daun2 hingga wangi, garing dan keluar minyak di dalam kuali nonstick/kuali biasa. Bila dah garing, masukkan rempah ni ke dalam periuk daging tadi. Tenggekkan balik atas api. Yang lain2, sama seperti di atas.

Tip
Kuahnya tidak boleh terlalu cair.

NOTA
Asam pedas ni lagi sedap kalau guna rusuk kambing.
Rusuk kambing direbus dulu dengan sedikit halia+bawang putih kisar hingga empuk. Cara2nya sama seperti di atas