Thursday, August 30, 2012

Red Velvet In Jar sempena pertunangan Mas Athirah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Tempahan yang sempat saya sediakan buat Mas Athirah sempena majlis pertunangannya pada hari raya ketiga yang lepas.
Sebenarnya ada beberapa lagi tempahan pertunangan pada hari raya yang tak dapat saya terima. Takut pula tempahan tak dapat disiapkan, maklumla hari rayakan, mana nak layan tetamu, mana nak godek kek, silap silap kacau bilau jadinya.
Tempahan 10 botol saja, tapi gambar pulak yang melebih lebih, hehehe.... Bukannya apa, sayang pulak nak mengabaikan gambar2 yang telah diambil, jd letaklah semuanya buat kenangan.
Selamat bertunang Mas. Semuga bahagia hingga ke syurga.
Terimakasih banyak diatas tempahan ini.

Sunday, August 26, 2012

Projek Biskut Raya 2012 deWattiesDelight

Salam to all, Sedikit gambar gambar projek biskut raya saya yang lepas.
Mengeletar jugak lutut ni sementara nak siap semua biskut biskut ini.
Alhamdulillah, semuanya dapat disiapkan mengikut tempahan dan diserahkan pada waktu sebagaimana yang telah dijanjikan
.

Friday, August 24, 2012

BIskut Raya 2012 datang lagiiii.......


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN  buat semua pengunjung2 dan teman teman blogger yang saya sayangi.   Semuga Aidil Fitri kali ini disambut dengan penuh kebahagiaan dan keceriaan.  Semuga rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa memayungi kalian semua.

Agak lama juga blog ini menyepikan diri.  Dengan munculnya gambar gambar biskut raya ini rasanya semuanya faham kenapa ya, hehehe......  Macam tahun lepas juga, tahun ini saya mengambil tempahan membuat biskut raya.  Permintaan untuk biskut raya pada tahun ini bertambah sedikit dari tahun lepas, alhamdulillah....syukur ke hadratNYA.   Disebabkan itulah, saya tidak dapat mengupdate blog sebagaimana sebelumnya.

Tahun ini selain dari biskut biskut yang pernah saya buat, saya juga menambah sedikit lagi koleksi terbaru biskut raya seperti yang dapat anda semua lihat dalam gambar gambar di bawah ini. 

Tempahan telah dibuka sebelum bulan ramadhan yg lalu dan ditutup pada minggu pertama puasa.  Maaf kerana tidak meletakkan promosi di dalam blog ini kerana saya menghadkan penerimaan tempahan biskut raya disebabkan kekurangan kakitangan dan masa.  Terimakasih banyak diucapkan kepada semua yang telah sudi menempah, sebarang kekurangan harap dimaafkan.  

Maaf juga kepada mereka yang dari luar Pulau Pinang yang bertanya samada saya mempunyai ajen di kawasan2 mereka.  Sebenarnya, saya hanya menjalankan bisnez ini secara kecil kecilan dan hanya mengambil tempahan bagi kawasan2 yang berhampiran sahaja.  Insya Allah, jika diizinkan, mungkin di masa masa hadapan saya  akan mempertimbangkan untuk melebarkan biznes ini, hehehe...ceeewahhhh, macam bisnez juta juta la pulak,  kik kik kik,  tapi  tak tau la bila lagi......   tungguuuuuuu.........

Oklah, sebelum semua bertambah boring,......jom layan gambar gambar biskut raya deWattiesDelight tahun 2012..........zaaaaassssssssss































SNOW ALMOND




























PINEAPPLE TART























HAZELNUT OAT














IRISH COOKIES










SNOW ALMOND II















BISKUT MAZOLA
















ALMOND  LONDON





















SEMPRIT