Wednesday, September 7, 2011

Kenangan Di Aidil Fitri 2011 - Hari Pertama



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,
Tengah buat apa tu? Tengah masak rendang lagi ker? Iyalah, kita masih lagi di bulan syawal, mood raya pun masih berkobar kobar. Hujung minggu tentu ramai yang berperang dengan periuk belanga di dapur untuk menyiapkan juadah buat tetamu, tambah2 yang dah ada perancangan untuk buat rumah terbuka kan?

Oklah, jom kita tengok suasana sambutan hari raya kat kampung saya di Permatang Pauh. Rasanya ramai yang dah habis tayang gambar hari raya, saya jugak yang ketinggalan, apa nak buat, kemalasan tahap gaban masih lagi melanda, ditambah pulak speed computer yang macam kura-kura, lagila terlepas bas kita dibuatnya. Walaubagaimanapun, sambutan raya tahun ini cukup meriah walaupun sederhana, alhamdulillah sesangat.

Pada hari raya yang pertama, saya sekeluarga beserta adik beradik bersama keluarga memasing menerjah ke rumah abang yang sulung. Selepas pemergian ayah dan ibu beberapa tahun yang lalu, rumah abanglah tempat kami menumpang kasih untuk berhari raya di samping adik beradik yang lain. Suasana cukup meriah ditambah pulak dengan kehadiran saudara mara sebelah ipar duai, sepupu sepapat, anak anak saudara, cucu cucu saudara, tidak ketinggalan rakan rakan dan jiran jiran tetangga, riuh rendah dibuatnya dengan gelagat masing masing.

Inilah dia abang sulung saya, Johari namanya. Yang kat sebelah tu sape lagi.....abang sayang kitala hehehe.

Yang ni pula kakak kedua saya, Mahani dan anak anak serta anak saudara.

Yang ni pulak adik saya, Sally dengan anaknya, anak saudara dan anak2 saya.

Yang ni anak kakak sulung saya beserta anaknya, kira cucu gakla ni keh keh keh.

Antara juadah raya yang kakak ipar sediakan, lontong, ketupat daun palas dan kueh mueh.

Alahaiiiii anak omak........ anak akak dan anak adik saya, Marliana dan Deanah Athirah Ainaa....... Amacam ada yang berkenan nak buat menantu tak? Oppppssss sowiiii ya, depa ni dok belajaq lagi, kena tungguuuuuuu

Yang ni abang dan anak2 sedara.

Anak anak sedara belaka.

Yang ni Tok Penghulu rumah saya, keh keh keh.....yang lain tu semua anak anak sedara tengah sok sibuk cari angle yang menarik untuk bergambar

Yang ni anak abang sulung, Nur Hairunnisha. Amacam, sempoi tak??? Opsss ni pun tak leh kacau lagi, dok belajar lagi kat KL.

Ni kakak ipar dan anak anak

Anak anak sedara belaka

Hahhhh, semua dah keluar rumah, siap bok keluaq kerusi lagi nak bergambar.

Yang ni gambar kami sekeluarga, edisi perempuan sahaja, lelaki tak ambil. Untuk gambar penuh, cuma anak saudara yang ambil (nak kena gi cilok kat facebook anak saudara saya la gamaknya ni). Antara yg ada dalam gambar ni termasuk kakak kakak saya, adik, kakak ipar dan anak anak saudara.



Beginila telatah anak2 sedara semasa mengambil gambar, anak sedara guna kamera ribu riban, maklum orang ada pengalaman amik gambar, kena pulak dengan kursus yang diikuti memasing, apalagi, bergambar sakanla semua orang sebab photographer dah ada. Kita pulak guna kamera digital kokak ni aja, malu pulak nak keluarkan dari handbag, iyalah kamera murahla katakan. Tapikan, kita tetap berbangga dengan hasilannya.........







13 comments:

  1. selamat hari raya
    mohon maaf dipinta

    seronok berkumpul sanak saudara kan :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak wattie. meriahnyer beraya kt kampung ye.

    ReplyDelete
  3. seronok dapat kumpul ramai-ramai ye Wattie... memang yang sulung tu jadi tempat kita tumpang kasih.....

    ReplyDelete
  4. selamat hari ghaya kat watie best bekumpul ghamai2 cam ni kan

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.. kak wattie ... suka tengok gambar2 sumo tu .. meriah2 dan happy nampak ^^

    ReplyDelete
  6. salam K.wattie..meriahnya sambutan hari raya di kampung yer.sonokkan brjumpa sanak saudara &a dik beradik semua..Edisi gambar bergambar mmg acara wajib nih..ngee

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya kak Wattie.. Ramainya sanak saudara.. Best dapat berkumpul cam ni sekali sekala kan..

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Kak Wattie..bestnya dpt kumpul rmai2 mcm ni kan..hmm..suka tgk pic tu semua :=)

    ReplyDelete
  9. hihih...selamat hari raya kak wat!...kite pon pakai kamera digital kotak jugek...bila masing2 duk tayang dslr ribu riban tu, kamera kotak kite pon diam2 je dlm henbeg...kesian...

    ReplyDelete
  10. seronoknya tengok akak beraya....saya dah lama tak balik kg...raya kat ipoh ni je..kalau buat open house baru la terasa raya....:)

    ReplyDelete
  11. Salam...Selamat Hari Raya Aidilfitri buat akak sekeluarga..Maaf zahir & Batin....
    Wahhhhh meriahnya bila dapat kumpul ramai2 cenggini kan...

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya kak watie best nya ramaiiiiii

    ReplyDelete