Tuesday, September 27, 2011

Ayam Masak Kicap Berempah Mamak Penang


Assalamualaikum semua,

Dah masak ker? Belum lagi?. Hahhhh,.....apakata cuba resepi yang sedap banget ni. Dah tiga atau empat kali saya buat resepi ni, rasanya, insyaAllah sangat sedap, tak rugi jika anda mencubanya. Seperti kata MamakHaji, resepi ini dibuat untuk kemesraan dan kerukunan rumah tangga. Jika dibuat dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih ssyang, insyaAllah pasti akan menjadi satu hidangan yang dapat menambat hati sesiapa sahaja. Terimakasih diucapkan kepada MamakHaji kerana sudi berkongsi resepi istimewa ini. Izinkan saya untuk perpanjangkannya pula di sini.

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG.

Bahan:

1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 . Masukan serbuk kunyit 1 tsp dan garam 1 tsp. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampung tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampung berkeadaan kental.

3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan resipi nasi kandar adalah unik. Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.

Pes Bawang Putih dan Halia. Harap anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih dan Halia ini. Untuk masakan ini, satu biji bawang putih dan 3 inci halia sudah memadai. Sekiranya anda telah sedia ada pes ini gunakan 2 tsp.

1 tsp serbuk lada hitam.

3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang moderate). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. Kalu boleh kurang garam dalam masakan kerana ia akan memekatkan perederan darah dalam tubuh badan dan membantu kolestrol terbentuk.

1 sudu besar sos tiram.

1 sudu besar sos cili.

1 tsp air limau nipis.

1 tsp Jintan manis.

1 tsp Jintan Putih.

1/2 serbuk kas-kas ( dikecualikan).

1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin).

2 sudu besar rempah kari Daging.

3 kuntum bunga lawang, 1 inci kulit kayu manis, buah pelaga 3.

2 batang serai yang telah di ketuk.

Garam , Gula secukup rasa.

Bawang goreng ni pun saya goreng sendiri ya, lebih sedap, rangup dan cantik rupanya.

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, masukkan kedalam minyak 2 batang serai, tumiskan bunga lawang, kayu manis danbuah pelaga. Apabila naik bau rempah masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Segera masukan kisaran bawang merah sehingga baunya naik.

2. Masukan semua bahan-bahan seperti di atas dan biarkan kuahnya didih. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya.

3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya memepunyai kemasinan yang berlainan. Maka sukatan garam tidak dapat diberi dengan tepat. Sikiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.

4. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak dalam bulan puasa ini amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.

5. Apabila hidangkan gunakan tiga warna seperti warna oren – karot. Warna hijau – celery atau pun daun sup dan daun bawang/ daun pudina. merah – Cili Merah. Unggu – Hirisan bawang bulat. Selamat mencuba. * tsp – sudu teh dan sudu besar – table spoon.



Nota: Salam, Jangan terkejut resipi ini banyak menggunakan bahan-bahan. Bahan-bahan yang digunakan adalah pada kebiasaannya setiap dapur memiliki. Untuk resipi nasi kandar anda boleh mula mengumpul rempah-rempah dari kedai Rempah. Jangan membeli rempah ini yanhg terdapat dalam palstik yang rendah mutu. Ujian kesedapan masakan nasi kandar adalah apabila anda buka tuduk penutup …bau rempah mula mengharum dan akan menyelerakan sesiapa sahaja. Kalau kali pertama gagal..cuba lagi. Masakan yang di masak sendiri adalah masakan yang terbaik dan berkualiti disamping itu kita hadiahkan kepada ahli keluarga yang tersayang. Para suami juga boleh mencuba masak resepi – resepi ini untuk kemesraan rukun rumah tangga. Resipi mamak menggunakan kaedah pengalaman bukan sebagai catatan dalam buku resepi yang anda didapati di mana-mana. Mamak bukanlah seorang pakar mengarang resipi tetapi ingin berkongsi dengan anda dalam pengalaman masak. Tujuan blog ini bukanlah ingin mencari nama atau wang tetapi sekadar berkongsi Ilmu di antara insan. Wassalam.




Sunday, September 25, 2011

Sotong Masala Nasi Kandar


Salam isnin buat semua,

Hari ni jom layan n3 yang dah lama dok bertapa dalam waiting list saya. Tak ingat dah bila buatnya, tapi alhamdulillah nama tuanpunya resepi masih segar dalam ingatan saya.

Pertama kali saya terjumpa website Mamak Haji sewaktu mencari resepi resepi dari restoren nasi kandar, hati ini sungguh tertarik untuk terus mengikuti perkembangannya. Oppss...jangan salah faham ya, saya tertarik pada tujuan website itu diwujudkan, untuk membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan katering ataupun yang sewaktu dengannya. Ishhh....takderla nak bukak restoren nasi kandaq pulak ya, sekadar ingin mencuba resepi2nya sahaja.

Website Mamakhaji banyak memberikan tips tips berguna disamping pelbagai resepi menarik dari restoren nasi kandar yang dikongsikan bersama. Sebagai seorang penggemar masakan dari restoren nasi kandar, banyak resepi2 dari web MamakHaji yang telah saya cuba, cuma menanti untuk dipostkan aja. Untuk Mamak Haji, terimakasih bebanyak diucapkan kerana sudi berkongsi resepi menarik dan sedap ini, banyak yang saya pelajari melalui laman web Mamak. Jadi, apa ditunggu lagi, jom kita ramai2 terjah web Mamak Haji untuk mengetahui rahsia perniagaan nasi kandar di Pulau Pinang, negeri kelahiranku.........

Untuk hari ni layan dulu salah satu resepi yang telah saya cuba.

RESEPI SOTONG MASAK MASALA (KARI PEKAT) NASI KANDAR.

BAHAN-BAHAN:

1 kg Sotong putih (sarat telur).
100 gm rempah serbuk kari jenis daging/ayam. ( 1/2 bungkusan 250gm serbuk kari).
1 biji bawang besar labu (sedang) dihiris. (hirisan bawang untuk masakan resepi nasi kandar perlu di potong menegak bawang atau memanjang).
2 biji bawang labu (sedang) di kisar.
Pes bawang putih dan Halia. Pes ini penting dalam masakan nasi kandar.
1 tsp serbuk jintan putih, 1 tsp serbuk jintan manis, tsp serbuk kas-kas (tidak kemestian)
1 tsp serbuk cili (tidak kemestian cuma sekiranya ingin lebih pedas, warna kari anda juga boleh bertukar kemerahan yang cantik).
1 tsp gula pasir.
kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga (ini digelar garam masala).
2 ranting daun kari.
3 cili merah dibelah dua memanjang.
Daun bawang dipotong 2 inci.
75 gm santan pekat atau (4 tbsp yogurt atau 1/2 tin susu cair).
Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.


CARA-CARA:

Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis rempah garam masala ( 4 serangkai). Bila bau haruman naik, masukkan bawang hirisan dan cili merah. Agak hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan pes bawang putih dan halia dan daun kari. Bila mengeluarkan bau haruman(jangan sampai hangus!), masukkan air bawang kisar. (air bawang kisaran adalah cara masak lauk nasi kandar supaya kuahnya pekat dan tidak ada lapisan air terapung di atas kuah kari bila ia sejuk.).

Bila air bawang mula mendidih (sekiranya anda masak tak tumis betul bawang kuah anda akan berbuih seperti basi apabila ia dihidangkan) masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan kas-kas. Tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. Masukan santan pekat atau susu cair mengikut selera anda. Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana ila sejuk kuah akan semakin pekat. Tunggu hingga kuah mendidih. jangan terlalu didihkan kuah anda kerana kalau santan ia pecah minyak kalau susu ia akan bergentel.

Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan hirisan daun bawang. Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong. Pastikan kuah tidak terlalu cair. Mamak haji tidak dapat beri sukatan yang tepat mengenai kepekatan kuah ini. Ikutlah kepekatan kuah mengikut selera anda. Kalau anda tidak mahu rasa kari terlalu kuat kurangkan rempah kari. Hidangan ini biasanya untuk 12 orang. Selamat mencuba.


Mamak Haji

Tuesday, September 20, 2011

Bubur Pulut Hitam


Assalamualaikum dan salam selasa semua,

Hari ni kat tempat saya hujan lebat sangat, tapi sekejap aja. Masa nak pergi ambil anak dari kelas fardhu ain, hujan dan reda, syukur alhamdulillah, kalau tidak payah jugak jadinya, nak berpayung segala, terkadang tu berpayung pun basah kuyup jugak jadinya.

Nak tau apa resepi istimewa saya hari ni? Jom kita tengok.....layan....


Sekali sekala pekena bubur pulut hitam best gak kan, tambah tambah kalau cuaca cenggini, laju aja bubur tu masuk ke tekak.

Buat bubur pulut hitam ni dah lama sangat sebenarnya, baru hari ni teringat nak letak n3. Jangan tak tahu dlm folder saya ada berpuluh lagi resepi yang menunggu giliran untuk dipostingan, terkadang tu sampai tak tau apa nama juadah yang dibuat, resepi dok tang mana, gambaq dok tang mana, jenuh la otak ni dok memikir, silap haribulan juadah lain, resepi lain, tuanpunya resepi pun jadi lain lain kah kah kah....harap harap tak begitulah ya. Mana tak jadi cam tu, memasak hari hari, tp n3 seminggu baru nak masuk satu, mau tak berjela jadinya, terkadang tu tak masuk terus, last last padam cam tu aja.

Resepi ni dah lama saya salin dari rumah CMG. Siapa tak kenal CMG kan, boleh dikatakan semua blogger masak memasak kenal dia, cuma dia aja tak kenal saya, hehehe.......Oklah, jom kita semak resepinya. Terimakasih Cik Mat ya.

BUBUR PULUT HITAM

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan pulut hitam, rendam 3-4 jam
1 3/4 cawan gula (ikut manis masing2 yea)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, parut putih
Secubit garam


CARA MEMBUATNYA :-)

Rebus pulut hitam tadi hingga kembang atau guna periuk tekanan, selalunya ambil masa dalam 20 - 25 minit saja. Alihkan ke dalam periuk lain. Ketepikan.
Tuang 200 ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk pati santan. Ketepikan. Kemdian tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair.
Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih, masukkan daun pandan, secubit garam dan santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air.
Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk sesuai. Pati santan tadi dicampur dengan sedikit garam, kacau rata. Sudukan sedikit santan pekat ke dalam bubur pulut hitam sebelum dihidangkan. Kami orang2 Johor memang wajib ada pati santan kalau makan bubur pulut hitam...

Note : Saya gantikan santan pekat dengan susu rendah lemak disudukan ke atasnya sebelum dihidangkan.

Sunday, September 18, 2011

Tempahan Hari Lebaran 2011

Assalamualaikum....
Gambar gambar kek tempahan yang saya buat baru baru ini. Kesemuanya kek yang mewah dengan coklat, kek kaya coklat.


Tempahan Sally untuk hari lahir staffnya Ms TC Ong. Happy Birthday ya. Yang ni betul2 fully chocolate cake, bunga2 pun dari coklat tau......fuhhhh kalau dpt kat bebudak ni, tak tau la apa jadinya.....heheheh


Bunga bunga mekar di jambangan....


Tempahan untuk sambutan hari raya department hubby.



Tempahan jiran sebelah rumah, Ida untuk rumah terbuka hari raya.



Tempahan Azlina untuk dibawa pulang ke Negeri Sembilan.

Terimakasih buat semua yang sudi menempah.

Friday, September 16, 2011

Rendang Daging Lebaran & Ketupat Daun Palas


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Selamat bercuti semua ya. Mesti ada yang baru balik dari rumah terbuka. Bersempena dengan cuti Hari Malaysia ni ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbukakan. Saya pun tak ketinggalan menghadiri rumah terbuka jiran. Ada dua jamuan aidilfitri hari ni, tp saya pergi satu aja, hubby dan anak-anak pergi dua dua.

Hari ni nak letak gambar ketupat dan rendang yang saya buat masa hari raya pertama dulu. Rasa macam lama sangat saya tak letak n3 resepikan, nanti boring pulak orang asyik menengok gambar2 raya aja. Agak-agak ada tak yang rindu kat resepi dari blog saya??? heheheh..... perasan pulak kita ni.....padahal resepi semua cilok cilok belaka.

Ni la rupa rendang yang saya buat tu. Amacam, mengancam tak??? Nak resepinya??? Klik kat SINI. Asal resepi ni rendang ayam, tapi macam biasala kan, mesti saya nak menderhaka juga, saya gantikan ayam dengan daging, fuhhhhh....best giler....memang sedap sungguh, hingga menjilat jari tau....tak percaya, cuba buat. Tapikan....kalo korang buat tak jadi sedap macam yang saya buat atau tuanpunya resepi buat, janganla korang marah kat kami pulak ya. Resepi ni sebenarnya ikut kemahiran kita juga untuk membuatnya, terkadang tu bila terkurang rasa kat mana mana, pandai pandai la kita adjust bagi sedap atau secukup rasa, jangan pakai ikut jer resepi tu 101 percent.
Sejujurnya, saya selalunya tak berapa ikut resepi asal yang diberikan, saya cuma lihat bahan2 asas yang perlu ada, selebihnya, pandai2la tangan ini untuk menjadikannya mengikut selera saya dan keluarga.

Ketupat daun palas atau juga dipanggil ketupat pulut merupakan hidangan tradisi penduduk utara Semenanjung. Bagi saya sekeluarga, ketupat daun palas merupakan hidangan wajib yang mesti disediakan setiapkali menjelangnya lebaran. Hidangan ini selalunya saya gandingkan dengan rendang daging ataupun ayam. Cara memasaknya boleh dilakukan samada secara rebus ataupun kukus.

Daun yang hijau ni tandanya baru selesai dibalut. Amacam?? ada rupa ketupat jantan tak? atau ketupat betina? heheheh..... ni cuma istilah orang dulu dulu agar ketupat yang disediakan kemas dan kelihatan cantik.

Haaa.....yang ni baru perfect....siap untuk dimakan.


Untuk resepinya, saya ambil dari Mesra.Net. Terimakasih ya.

KETUPAT DAUN PALAS
Sumber: Majalah Wanita Januari 2000

Bahan-Bahan:
1 gantang beras pulut
4 biji kelapa atau 3 kg santan
½ kg kacang mentah 3 jantung jagung (jika mahu) (yg ni saya tak letak)
(saya tambahkan sedikit gula)

Daun palas secukupnya

Cara:
Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.

Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.

Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.

Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.

Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.

Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.

Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering. (Sy kukus selama 1 jam)

Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.

Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.

Selamat menjamu selera.

Wednesday, September 7, 2011

Kenangan Di Aidil Fitri 2011 - Hari Pertama



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,
Tengah buat apa tu? Tengah masak rendang lagi ker? Iyalah, kita masih lagi di bulan syawal, mood raya pun masih berkobar kobar. Hujung minggu tentu ramai yang berperang dengan periuk belanga di dapur untuk menyiapkan juadah buat tetamu, tambah2 yang dah ada perancangan untuk buat rumah terbuka kan?

Oklah, jom kita tengok suasana sambutan hari raya kat kampung saya di Permatang Pauh. Rasanya ramai yang dah habis tayang gambar hari raya, saya jugak yang ketinggalan, apa nak buat, kemalasan tahap gaban masih lagi melanda, ditambah pulak speed computer yang macam kura-kura, lagila terlepas bas kita dibuatnya. Walaubagaimanapun, sambutan raya tahun ini cukup meriah walaupun sederhana, alhamdulillah sesangat.

Pada hari raya yang pertama, saya sekeluarga beserta adik beradik bersama keluarga memasing menerjah ke rumah abang yang sulung. Selepas pemergian ayah dan ibu beberapa tahun yang lalu, rumah abanglah tempat kami menumpang kasih untuk berhari raya di samping adik beradik yang lain. Suasana cukup meriah ditambah pulak dengan kehadiran saudara mara sebelah ipar duai, sepupu sepapat, anak anak saudara, cucu cucu saudara, tidak ketinggalan rakan rakan dan jiran jiran tetangga, riuh rendah dibuatnya dengan gelagat masing masing.

Inilah dia abang sulung saya, Johari namanya. Yang kat sebelah tu sape lagi.....abang sayang kitala hehehe.

Yang ni pula kakak kedua saya, Mahani dan anak anak serta anak saudara.

Yang ni pulak adik saya, Sally dengan anaknya, anak saudara dan anak2 saya.

Yang ni anak kakak sulung saya beserta anaknya, kira cucu gakla ni keh keh keh.

Antara juadah raya yang kakak ipar sediakan, lontong, ketupat daun palas dan kueh mueh.

Alahaiiiii anak omak........ anak akak dan anak adik saya, Marliana dan Deanah Athirah Ainaa....... Amacam ada yang berkenan nak buat menantu tak? Oppppssss sowiiii ya, depa ni dok belajaq lagi, kena tungguuuuuuu

Yang ni abang dan anak2 sedara.

Anak anak sedara belaka.

Yang ni Tok Penghulu rumah saya, keh keh keh.....yang lain tu semua anak anak sedara tengah sok sibuk cari angle yang menarik untuk bergambar

Yang ni anak abang sulung, Nur Hairunnisha. Amacam, sempoi tak??? Opsss ni pun tak leh kacau lagi, dok belajar lagi kat KL.

Ni kakak ipar dan anak anak

Anak anak sedara belaka

Hahhhh, semua dah keluar rumah, siap bok keluaq kerusi lagi nak bergambar.

Yang ni gambar kami sekeluarga, edisi perempuan sahaja, lelaki tak ambil. Untuk gambar penuh, cuma anak saudara yang ambil (nak kena gi cilok kat facebook anak saudara saya la gamaknya ni). Antara yg ada dalam gambar ni termasuk kakak kakak saya, adik, kakak ipar dan anak anak saudara.



Beginila telatah anak2 sedara semasa mengambil gambar, anak sedara guna kamera ribu riban, maklum orang ada pengalaman amik gambar, kena pulak dengan kursus yang diikuti memasing, apalagi, bergambar sakanla semua orang sebab photographer dah ada. Kita pulak guna kamera digital kokak ni aja, malu pulak nak keluarkan dari handbag, iyalah kamera murahla katakan. Tapikan, kita tetap berbangga dengan hasilannya.........







Tuesday, September 6, 2011

Snow Almond I

Tempahan dibuka untuk semua jenis perayaan. Hubungi 012-4742726.