Sunday, December 30, 2012

Chocolate, Blueberry & Strawberry Cheese Tart tempahan Yatie, Kulim


Chocolate Cheese Tart yang montoksss...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
 Cheese tart campuran tempahan Yatie dari Kulim untuk makan makan bersama famili.


Freshly baked from the oven....


Blueberry Cheese Tart.


Chocolate, Blueberry dan Strawberry Cheese Tart.


Yatie datang bersama sama hubby dan anak anak untuk pick up cheese tart.  Sharp!!!, memang Yatie datang tepat pada waktunya, akak sukerrrrr......



Sehari selepas makan tart, saya terima sms dari Yatie berbunyi begini  :-
"Salam kak, semua orang puji, cheesetart akak sedap, tq ye."   
Alhamdulillah, terimakasih banyak Yatie di atas komenmu yang menyengat, hehehe.





Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Saturday, December 29, 2012

Durian Crepe Alia, Shah, Huda, Intan dan Mohd Fairuz


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

 Tempahan durian crepe daripada Alia Kepala Batas, Huda Bukit Minyak dan Intan Bandar Perda,



Ada yang amik pagi, tengahari dan petang. Malam pun adaaaaaa...... Setengah tak sempat nak snap gambar...


Kali ni durian crepe ditempah juga oleh hero hero idaman malaya, hehehe, Shah de Pesona dan Mohd Fairuz dari Taman Guar Perahu.


Terimakasih banyak diatas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Untuk sebarang tempahan, sila lawati  dewattiesdelight.blogspot.com

Friday, December 28, 2012

Chocolate Moist Cake/Kek Coklat Lembab buat Aliff dan Akmal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Kek Coklat Lembab tempahan my cousin, Azlina sempena hari lahir 2 orang anak saudaranya iaitu Aliff dan Akmal.
Anak anak Azlina dan anak2 sedara beliau memang peminat fanatik kek coklat lembab.
Selamat Hari Lahir diucapkan buat Aliff dan Akmal. Semuga menjadi anak yang soleh, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan hidup diberkati senantiasa, amin.
Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Chocolate/Durian Crepe, Bantal Coklat/Durian, Lempeng Coklat/Durian tempahan Ira, Siti, Azida dan Etty


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
 Tempahan daripada  Ira Seberang Jaya, Siti Juru, Azida dan repeat order daripada Etty Taman Pauh Jaya.


Chocolate Crepe la pulak ya. Chocolate Crepe ini ditempah oleh Ira Seberang Jaya dan juga Etty Taman Pauh Jaya bagi pihak rakan ofisnya. Jadi kaler kulitnya kita letak kaler chocolate juga.......nampak sweetkan...






Gambaq mesti banyak....hehehe. Itulah kelebihan kita.




Terimakasih kepada semua yang telah sudi menempah. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Wednesday, December 26, 2012

Durian Crepe tempahan Kak Ros, Nadia dan Liza


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Repeat order daripada Kak Ros, Telekom Sbg Jaya, Nadia Seberang Jaya dan Liza Pauh Idaman.





Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, December 24, 2012

Durian Crepe/Durian Pancake Syuhaiza dan KZana



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
 Tempahan lempeng durian daripada Syuhaiza, Sg Dua dan Kak Zana dari Kulim.


Syuhaiza menempah 8 pek dan Kak Zana menempah 5 pek.








Terimakasih banyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.