Tuesday, December 30, 2014

Kek Coklat Melelehhhhh

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Tanggal 26hb Disember, 2014, Hari lahir sayang, anakku sayang, Zaheen.
Memenuhi permintaannya, yang inginkan kek coklat bersalutkan coklat cair meleleh.


 Nah ambik, nak sangat coklat meleleh, melimpah ruah coklat tu mama buatkan.







Ku bermohon kepadaMU, YA ALLAH
Bahagiakanlah anakku
Buatkanlah dia tersenyum selalu
Bimbinglah dia menuju jalan kebenaran
dalam setiap langkahnya
Kuatkanlah semangatnya
Murahkanlah rezekinya
 Elokkanlah kesihatannya

dan 
Kurniakanlah SYURGAMU buatnya  
Amin, Ya Rabbal Alamin.
Selamat Hari Lahir SAYANG!









Monday, December 29, 2014

Butter Pancake


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Ini menu musim cuti sekolah.  Hari hari kena sediakan snack petang untuk anak anak.  Kalau tak berlagu sakanlah mereka.
Ini idea Zaheen, sebab selalu sangat tengok cerita doraemon,  disuruhnya mama buat pancake.  Apa nak dikata, ikut jer la.


 BUTTER PANCAKE 
Resepi: Hajar Fotopages

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam


Cara Membuat:-
1.  Campurkan semua bahan dan blender sebati.
2.  Biarkan adunan selama 10 minit
3.  Tuangkan sesudu adunan dalam kuali non stick yang telah dipanaskan
4.  Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih.
5.  Biarkan seketika, bolehlah diangkat.
6.  Hidangkan dengan maple syrup dan jem kegemaran.




Saya hidangkan bersama madu dan kepingan butter.


Sunday, December 28, 2014

Tempahan Mini Fruit Tarts dan Cheese Tarts Fatimah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Tempahan ulangan daripada Fatimah untuk makan makan bersama keluarga.












Terima kasih banyak di atas sokongan yg berterusan.  
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Saturday, December 27, 2014

Daging Gulai Kawah


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua, 

Jom tengok apa saya masak semalam.



Daging Gulai Kawah
Sumber Resepi  :  Kak Liza
Bahan bahannya
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]

2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Sy tambah ubi kentang



Bahan Mesin 
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas


Bahan tumis 
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga



Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.




Sunday, December 21, 2014

Tempahan untuk hantaran pertunangan Afiqah, macam macam ada...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini semua adalah tempahan daripada Afiqah dari Simpang Empat Tasek, Sbg Perai Selatan sempena hari pertunangan beliau baru baru ini.

Sengaja saya asingkan n3 satu persatu sebelum ini bagi melihat hasilan yg lebih jelas.









#pulut kuning berhias#puding kasih bertautred velvet cupcakes hantaran#cream puff wth creamy cream custard#mini strawberry cheese tart hantaran#mini strawberry n blueberry cheese tart#


Mini Strawberry Cheese Tart Hantaran

Red Velvet Cupcakes Hantaran

Puding Kasih Bertaut Hantaran

Pulut Kuning Berhias Hantaran



Cream Puff



Mini Blueberry dan Strawberry Cheese Tart
Terimakasih banyak diucapkan diatas tempahan dan kepercayaan yang telah diberikan.  
Sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.  Terimakasih.