Wednesday, December 30, 2015

Brownies Cheese Kukus / Steamed Cheezy Brownies

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Tahun ini  Zaheen request brownies sempena hari lahirnya yang ke 10 tahun pada 26 Disember yang lalu.  Tak jemu jemu dia dengan brownies.   Kali ini saya buatkan brownies versi kukus pula menggunakan resepi seperti di bawah.   Sangat sedap, teksturnya sungguh lembut dan lembab, tidak jemu bila menjamahnya.  Terimakasih banyak diucapkan kepada Pn Mufidah selaku penyumbangnya.
  
BROWNIES CHEESE KUKUS
Resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Sukatan menggunakan cawan dan sudu metrik.. 
1 cawan metrik = 250 ml cecair

Brownies
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula castor

Bahan-bahan yg diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda


Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. (Kalau tak nak guna blender, guna mixerpun boleh). Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti). Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.
Lapisan Keju:  
(sy buat 1/2 adunan sahaja)

500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula halus
Sedikit esen vanilla

Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

Nota: Kek ni boleh juga dibakar secara steam bath



***********************************
Here's the English version of the recipe:
Steamed Cheezy Brownies
(Brownies Cheese Kukus)
Recipe by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Brownies mixture:
2 large eggs
1/2 cup eveporated milk (125 ml)
1/2 cup sweetened condensed milk
100 ml cooking oil
1/2 cup castor sugar
1/2 teaspoon vanilla essence
To be sifted together:
1/3 cup cocoa powder
1/2 cup flour
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon baking soda
Cheese mixture:
500 g cream cheese-softened at room temperature
140 g powdered sugar
4 medium sized eggs
1/2 teaspoon vanilla essence
Brush a 7x7 inches square pan with softened butter and line the base with 2-3 layers of parchment paper, extending over two sides of the pan. Set aside.
Place the eggs, sugar, evaporated milk, sweatened condensed milk and vanilla inside the blender jar and whizz until well blended (You can also use a mixer to mix the ingredients).
Add the sifted ingredients and whizz again until well blended. Put aside a small amount of the brownies mixture for decoration.
Pour into the prepared pan and steam over moderate heat for about 20-30 minutes until done, or bake using waterbath method until cooked.
While waiting for the brownies to cook, prepare the cheese layer. Beat the cream cheese using a mixer until softened.
Add in the powdered sugar and beat until the sugar dissolves. Add in the vanilla essence and eggs one at a time, beating well after each addition.

When the brownies layer is cooked, pour the cheese mixture onto it. Then drizzle the choc mixture that has being put aside onto the cheese layer.
Drag the tip of a toothpick through the cheese batter, swirling the chocolate mixture through the cheese layer.
Steam once again over moderate heat about 25-35 minutes or bake using steambath method until the cheese layer is set. Let cool inside the pan before hiM the brownies out of the pan.
Please store the leftover brownies inside the fridge.









Thursday, December 24, 2015

BigBob Cafe Pauh Jaya - Tempat makan sedap di Seberang Perai, Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Setelah sekian lama memendam hasrat untuk menikmati hidangan western food yang sedap,  minggu lepas, saya dan hubby meluangkan masa bersama anak anak untuk jalan jalan cari makan.  Tempat makan pilihan kami pada kali ini ialah BigBob Cafe Pauh Jaya.  hanya beberapa kilometer dari taman perumahan Pauh Jaya, tempat tinggal kami.  BigBob Cafe Pauh Jaya agak baru dibuka kira kira 4 bulan yang lepas iaitu pada 6hb Ogos 2015. Ini merupakan cawangan kedua mereka selepas  cafe induknya di Kepala Batas Sbg Perai.


Lokasi yang amat stratejik, berhampiran pusat membeli.belah yang baru dibuka, Mydin, Politeknik Sbg Perai, Uitm, pejabat pejabat kerajaan dll.   Cafe dua pintu ini terletak di bahagian bawah Bangunan Perniagaan 3 tingkat.  Rekabentuk dalamannya berkonsepkan modern english.  Melangkah masuk ke dalam cafe ini, anda akan terpandang hasil lukisan yang kreatif pada dinding menambahkan lagi tarikan cafe.  Ruang koridor dimanfaatkan sepenuhnya dengan  menukarkannnya menjadi open air dining area (medan makan terbuka).   Jika memilih untuk duduk di sini,  anda akan dapat menyaksikan panorama malam nan indah dengan  sinaran lampu serta deruan lalulintas kenderaan.  

Sesekali anda akan dihiburkan dengan Live Busking Band, menarik bukan, saya sukakan konsepnya!  Anak anak muda pasti sukakan suasana sebegini.  Lepaking sambil pekena secawan kopi panas, sambil dihiburkan  dengan alunan muzik sentimental rock,  ahhhh fikiran ini telah menerawang entah ke mana, berpuluh tahun yg lalu,  hahaha jiwang karat pulak dah.  Tapi pada hari kami ke sana tiada live band, mungkin disebabkan pengunjungnya yang tidak begitu ramai.  Pada yang tercari cari hidangan western food sedap di Seberang Perai, Pulau Pinang, apakata anda cuba di BigBob Cafe.  Di bawah ini saya sertakan alamatnya.  Dengan bantuan pelbagai teknologi canggih yang hanya terletak di hujung jari anda, in sha Allah lokasi ini mudah untuk anda jejaki.

BIGBOB CAFE
G15 & G16
Medan Perniagaan Pauh Jaya
Jalan Baru, 13700 Perai
Waktu operasi  :  11am hingga 11pm
Tutup hari Isnin

Menu beserta harganya.
 Melihatkan menunya,  Cafe ini banyak menyajikan makanan yang ala ala barat merangkumi starter, salad, sup, pasta, main course, burger n sandwich juga tapas. Terdapat juga hidangan melayu tempatan, kalau tak silap saya untuk sesi tengahari  namun pilihannya agak terhad. Saya lihat ada juga kek dan cupcake, namun dalam.kuantiti yang sedikit.


Pelbagai jenis minuman yang boleh dipilih dari  sejuk, panas, aiskrim, smoothie,  jus buah buahan segar, semua ada.  Tepuk dada tanya selera!

Bagi yang ingin ke cafe induknya, alamatnya seperti berikut

BIGBOB CAFE
Western Food Restaurant
 31 Kiosk  Bertam Perdana
Kepala Batas SPU
Waktu operasi  :  12pm hingga11pm
Tutup hari Isnin
Ini keluarga hamba yang ingin diraikan.

Lagi 3 orang tersembunyi di balik sanun....


Sayangnya bujang teruna yang baru habis belajar ini tidak dapat ikut serta, sakit belakang katanya.

Semuga cemerlang dunia serta akhirat anak anakku, amin.

Mari kita lihat apa yang menjadi santapan kami sekeluarga di sana

Ini untuk Mr Hubby, Lambretta (kalau di tempat lain dipanggil Lamb Chop) kambing bahhh... Melihatkan namanya,  teringat saya pada motor skuter, adik beradik vespa dari.negara pizza heheheh
Komen hubby lepas makan
Black pepper saucenya masin,  daging pula liat!  
Tapi saya lihat habis juga dimakannya, hahaha

Anak bujangku Asyraf yang punya,  Swiss Meatball with black pepper sauce.
Komennya lepas makan 
Sedap!
Kenyang hingga tak terhabis.  Diagih agihkan sorang satu, mama n abah pun dapat merasa.  Ini pula my 2 cents opinion, jika tekstur meatball itu lembut sedikit tentu lebih sedap.


Ini AminFayyadh yang punya, sama macam hubby, Lambretta
Komennya lepas makan  :  Sedap
Hairan saya, hidangan yang sama tapi komen berbeza. Chef lain lain agaknya, atau mungkin citarasa mr hubby citarasa kelas atasan jadi standard expectationnya  agak tinggi manakala citarasa si anak citarasa golongan marhaen, hmmmm begitulah kesahnya.

Pilihan sibongsu Zaheen,  Bigbob Chicken Chop
Portion yang agak besar untuk saiz perut anak kecil saya, jadi si abang tolong habiskan.

Komen Zaheen  :  Ayamnya sedap tapi rasa kulitnya macam rasa fishball.
Mama tak tau nak komen apa sebab mama tak menjamahnya.  Apa yang boleh dikatakan  komen si anak kecil selalunya jujur.

Pilihan Aiman,  BBQ Grilled Chicken.
Komen Aiman  :  Sedap
Anak yang tak banyak kerenah dari segi pemakanan.  Kalau suka dimakannya, jika tak ditinggalkannya
Inilah pilihan si tukang karut merangkap penulis blog serta photographer,  Chicken Parmigiana.  Naik tergeliat lidah melayu ni nak menyebutnya.
Ini komen saya,  hidangan ini memang sedap, portionnya besar, memang berbaloi dengan nilai ringgit yang dilaburkan.  Ayamnya lembut dan juicy, saladnya juga menepati citarasa saya.  

Jumlah yang dibayar kali ini,  alhamdulillah, within the budget.  Harganya boleh tahan. Nak kata mahal pun tak, nak kata murah lagila tak heheheh.  Tapi yang paling penting, tiada service charge @ gst yang dikenakan.
Saya ingin memuji layanan yang diberikan di sini.  Waiter yang bertugas ramah tamah,  dengan senyuman terukir di wajahnya melayani kerenah dan pertanyaan saya sekeluarga.  Setiap pertanyaan pasti ada jawapannya.  Kata orang, malu bertanya, sesat jalan.  Jadi, jika tak tahu kenalah bertanya,  jika tak, takut nanti lain yang ditempah, lain pula yang tiba.   Nampaknya waiter di sana sangat arif dengan semua menu yang ada dan saya percaya telah dilatih dengan sebaiknya. Tahniah!  Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi.

Hidangan juga tidak perlu menunggu lama, lebih kurang 20 ke 25 minit sudah siap sampai ke meja.  Alhamdulillah,  Inilah yang semua pengunjung harapkan. Tidaklah ternanti nanti, ibarat menanti buah yang tidak gugur.  Bukankah penantian itu satu penyiksaan

Rata ratanya, famili semua berpuashati dengan hidangan pilihan mereka. Tidak mengecewakan.  Berbaloi dengan harga yang dibayar.  Minuman pun sedap belaka, anak anak semua suka termasuk saya, kecuali minuman Mr Hubby, iaitu Pineapple Juice, tak ada rasa nenas katanya. 

 Kami pulang dengan hati yg gembira dan dalam kekenyangan!  In sha Allah, jika ada lebihan rezeki, kami pasti akan ke sana lagi.  
BigBob, mu tunggu aku datang lagi!!!



SALAM MAULIDUR RASUL



Assalamualaikum wbt dan salam Maulidur Rasul.

Sunday, December 20, 2015

Crispy Walnut & Mixed Fruit Biscotti / Slices

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Snek di petang hari sambil menonton tv.  Resepi asalnya adalah crispy almond slices, tapi terpaksa ditukar namanya bagi disesuaikan dengan bahan bahan yang terkandung di dalamnya yang dihasilkan mengikut stok yang ada.  Biscotti ini sangat rangup dan sedap tapi agak terlalu manis bagi saya.  Sebagai nota peribadi, lain kali saya akan cuba elakkan dari meletakkan buah buahan campuran  kerana ianya menambahkan lagi rasa manis pada biskut tersebut..   Patut diikut resepi asal dengan meletakkan kekacang sahaja.  
Sedikit info yang saya perolehi melalui laman web mengenai biscotti.
Di Itali, perkataan "biscotto" bermakna "biskut" atau "cookie." Lebih khusus lagi, biscotti dinamakan mengikut kaedah asal penyediannya. Perkataan akar "bis" dan "cotto"  bermaksud "dua kali" dan "dibakar." Apabila Itali mula mencipta biscotti  beberapa abad yang lalu, mereka berhati-hati untuk membakar cookies ini dua kali bagi menghasilkan bentuk yang unik dan tekstur yang  rangup. Disebabkan teksturnya yang sebegitu, membuatkan ianya sangat kering dan boleh disimpan untuk jangkamasa yang lama.

Biscotti adalah tambahan yang ideal untuk mana-mana menu pencuci mulut.  Ianya boleh dimakan begitu sahaja ataupun dicelup ke dalam minuman kegemaran  samada panas ataupun sejuk.   Sangat sesuai dinikmati bersama  secawan kopi, coklat panas, espresso, teh ataupun aiskrim.  Terdapat  banyak resipi menarik yang boleh anda cuba serta pelbagai cara untuk menghiasinya agar tampil menawan.  Jadi, tidak hairanlah  biscotti merupakan alternatif hadiah kreatif dan cara terbaik untuk membawa sedikit sentuhan Itali ke dalam rumah anda.
Untuk resepi eksperiman kali ini, jom sama sama kita semak bahan bahannya.

Saya gantikan badam dengan walnut dan buah buahan kering campuran.  Saya juga gandakan adunan bagi mendapatkan kuantiti yang lebih banyak dan dibakar di dalam loyang bersaiz 10inx10in.

CRISPY ALMOND SLICES
Adapted From  ;  AuntyYochana

Ingredients:
3 egg white
100 gm. sugar
1/8 tsp. salt
1 tsp. vanilla essence 
200 gm. whole almonds
120 gm. plain flour
Method:
(1) Whisk egg white with sugar and salt till thick.
(2) Fold in flour and almonds.
(3) Pour into a 7" sq. tray.
(4) Bake at 170C for about 25 mins. until light brown.
(5) Remove and place onto a cooling rack to cool.
(6) Wrap cake with aluminium foil and keep in the fridge for a couple of hours.
(7) Slice the cake into thin slices and lay onto a baking tray.
(8) Bake in oven at 160C for about 15 mins. or until it's crispy.
(9) Cool and store in cookie containers.



Di bawah ini saya sertakan terjemahannya.  Semuga bermanfaat.

CRISPY ALMOND SLICE
Diadaptasi Dari :  AuntyYochana

Bahan-bahan
3 biji putih telur
100 gm. gula
1/8 sudu kecil. garam
1 sudu kecil.esen vanilla
200 gm. badam biji
120 gm. tepung
Kaedah Penyediaan 
(1) Pukul putih telur dengan gula dan garam sehingga pekat.
(2) Kaup balikkan tepung dan badam.
(3) Tuangkan ke dalam  loyang bersaiz 7 "persegi.
(4) Bakar pada suhu 170C selama 25 minit  sehingga kuning keemasan/perang sedikit.
(5) Keluarkan dan sejukkan di atas redai.
(6) Balut kek dengan aluminium foil dan simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
(7) Potong kek kepada kepingan nipis dan letakkan ke dalam loyang pembakar.
(8) Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit. atau sehingga ia rangup.
(9) Sejukkan dan simpan di dalam bekas cookies.






Thursday, December 17, 2015

Resepi Ayam Masak Padang Sedap

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,


AYAM MASAK PADANG
Sumber  :  CendanaKasih   [tkasih]

Bahan-bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
2 batang serai [ketukkan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
2 biji tomato [belah 4]
1 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

Bahan-bahan diblender halus
10 biji cili api
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan naik minyak dan pekat.









Tuesday, December 15, 2015

Resepi Chocolate Eclairs

Assalamualaikum wbt dan sejahtera semua,
Aktiviti di musim cuti sekolah.

CHOCOLATE ECLAIRS
Source  :  HomeCookingAdv

Ingredients 
Makes 10-12 eclairs
For the choux pastry
1 cup (125 g) flour
3.5 oz (100 ml) milk
3.5 oz (100 ml) water
2 tsp (10 g) sugar
1/2 tsp salt
5 1/2 tbsp (80g) unsalted butter
4 eggs
Vanilla Pastry Cream
2 cups (480 ml) milk
2 tsp vanilla extract
4 egg yolks
1/3 cup (70g) sugar
1/3 cup (40g) cornstarch
1 tbsp (15g) unsalted butter
Chocolate Glaze
7 oz (200 g) chocolate (55-70 cocoa), cut in smaller pieces

2/3 cup (155 ml) whipping cream

Directions
First prepare the pastry cream to have it ready by the time the eclairs are baked.
Whisk the egg yolks with sugar until slightly pale.
Incorporate the cornstarch. Pour the milk into a saucepan and bring to a simmer. Pour about a third of the hot milk over the egg yolks mixture. Pour the whole mixture into the saucepan over the milk. Bring to a boil while stirring and thickens. Keep enough over heat to cook all the cornstarch. Add vanilla extract.
Pour the cream into a clean bowl and allow to cool for 10 minutes then incorporate the butter while stirring. Cover with plastic wrap, pressing it directly onto the surface of the pastry cream to prevent forming a skin on the surface. Refrigerate until ready to use.
Preheat oven to 350F (180C).
Prepare the choux pastry. 
Sift the flour. In a saucepan bring the milk, water, sugar, salt and butter to a boil.
Remove from heat and add flour all at once and incorporate mixing energetically with a wooden spoon until homogenous.
Return the saucepan over low heat and while stirring cook for 1 minute or two to pull out the moisture from the batter and until it pulls away from the sides of the pan. You will see some of the dough sticks to the bottom of the pan.
Transfer batter to a large bowl and allow to cool slightly. Add the eggs one at a time, carefully incorporating each into the butter using the wooden spoon or even a stand mixer. It will result in a smooth, homogenous batter which still holds it’s shape.

Fit a pastry bag with a large ½ inch (1 cm) round or star tip and pipe the dough into 4 or 5 inch (10 -12 cm) long strips on a parchment paper lined baking sheet. 
Dust with powder sugar and bake for about 40 minutes. After the first 10 minutes, open the oven door slightly, about  1/8 inch (2-3 mm), to let the steam escape. Bake for the rest of 30 minutes with the oven door slightly ajar, until golden. (Use a wooden spoon to keep the oven door ajar)

Remove eclairs from the oven, prick each with a skewer to release steam and allow to cool on a wire rack.   Poke 3 holes in the base of each eclair using a 1/4 inch (5-6mm) plain or star tip.

Remove pastry cream from refrigerator and whisk until smooth. Transfer the pastry cream into a piping bag fitted with 1/4 inch (5-6 mm) plain or star tip.
Fill the cooled eclairs by piping cream into the holes.
Prepare the chocolate ganache
In a small saucepan, place cream over medium-low heat for a few minutes to get hot. No boiling or simmering needed. Remove from heat, pour over chopped chocolate and let rest for 1-2 minutes. Stir until dissolved.
Dip the tops of the eclairs into the chocolate and allow to set. You won’t need all the chocolate but needs to be more to be able to dip them well.
Eclairs are best eaten the day they are made but they keep quite well in the refrigerator overnight.

ECLAIR COKLAT

Bahan-bahan 
Menghasilkan 10-12 eclairs
Untuk pastri Choux 

1 cawan (125 g) tepung
3.5 oz (100 ml) susu
3.5 oz (100 ml) air
2 sudu kecil (10 g) gula
1/2 sudu kecil garam
5 1/2 sudu besar (80 g) mentega tanpa garam
4 biji telur
Vanilla Pastry Cream
2 cawan (480 ml) susu
Ekstrak vanila 2 sudu kecil
4 kuning telur
1/3 cawan (70g) gula
1/3 cawan (40g) tepung jagung
1 sudu besar (15g) mentega tanpa garam

Chocolate Glaze
7 oz (200 g) coklat (55-70 koko), dipotong kecil-kecil
2/3 cawan (155 ml) krim putar

Cara Cara

Pertama.  Sediakan Krim Pastri lebih awal agar ianya tersedia apabila eclair telah siap dibakar.   Pukul kuning telur dengan gula sehingga sedikit pucat. Masukkan tepung jagung dan sebatikan.   Tuangkan susu ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Tuangkan kira-kira satu pertiga daripada susu panas ke atas campuran kuning telur sambil diaduk rata. Tuangkan seluruh campuran ke dalam periuk yang menganduingi lebihan susu.

Masak hingga mendidih sambil dikacau sehingga pekat.  Pastikan api sederhana cukup untuk memasak semua tepung jagung.  Tambahkan ekstrak vanila. Tuangkan krim ke dalam mangkuk yang bersih dan biarkan sejuk selama 10 minit kemudian gabungkan mentega sambil dikacau rata. Tutup dengan plastik sambil menekan terus ke atas permukaan krim pastri untuk mengelakkan pembentukan kulit di permukaan. Masukkan kedalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Panaskan ketuhar kepada 350F (180C).

Sediakan Pastri Choux.   
Ayak tepung. Didalam sebuah periuk masukkan susu, air, gula, garam dan mentega dan panaskan sehingga mendidih. Angkat dan masukkan semua tepung sekaligus sambil dikacau dengan penuh bertenaga sehingga terbentuk adunan yang licin dan tidak melekat pada dinding periuk.  

Masukkan nozel berbentuk bulat bersaiz 1/2in (1cm) ataupun nozel bintang ke dalam beg pastri.  Paipkan adunan kepada 4 atau 5 inci (10 -12 cm) jalur panjang pada lembaran kertas pembakar yang telah dioles dengan minyak.
Taburkan  gula aising dan bakar selama kira-kira 40 minit. Selepas 10 minit pertama, buka pintu oven sedikit, kira-kira 1/8 inci (3/2 mm), untuk menggeluarkan haba.

Bakar selama 30 minit dengan pintu oven sedikit terbuka, sehingga keemasan. (Gunakan sudip kayu untuk menyendal pintu ketuhar)

Keluarkan eclairs dari oven,  cucuk setiap hujung eclairs dengan lidi sate untuk melepaskan wap dan biarkan sejuk di atas rak dawai.  Buatkan 3 lubang pada dasar setiap eclair menggunakan nozel kosong atau nozel bintang bersaiz 1/4 inci (5-6mm).

Keluarkan krim pastri dari peti sejuk dan pukul sehingga sebati. Pindahkan krim pastri ke dalam beg piping yang telah dimasukkan nozel  kosong atau nozel bintang bersaiz 1/4 inci (5-6mm).  Isikan eclairs yang telah disejukkan dengan cara memaip krim  ke dalam lubang yang telah dibuat.
Sediakan ganache coklat.
Dalam sebuah periuk kecil, panaskan krim dengan api yang sederhana  untuk beberapa minit.. Tidak perlu sehingga mendidih atau menggelegak.  Angkat periuk dari haba dan tuangkan ke dalam coklat cincang.  Biarkan selama 1-2 minit. Kacau sehingga coklat cair.  Celupkan hujung eclairs ke dalam coklat dan keringkan di atas redai. Anda mungkin tidak memerlukan kesemua coklat tersebut tetapi  perlu disediakan agar eclairs dapat celupan coklat yang. sempurna.

Eclairs paling baik dimakan pada hari ianya disediakan,  tetapi boleh juga disimpan semalaman di dalam petisejuk.