Thursday, February 27, 2014

Jadilah Pemimpin Kepada Diri Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Rencana/Motivasi untuk hari ini  


Konsep pemikiran "Reset Minda" menekankan betapa dalam hidup ini perlu menjaga atau mengawal akal dan hati.  Hal ini adalah kerana hati akan berkait dengan emosi dan akal pula berkait dengan fikiran.  Antara akal dan hati, kedua duanya saling berkait, yang bermaksud emosi menentukan keadaan fizikal dan fizikal pula menentukan keadaan emosi.

Contohnya jika emosi kita baik/positif (bahagia, berbaik sangka dengan orang, suka bantu orang, mempermudah urusan orang dan seumpamanya)  fizikal kita akan turut baik/positif (sihat, cergas, pintar, cekap, bertenaga dan seumpamanya).  Demikianlah sebaliknya, jika hati kita buruk/negatif dan akhirnya memberikan kesan kepada fizikal/tubuh badan kita.

Analoginya, ambil sebatang besi yang berkarat dan genggam besi itu sekuat kuatnya.  Tentu tangan kita berasa sakit!  Adakah kita akan terus menggenggam besi berkarat itu sampai bila bila atau kita segera melepaskannya?  Dalam situasi ini adalah lebih baik jika kita membalingnya sejauh mungkin dari diri kita, agar besi itu tidak mencederakan kita lagi dan mencederakan orang sekeliling kita, terutama orang yang kita sayangi.

Begitulah dalam keadaan menempuh kehidupan ini,  sesuatu yang menyakitkan hati kita, yang akan memberikan kesan negatif kepada emosi dan memeningkan akal kita mestilah kita hindarkan jauh jauh dan sesegera mungkin.  Hal ini adalah kerana apa yang kita fikir dan percaya akan menjadi tindakan dan hasil kehidupan (dari segi bahagia, tenang, sihat dan kewangan kita) yang akhirnya memberikan kesan kepada fizikal.

Jika kita diumpat atau dihina orang, adakah kita akan marah dan menyimpan dendam?  Patutkah kita menyimpan perasaan negatif itu hingga herhari hari., berminggu minggu, berbulan bulan atau bertahun tahun?  Sedangkah orang yang mengumpat, mengata dan mengutuk kita itu, mungkin hanya menggunakan masanya lima minit sahaja untuk memuaskan hati negatifnya dan melunaskan tabiat negatifnya.

Akhirnya akibat memendam rasa, kita mengalami tekanan perasaan/stress dan mudah diserang pelbagai jenis penyakit.  Jangan menyalahi nasib diri, berasa rendah diri, tidak yakin kepada kemampuan dan kebolehan diri sendiri.  Ingatlah, bahawa kita hamba ALLAH, kita sama sahaja ada lebih dan kurangnya.  "kelebihan kita melengkapkan kekurangan orang, dan kekurangan kita dilengkapkan oeleh kelebihan orang lain"  Yang hebat hanyalah ALLAH SWT.

TIP HIDUP BAHAGIA
Tip untuk menjadikan kehidupan ini bahagia, ceria dan bermakna.  

Pertama, belajar untuk tenang dan rehat rehatkan minda.

Kedua, masuk ke dalam bilik dan duduk bersendirian, untuk renungkan diri dan bermuhasabah diri atau melihat ke dalam diri kita.   Cari dimana kekurangan diri kita yang perlu diperbaiki dan di mana kebaikan yang perlu dipertingkatkan.  Ingat, orang yang tidak suka hidup bersendirian bermakna dirinya berada dalam kategori orang yang tidak menyayangi dirinya.  Orang yang tidak sayangi akan dirinya ialah orang yang tidak sayang ALLAH dan tidak bersyukur kepadaNYA.

Ketiga,  gunakan kaedah, "senaman cermin minda".  Gunakan otak atau minda untuk membuat keputusan hidup kita.  Bayangkan apa yang kita hendak jadi atau fokuskan pada masa akan datang, dengan tengok kekuatan dan kebolehan kita (refleksi diri).  Gambaran dalam fikiran kita itulah kehidupan kita.

Keempat, cakap yang baik baik sahaja dan fikir yang baik baik shaja tentang diri kita.  Kerana kata kata kita adalah doa dan tindakkan ALLAH berdasarkan apa yang ada dalam fikiran kita.  Jika kita bersangka baik maka baiklah jadinya, sebaliknya jika bersangka buruk maka buruklah jadinya.

Semoga sifat positif menjadi amalan kita dan niat untuk bahagia dan membahagiakan sentiasa ada.  Ingatlah yang paling berharga dalam hidup ini ada dua.  Pertama, masa.  Iaitu masa lalu menjadi sempadan kehidupan kita dan masa hadapan menjadi perjuangan hidup kita.  Masa yang berlalu tidak boleh ditebus, dibeli atau diganti, maka itu hargailah setiap detik waktu dengan perkara yang berharga.  Kurangkah bercakap tetapi lebihkan tindakan yang cekap.  
Kata Professor Hamka, 
"Orang yang bijaksana itu dikenali daripada ringkasnya kata kata dan indahnya pergaulan".

Janganlah jadi orang yang hidup dalam kesedaran keegoan yang tinggi dan sangat menjaga reputasi berdasarkan tanggapan orang lain atau terlalu memikir apa yang orang lain kata.  Tetapi, jadilah, manusia yang kesedaran keTUHANANnya sangat tinggi yang hanya fikirkan apakah pandangan ALLAH.  Jadilah orang yang menjaga hubungannya dengan ALLAH dan sesama manusia serta bebas daripada penghargaan dan cemuhan manusia.  Jadilah orang yang berilmu, yang menggunakan ilmunya utnuk memberi ilmu yang bermanfaat kepada orang lain.  Dan jadilah orang kaya yang menggunakan harta kekayaannya pada jalan ALLAH.

Kitalah yang memimpin diri kita, sama ada untuk mencorakkan hidup kita dengan warna warni ceria atau warna warni suram dalam  sepanjang kehidupan kita.  Bagaimana kita melihat dunia ini, ibarat kita memakai cermin mata.  Jika cermin mata pilihan kita berwarna hitam, kita akan melihat dunia ini dengan warna kehitaman.  Jika memakai cermin mata berwarna coklat, dunia yang kita pandang akan berwarna coklat.

Andainya kita memilih cermin mata berkaca cerah, akan cerahlah  dunia yang kita pandang.  Sesungguhnya tangan kitalah yang menentukan "cermin mata kehidupan" pilihan kita.  Maksudnya, kita yang memimpin diri kita jalan yang menjadi laluan hidup kita.  "Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak"

PROF DR MUHAYA MOHAMAD
ialah Professor Oftalmologi, 
Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) dan Penceramah Utama Jelajah Celik Famili dan Felo Dakwah Yadim

Wednesday, February 26, 2014

Moist Chocolate Cake With Cream Cheese Layer



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Sally sempena hari lahir anaknya yang ke 16 tahun.


Sweet 16,  Deanah Athirah Ainaa 




Selamat hari lahir diucapkan buat Deanah, semuga menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ayah dan bonda, dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa, amin.













Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Tuesday, February 25, 2014

Hot Spicy Fried Tempeh Sambal / Sambal Goreng Tempe



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Resepi untuk hari ini adalah Sambal Goreng Tempe.  Ini merupakan antara hidangan tengahari saya sekeluarga minggu lepas.


Tempe adalah produk soya  tradisional berasal dari Indonesia dan amat popular di Pulau Jawa.




HOT SPICY FRIED TEMPEH SAMBAL (SAMBAL GORENG TEMPE) 
Recipe Adapted From  :  Gourmetttraveller

For deep-frying:
vegetable oil, plus 2 tbsp extra
400 gm tempeh (see note), halved lengthways and thinly sliced
4golden shallots, thinly sliced
2garlic cloves, thinly sliced
2long red chillies, thinly sliced
10 gm (2cm piece)galangal, thinly sliced
½ tspshrimp paste, roasted
2 tbspdark palm sugar
50 gmtamarind pulp, mixed with 200ml water, strained, solids discarded

To serve
:thinly sliced birdseye chillies 

Method 
01Heat oil in a deep saucepan to 175C. Deep-fry tempeh in batches, turning occasionally, until golden and crisp (2-3 minutes; be careful as hot oil will spit). Drain on absorbent paper, set aside. 
02Heat 2 tbsp oil in a wok over medium heat, add shallot, garlic, chilli, galangal and shrimp paste and stir-fry until fragrant (2-3 minutes). Add palm sugar and stir over low-medium heat until dissolved (1-2 minutes). Add tamarind paste and deep-fried tempeh and stir frequently until sauce is reduced and caramelised (5-6 minutes). Season to taste and serve scattered with chilli to taste. Note Tempeh is available from Asian grocers and some supermarkets. If unavailable, substitute firm tofu. Shrimp paste, known as terasi in Indonesia, is available from Asian grocers. It requires roasting before use: preheat oven to 200C, wrap shrimp paste in foil and roast until fragrant (5 minutes). Dark palm sugar is made from the coconut palm; in Indonesia it’s called gula Jawa. 

 This recipe is from the June 2011 issue of Australian Gourmet Traveller. 
Recipe:TONY TAN


IKUTI SEPULUH FAKTA RINGKAS MENGENAI PEMAKANAN TEMPE 

IFAKTA MENARIK MENGENAI TEMPE


1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).
2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.
4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.
9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.














Monday, February 24, 2014

PUDING KASIH BERTAUT


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Resepi untuk hari ini adalah resepi puding.   Minggu ni kerajinan menjadi jadi nampaknya, jadi adalah paparan terbaru untuk dipertontonkan.  Lama tak menjamah puding atau agar agar.  Sebenarnya anak anak tak berapa menggemari agar agar, sebab itulah kurang sedikit resepi pencuci mulut dalam blog ini.  Kalau nak buat juga kena fikir banyak kali siapa yang akan menghabihkannya.


Alhamdulillah,  puding yang dibuat  agak menjadi.   Rasanya pun sedap dan lembut.   Tidaklah  keras seperti puding2 yang pernah dibeli sebelum ini.  Kadang kadang puding yang dijual cuma cantik dipandang mata, tetapi rasanya teramatlah kurennnngg....


Macam biasalah, resepi hasil dari carian mengoogle kesana sini.   Terjumpa kat rumah NAZ.  Terimakasih banyak Naz.   Ramai yang telah mencuba dengan jayanya.    Hari ini mari pula kita lihat  hasilan dari dapur kecil saya ya.

PUDING KASIH BERTAUT

Bahan-bahan A :
  • 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
  • 300 ml air
  • 200 ml santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)
Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 100 gm gula Melaka atau nise
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)




Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.



Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.





NOTA :
  • Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
  • Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.




Terkorban sudahhhh.......  
Tak sangka saya, hubby dengan anak anak suka sangat makan puding ni.  In sha Allah ada kelapangan boleh cuba puding yang lain pula.








Selamat Mencuba !

Sunday, February 23, 2014

The Melting Cheese Cake



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kali ini menunaikan permintaan teman teman  anak bujangku yang dah lama sangat memesan kek keju meleleh ini.   Disebabkan bekas terlupa nak beli, maka saya gunakanlah bekas yang comel yang ada dalam simpanan ini, lebih mudah untuk dinikmati.


Makan ni gerenti tak boleh berenti selagi tak habih......























Thursday, February 20, 2014

Rainbow Cake, Apam LadyBird dan Apam PolkaDot Ainnur Izz Zahra




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Irah, Taman Pauh Jaya sempena setahun hari lahir anaknya.   Kata orang,  Taman Pauh Jaya ni tempat tinggalnya orang orang yang berjaya, heheheh, betoi ka ni.   Saya pun dok Taman Pauh Jaya jugak tau, teringin juga nak rasa glamer orang orang yang dah berjaya, heheheh.


Warna tema untuk kek yang ditempah adalah warna pink.


Assalamualaikum kawan kawan, nama saya Ainnur Izz Zahra.  Umur saya 1 tahun.  Hari ini hari lahir saya.  Saya suka warna pink, sebab tu baju saya warna  pink.  Kek yang ibu  tempahkan pun  warnanya pink juga, hehehe, ibu memang ibu yang terbaeekkk, muahhhh,  sayang ibu.  Saya sayang ayah juga, saya sayang kedua duanya.  Bertuahnya saya dapat ibu dan ayah yang sangat menyayangi saya.  Lihatlah di sekeliling saya, semuanya dipenuhi dengan kasih dan sayang ibu serta ayah.


Kawan kawan nak tau tak,  nama kek ini kek pelangi (rainbow cake), ada macam macam  warna pelangi kat dalamnya.  Jom ramai ramai kita makan kek, tapi sebelum makan kenala baca doa dulu ya.....




Disamping kek pelangi, Irah juga menempah apam polkadot dan apam ladybird.




Selamat Hari Lahir diucapkan buat Ainnur Izz Zahra, semuga membesar menjadi anak yang solehah, dilimpahi kasih dan sayang Allah senantiasa, amin.















Macam biasalah, jari jemari kasarku ini suka mencuba sesuatu yang baru, google dalam internet cara cara nak menghasilkan figurine.  Terhasillah anak patung kecik kat atas ni.  



Pakai stokin uuuu,  terlebih teballa pulak,  kasut pun terlebih merelit, macam baru dipolishla pulak.


Rambut aja yang agak kusut masai sikit sebab mengulit pakai jari jer, takda acuan khusus untuk membuat rambut.




Apam Ladybird pun saya buatkan kaler pink.



Payah oooiiii nak buat apam ni, kalau ditempah beratus ratus atau beribu ribu lemon, saya surrender awai awai na, byk sgt masa yang diambil untuk melukis apam ni.  Bila mengukus pulak, dalam hati berdebar debar menunggu jadi ke tak apamku kali ni,


Kalau jadi macam ni, alhamdulillah syukur.   Kalau tak jadi, alamat meraungla aku dalam hati.








Ni sms feedback yang saya terima daripada Irah keesokannya harinya  :-

Kak, Tq, kek n apom.... dua dua sedap.  Nti leh order yg lain plak....

Alhamdulillah, terima kasih banyak di atas feedback yang diberikan.  Hanya dengan izinNYA memungkinkan segalanya terjadi.   In sha ALLAH, ada rezeki boleh kita berurusan lagi.



Terimakasih banyak diucapkan diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.