Friday, July 31, 2015

Ayam Masak Merah Utara ala Kenduri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini menu yang entah keberapa hari raya, sampai lupa dah.   Mesti masak sesuatu untuk jamuan sedara mara yang hadir walaupun dalam kuantiti yang sedikit.  Semua gambar diambil terus dari kuali panaasssss.........


AYAM MASAK MERAH UTARA ALA KENDURI
Sumber  :  Zariens

Bahan-bahannya untuk Ayam Masak Merah:
• Ayam setengah kilo - bersihkan, gaul dengan garam kunyit dan goreng.



Bhn A ( Diblend sekali):
• Bawang besar 2 biji dipotong kasar
• Bawang putih 4 ulas potong kasar
• Lengkuas 2inci dipotong kasar - gn byk sikit sbb nk rasa lengkuasnya.
• Kunyit hidup sikit je - seinci
• Halia - seinci


▪ 20 tangkai cili kering - dipotong-potong pendek, buang bijinya, rendam 2minit bersihkan dan direbus dahulu. Bila dah sejuk, cuci bersih dan blend.
▪ 3 biji tomato - dipotong kasar dan blend. Saya blend sekali dgn cili kering
▪ 1 ringgit kelapa parut - blend dengan 2 cawan air. Ambil santan pekatnya.
▪ 3 batang serai - diketuk
▪ 1 biji bawang besar - dipotong bulat
▪ 1 keping Asam keping - dicuci bersih
▪ 1 cawan sos cili 
▪ 3 sudu besar minyak masak  
▪ Garam secukup rasa
▪ Gula secukup rads



Cara Memasaknya:

♥ Mula panaskan minyak. Tumis dulu cili kering yang diblend bersama buah tomato. Biar sampai pecah minyak.
♥ Kemudian masukkan bahan A yang siap diblend tadi. Biar pecah minyak juga.
♥ Masukkan sos cili, asam keping, serai yang siap diketuk. Masak sampai naik wanggi dan jangan lupa mengacaunya. Takut nanti hangit pulak kat bawah periuk. Tak sedap pulak nanti.
♥ Masukkan santan dan tunggu sampai pekat kuahnya.
♥ Kemudian bila kuah dah pekat, masukkan ayam yang siap digoreng tadi. Gaulkan dengan sebati.
♥ Masukkan bawang yang dipotong bulat tadi.
♥ Last sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Rasa dulu sebelum tutup api. Kalau dah rasa semuanya cukup, boleh tutup api dan hidangkan.


Thursday, July 30, 2015

Resepi 7 Biskut Milky Oreo / Crunchy Oreo

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Aikkk,  macamana boleh tertinggal satu lagi biskut raya yang saya sediakan untuk tahun 2015???, huhuhu.  Tak apa, boleh rujuk nanti untuk hari raya haji yang bakal menjelang.  Jom tengok hasilannya.

Memula tu saya juraikan biskut dengan coklat putih, tetiba coklat putih pulak dah habis.  Ni kes tak berapa pandai nak agakla ni.  Jadinya coklat koko sajalah yang ada untuk batch yang seterusnya.

Resepi MILKY OREO
by Iza Akma SSK  (tkasih Iza)

Bahan A :
130 gm butter
70 gm gula kastor
1/4 tsp esen vanila
Secubit garam

Bahan B :
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
20 gm cornflakes ~ kisar halus
20 gm serbuk badam ~ bakar dulu
20 gm badam nib ~ bakar dulu
20 gm serbuk oreo
1/8 tsp baking powder

Cadangan Hiasan :
Coklat Putih
Serbuk Oreo



Caranya :
Pukul bahan (A) hingga sebati.
Masukkan bahan (B) dan uli hingga jadi doh. Biarkan selama 20 minit.
Canai dan terap dengan acuan yang disukai dan bakar hingga masak. 
Setelah masak, biarkan sejuk. 
Celup dengan coklat putih dan terus tabur serbuk oreo.
Selepas coklat kering bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.







Wednesday, July 29, 2015

Gulai Tulang Lembu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Menu di hari ke4 lebaran 2015, gulai tulang lembu dan nasi putih serta daging goreng kunyit.  Gambar semua pakai ambil dari dalam kuali sahaja, tak sempat nak letak dalam mangkuk.  In sha Allah ada masa saya update resepi daging goreng kunyit.





Resepi boleh di lihat di SINI  dan di SINI.







Tuesday, July 28, 2015

Kek Buah Kukus Terbaik Chef Zubaidah


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Kek yang saya sediakan sempena hari lebaran 2015.  Sedap kek ni,  lembut dan lembab selepas beberapa hari disimpan.  Saya bakar di dalam loyang bujur seperti diatas selama lebih kurang  2 jam.


KEK BUAH KUKUS
Resepi Asal  :  Chef Zubaidah Che Pa   (Buku Steamed Cake)
Sumber  :  AzieJaya,  SpiceJourney

Bahan bahan:
225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir
50 gm air panas 
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar 
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala 



Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.


Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.

Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 


Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.


Alas tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal (10in)

Sunday, July 26, 2015

Resepi Rendang Pedas Daging

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Inilah dia resepi Rendang Pedas Daging yang saya gandingkan dengan Lontong Johor pada n3 yang lepas.

RENDANG PEDAS DAGING
Sumber  :  SajianDapurBonda

Bahan-bahann A:
1 kg daging segar dipotong kecil anggaran 1 inci
2 batang serai dititik 
2 cawan pati santan + 2 cawan air 
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
4 - 5 helai daun limau purut (ikut suka)
2 - 3 keping asam gelugor
1 sudu besar gula pasir (ikut suka)
1 sudu besar gula merah atau gula perang (ikut suka)
1 sudu kecil perisa
Garam secukup rasa


Bahan-bahan B (dikisar dan dibuat pes):
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar
5 biji cili padi untuk tambah pedas (ikut citarasa, tak wajib)
2 biji bawang besar
3 inci halia
2 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
2 batang serai 
2 biji buah keras

Penyediaannya:
Perapkan daging selama lebih kurang 20 minit bersama dengan bahan-bahan B yang telah dikisar. 
Sediakan kuali yang besar (ikut kesesuaian), masukkan daging yang telah diperap dan santan bersama serai yang dititik. 
Masak sehingga daging empuk. Kalau masih belum empuk, tambahkan air. 
Selepas daging empuk, masukkan garam, gula, perisa, dan asam gelugor dan kacau rata. Tutupkan kuali dan masak sehingga hampir pekat. 

Setelah kuah hampir pekat, masukkan kerisik, daun kunyit, dan daun limau purut. Kacau sehingga kerisik sebati dengan kuah. Masa ini kita akan bau aromanya yang enak dan wangi.


Tips/Petua:
  • Bagi menghilangkan bau daging, gaul daging dengan sedikit tepung gandum dan sedikit cuka.  Biarkan 2 - 3 minit.  Kemudian dibasuh dengan air bersih dan ditoskan.
  • Buah keras digunakan untuk memekatkan kuah.
  • Daun kunyit dan daun limau purut digunakan bagi membangkitkan lagi aroma rendang pedas daging ini.


Friday, July 24, 2015

Lontong Johor di hari ke 3 Lebaran 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Menu seterusnya dihari ketiga lebaran.  Ini pertama kali dalam sejarah saya menyediakan lontong di hari raya.  Jadi, saya cuma buat separuh sahaja daripada resepi asal takut takut tak menjadi.   Bahan bahan pun banyak yg saya tak letakkan sebab tiada dalam simpanan.  Saya gandingkan ia dengan rendang daging bagi menggantikan sambal ikan bilis.
Jom kita tengok resepinya.   Saya salin semula resepi asal walaupun saya tidak membuat kesemuanya untuk rujukan di masa mendatang.  Terimakasih banyak diucapkan buat CMG yang telah berkongsi resepi yang sungguh enak ini.
Untuk resepi rendang pedas daging, in sha Allah saya akan letakkan di n3 yang seterusnya.


LONTONG JOHOR
Sumber  :  CMG

KUAH LODEH
BAHAN-BAHANNYA :-
8 tangkai kacang panjang, hiris serong  (sy tak letak)
2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh) (sy tak letak)
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis (sy tak letak)
3 keping tempe, dipotong kiub  (sy tak letak)
1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis (sy ganti belacan)
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan (sy tak letak)

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Nasi impit @ ketupat
Serunding
Sambal tumis @ sambal kacang
Telur rebus, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  1. Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  2. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....
CATATAN MAT GEBU :- Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat....


SERUNDING IKAN BILIS.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
3 cawan kelapa parut (pilih kelapa yang muda sikit)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*gaul rata)
2 camca teh jus asam jawa
3 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
4 batang serai, hiris halus
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng tanpa minyak kelapa tadi hingga suam, angkat dan sejukkan. Ikan bilis ditoskan, perah dan tumbuk halus. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus asam jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa (selalunya serunding sedikit manis). Kacau rata dan bila pekat, masukkan kelapa tadi. Tambah daun limau purut, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga serunding berderai (tapi tidak terlalu kering). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sejuk sebelum disimpan..
SAMBAL IKAN BILIS.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  2. Tambah gula dan garam secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar. Toskan ikan bilis, perah dan masukkan ke dalam sambal, tambah sedikit air. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

Thursday, July 23, 2015

Rendang Ayam berganding dengan Ketupat Palas


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Ini juadah yg sempat saya sediakan di hari pertama lebaran.

Resepi boleh lihat di SINI
Dan di. SINI






Friday, July 17, 2015

Resepi 6. Tart Nenas Taiwan / Taiwanese Pineapple Cakes



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin diucapkan kepada semua rakan rakan blogger dan pengunjung blog WattiesHomeMade.

Lagi satu biskutraya yg paling saya gemari ialah tart nenas,  wajib buat di hari lebaran.  Kali ini saya mencuba tart nenas Taiwan yg seringkali dijadikan cenderahati.  
Resepi tart ini hampir sama dengan resepi resepi tart nenas yang lain, cuma bentuknya sahaja agak berlainan.  Tart nenas Taiwan bentuknya segiempat sama dan tidak disapukan kuning telur di atasnya, tapi saya suka melihat warna sapuan diatasnya, jd saya derhaka sedikit  dari segi rupaparasnya.  
Untuk tart ini,  saya mengggunakan acuan  coklat disebabkan tiada acuan segiempat yang sesuai.  Intinya pula saya gunakan jam nenas readymade yang dibeli.  Mari sama sama kita lihat hasilannya.

Taiwanese Pineapple Tarts/Shortcakes Recipe
Source  :  RasaMalaysia
Ingredients:
2 stick butters (1 stick of butter = 113 grams)
1/2 Tbsps shortening
2 Tbsp icing Sugar
1 egg
1 tsp pineapple essence (optional)
3 cups All Purpose Flour
2 Tbsps Milk Powder
2 Tbsp Cornflour
Method:
Cream butter, shortening and icing sugar till light and fluffy for around 8 minutes.
Add in egg and essence if using.
Fold in all purpose flour, cornflour and milk powder. Refrigerate for 20 minutes.
Divide dough into 30 pcs and wrap with the pineapple filling.
Press it onto the square mould and bake it at 170 celcius for 15 – 20 minutes and turn it around to bake for another 15 minutes or till brown.
Pineapple Paste
(adapted from http://www.zesterdaily.com/baking/378-taiwanese-pineapple-cakes)
Ingredients:
12 oz. (weight) peeled, cored, diced pineapple (from 1 pineapple)
1 pound 4 ounces of peeled, seeded, diced winter melon (from about 2½ pounds winter melon wedges)
3/4 cup granulated sugar
1/2 cup maltose syrup
Method:
Place the pineapple in the bowl of a food processor and pulse until pureed, stopping and scraping the sides of the bowl occasionally, 18 to 20 pulses. Pour into a Dutch oven.
Place the winter melon in the food processor and pulse until very finely shredded, 20 to 22 pulses. Transfer to the Dutch oven.
Cook the combined mixture over medium-high heat, stirring occasionally, until most of the liquid has evaporated and the winter melon begins turning translucent, about 20 minutes.
Reduce the heat to medium, add the sugar, and cook until the mixture has thickened, about 8 minutes.
Stir in the maltose syrup and cook, stirring constantly, until mixture is very thick, sticky, and uniformly light amber in color, 10 to 12 minutes.
Transfer mixture to a shallow bowl and refrigerate until cool. Divide into 1 Tsp each.
Cook’s Note:
You can also buy the ready made paste from baking supply shop around Taiwan.