Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Semua di atas ditempah oleh Suliana, Taman Pauh Indah sempena hari lahir anaknya pada 5hb Jan 2013 yang lepas.
Kata Su, ini kali pertama dia mengadakan majlis hari lahir. Jadi, sebulan sebelum hari lahir Su dah menempah. Terimakasih banyak Su kerana membuat tempahan awal.
Antara yang ditempah oleh Su ialah Marble Cheese Brownies, Mini Marble Cake, Cheese Tart, Durian Crepe, Apam LadyBird, Apam Polka Dot
Alhamdulillah, semuanya ini dapat disiapkan dalam masa sehari. All in one day!!! Mulai dari jam 8.00pagi hingga 1230 malam. Berhenti seketika untuk solat dan makan sahaja. Tak sangka pula saya dapat menyiapkan semua ini dalam jangkasama sehari. Alhamdulillah, syukur sesangat, sesungguhnya tiada yang mustahil jika diizinkan olehNYA.
Kalau dapat tempahan macam ni hari hari, mau pengsannnnnn dibuatnya.....tak sanggup den...huhuhu. Kalau sebulan sekali cam ni, insyaAllah.
Masa ambil tempahan ni pun dah teragak agak, boleh ker aku buat semua ni dalam masa sehari, gabra jugakla. Tapi dah tekad dalam hati, kalau tak cuba mana nak tahu kan...
Mari kita semua jamu mata dengan lebih jelas kesemua produk deWattiesDelight yang telah ditempah oleh Su ya........ zoooommmmmm
Mini Marble Cake berkrim dengan hiasan badam panggang dan coklat urai.
InsyaAllah ada masa saya akan buat n3 lagi satu untuk kek mini ini dengan lebih jelas..
Marble Cheese Brownies
Apam Lady bird sebelum dikukus
100 biji Apam LadyBird yang sudah dikukus, siap untuk dimakan...
100 biji Apam Polka Dot
Apam Polka Dot yang tak berapa nak ceria warnanya
Banyak masa yang dihabiskan untuk melukis gambar ladybird ini, sampai lengoh lengoh satu badan. Kalau buat kek rasanya dah boleh bakar 2, 3 biji kek dalam jangkasama tersebut.
2 pek Chocolate Rice Banana Cake
10 pek durian crepe
50 biji Blueberry Cheese Tart yang montok montok
Keluaran terbaru dan tempahan pertama Makaroni Bakar/Baked Macaroni juga daripada Su.
Berat makaroni ini melebihi 3kg
Antara bahan bahanya adalah makaroni, daging cincang Ramly, susu, telur, rempah rempah dll serta hiasan mayonaise, sos dan taburan cili merah dan dedaun
Terimakasih di ucapkan kepada Suliana kerana sudi menempah begitu banyak daripada deWatties Delight. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.