Tuesday, May 31, 2011

Happy Birthday Wafriy

Salam buat semua pengunjung blog WHM,

Hari ni selang-selikan dengan n3 kek tempahan pula ya. Teringin sangat nak tayangkan kek "spiderman" yang saya buat untuk anak rakan blogger, iaitu Kaz . Kaz adalah rakan yang saya kenali melalui laman blog. Walaupun baru beberapa bulan mengenali Kaz, kemesraan Kaz berbicara melalui telefon seolah olahnya kami telah bertahun mengenali antara satu dengan yang lain.


Kaz minta dibuatkan edible image gambar spiderman kat atas kek anaknya Wafriy. Kata Kaz, anaknya tu minat sangat dengan cerita Spiderman. Budak budak begitula kan Kaz, anak kecil akak tu pun minatkan kartun juga especially Ben 10 dan Ultraman, siap posing sakan lagi gaya kartun kartun tu.

Bila dicari edible image spiderman kat kedai bakeri, tak ada pula gambar yang besar, cuma gambar yang kecik kecik ni aja yang ada. Jadi, begitulah keadaan designnya. Saya paipkan sedikit corak sarang labah labah sebagai hiasan bersesuaian dengan tema spiderman tersebut. Alhamdulillah, kata Kaz, Wafriy suka akan kek tersebut.


Sebenarnya hari lahir Wafriy jatuh pada hari Rabu iaitu 24hb Mei, tapi disebabkan keadaan yang tidak begitu mengizinkan, maka Kaz buatkan birthday party tu pada hari Isnin berikutnya iaitu 29hb Mei di nursery Wafriy ditempatkan. Kek ni Kaz ambil sehari sebelumnya iaitu pada hari ahad. Sewaktu Kaz ambil kek kat petrol station berhampiran rumah saya, sempatlah saya berkenalan dan berbual bual kosong sebentar serta bergambar kenangan bersamanya. Cantik orangnya Kaz ni, macam berdarah campuran (macam anak mami Penang pun ada, macam anak pak Arab pun ada.....segan pulak kita nak bertanya, nanti org kata makcik kepoh pulak Kak Wattie ni). Anak anak Kaz pun cute sangat, especially Wafriy anak ibu yang montel, tak sabar sabar dia nak tengok kek masa tu. Happy Birthday auntie ucapkan buat Wafriy ya, semuga menjadi anak yang soleh dan terbaik buat ibu dan abah, insyaALLAH.


Sungguh mudah berurusan dengan Kaz, macamana pun tak apala katanya. Lembut dan sangat pandai mengambil hati, sesuai sangat peribadi begini dengan tugasnya sebagai seorang pendidik. Kalau akak, tak sesuaila, sebab akak ni brutal sikit hahahaha...

Buat Kaz, terimakasih bebanyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan ya.



Ni lah dia Kaz dan anaknya. Gambar ni, hubby yang ambil, hubby tak berapa arif dengan kamera ni. Nampak macam duduk sebatu pulak jauhnya gambar ni, kecik sangat jadinya. Tapi takpala jugak kan, dapatla cover wajah kita yang dah berkerut seribu tu......hahahaha

9 comments:

  1. cantikknya kek spiderman....

    ReplyDelete
  2. As'salam

    cantiknya deko kat kek tu, kertip sungguh, kalau ct yang mendeko harus rosak kek tu..hihihi

    ReplyDelete
  3. Assalam kak wattie,
    wah!! akak yang sebelah kiri tu ke?..cunn nya akak kita ni..slim barack aje dia..tak macam kita yg macam guni beras ..hehhe..cake pun cantik tau..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wattie,

    wah langsing persis anak dara...hehe wattie, si ayu tu ada2 aje...mcm guni beras...tengok dia tak der lah gemuk mana....hehe...

    cantiknya kek tu...kalo dekat boleh kita suruh you buatkan untuk anak I tapi bukan spiderman lah...hehe...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Wattie, aduduh....melangitnya pujian utk Kaz. Sebenarnya Kaz malu sgt bila jumpa Kak Wattie yg cun dan slim habis ni. Pandai betul akak jaga badan ya, mcm anak dara. Ni kalau Mak Halimah tgk mesti dia suruh akak jadi model jamu mak dara, hehe. Kaz pun nak buat entry fasal jumpa akak tp tak berkesempatan lagi. Hari ni kalut sikit, sekrg ni baru boleh buka blog.
    Anyway, tq kak Wattie. Kek akak mmg sedap. Nanti kita jumpa lg ya.

    ReplyDelete
  6. bestnya kek spideman ni...anak2 sure suka kan

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Wattie,
    Cantik nye akak buat kek spiderman tu...wpun gambar nya kecik aje,tp hiasan disekeliling tu cukup menarik... :)
    Ijan

    ReplyDelete
  8. Salam kunjungan... blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya
    ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  9. Mas,
    Kek budak budak Mas.

    CT Delima,
    Wsalam. Jangan underestimate diri sendiri, silap silap mengalahkan pro.....

    Ayu,
    Wsalam. Alahai anak sampai 5 mau tak kurus memikirkan kerenah mereka.

    Nuridah,
    Wsalam. Wakakaka...macam anak dara???.....kembang kincup dah ni. Sebenarnya ada gak terlebih isi sana sini. Kek tu deko ikut gerak hati jer....

    Kaz,
    Wsalam. Kak Wattie cuma mengatakan apa yang benar Kaz, yg patut dipuji mesti kita kena puji yer dak.....hehehe.
    Alahaiiii Kaz, tetiba figure kita pulak yg jadi perbualan, malu pulak rasanya.

    KasihRedha,
    Kanak kanak manapun rasanya pasti akan suka akan kek yg ada gambar kartun....kan

    Openid,
    Wsalam. Tkasih Ijan. Baru nak belajar deko sikit2.

    Bobhandburry,
    Wsalam. Sila "o" sila, tkasih sudi singgah blog masak masak akak ni ya. InsyaAllah nanti akak akak buat kunjungan balas.....tungguuuuuu

    ReplyDelete