Sunday, March 27, 2011

The Carnival Water Theme Park


Salam Ahad semua,
Masa cuti sekolah penggal pertama baru baru ini iaitu hari Khamis 17hb Mac 2011 saya sekeluarga berkesempatan meluangkan waktu mandi manda di The Carnival Water Theme Park, Sg Petani, Kedah. Agak lama juga saya tak bercuti cuti Malaysia seperti ini. Seingat saya sewaktu saya mengandungkan anak yang kecil sehinggalah melahirkan sampai sekarang saya tidak bercuti kemana mana sebagaimana lazimnya. Keterbatasan waktu, bajet yang agak padat dan komitmen terhadap persekolahan anak2 membuatkan kami tidak dapat meluangkan percutian bersama famili.

Entah bagaimana, cuti sekolah kali ini, tergerak pulak hati untuk mengajak hubby bercuti cuti Malaysia. Dari hari Isnin membawa ke hari Khamis, barula kami membuat keputusan untuk pergi ke Kedah. Mulanya hubby ingin ke selatan tanahair sebab menurutnya banyak pembaharuan terdapat disana sejak sekian lama kami menjejakkan kaki ke sana. Tapi entah bagaimana tak jadi la pulak. Masa pun kian suntuk. Jadi, kami memilih tempat yang paling hampir iaitu The Carnival Water Theme Park, Sg Petani.

Kami bertolak jam 11pagi. Sewaktu dalam perjalanan, kami singgah di Restoren Ikan Bakar, Kepala Batas, Sbg Perai Utara yang agak terkenal. Macam biasala pengunjung sentiasa ramai, tambahan pulak waktu tengahari. Orang orang pejabat dan famili ramai yang menjamu selera di sana. Untuk menunya, hubby dan anak anak yang pilih. Saya cuma tunggu di meja melayan anak kecil saya, takut pulak nanti tak ada tempat duduk. Kami ambil 2 ekor ikan bakar (satu ikan merah dan satu ikan siakap), daging bakar, ayam panggang, gulai daging batang pisang, sayur lemak, ulam ulaman beserta sambal dan air asam. Punyala banyak sampai penuh meja. Untuk semua itu, kami spent RM 140, Ok la kan. Masa ni, terlupa sungguh nak ambil gambar sebab perut tengah berkeroncong.

Selepas kenyang makan ikan bakar, kami meneruskan perjalanan. Perjalanan ke sana tidak mengambil masa yang panjang kerana tidak jauh dari tempat tinggal saya. Kami tiba di sana jam 2 petang lebih. Mujur jugak kami sampai waktu itu, kalau tak jenuh jugak kami nak menunggu sebab untuk hari Isnin, Rabu dan Khamis, ianya dibuka mulai pukul 2petang hingga 630petang kecuali hari hari lain ianya dibuka mulai jam 8 pagi.


Maka bermulalah episod mandi manda saya sekeluarga. Ini lah dia gambar anak anak dan hubby saya. Anak anak saya 5 orang dan kesemuanya lelaki. Saya tak ada dalam gambar sebab jadi tukang amik gambar. Anak anak bukan main seronok lagi dapat mandi bersama.


Macam biasalah, anak yang dewasa diberi tugas untuk menjaga adik adik. Anak kedua mengambil peranan itu sebab yang sulung tak dapat bersama. Itulah dia yang berkumis tu....hahaha macam abahnya pulak kan, dah besar panjang anak teruna saya kan...


Anak yang kecil paling gembira dapat mencecahkan kaki ke air sebab sejak lahir hinggala sekarang, baru hari itu dia berkesempatan mandi manda di kolam bersama famili.


Masa ni dah selesai mandi manda, jamah snack sikit sebelum pulang. Hubby lak dok belek pamphlet.


Anak kecil saya Zaidany dengan pose jelingan manjanya...


Lepak sat kat taman sambil mama snap satu keping gambar lagi untu kenangan.


Selepas pulang, kami dinner kat Damiral's Grill Restaurant and Cofee berhampiran rumah saya. Inilah dia tempatnya. Suasana kat dalam cam candle light dinner. Masa ni orang tak ramai, bolehla ambil gambar, klu tak malu gak rasanya.


2 orang anak pesan Oriental Chicken Chop harga RM12.90 satu.


Saya dan satu lagi anak pulak order Chicken Parmigiana Italian with Spagethi harga RM 15.90 setiap satu. Masa ni anak yg sulung ikut serta sebab kita balik jemput dia di rumah. Dia order Grilled Barbeque Lamb Chop harga RM22.90 dan seorang lagi order Nasi Goreng Ibunda harga RM 9.90. Hubby lak pesan Fillet Steak with Hunter sauce harga RM24.90. Yg ni semua tak sempat nak ambik gambar sebab dah selesai...hehehe


Side order pulak kami pesan Creamy Mushroom Soup harga RM4.90 dan Garlic Bread RM 7.80.


Minuman pulak anak pesan Iced Chocolate RM 6.50 satu


Yang ni lak Iced Mocha harga RM7.90. Lain lain Coke RM3.50, Iced Lemon Tea RM 3.80, Strawberry Milk Shake RM 6.50, Chocolate Milk Shake RM 6.50, Cafe Latte RM 6.90.
Untuk dinner sahaja RM190.

Begitulah serba sedikit kisah percutian kami sekeluarga ke Taman Tema Air The Carnival. Saya paparkan di sini sebagai kenangan dan rujukan di masa akan datang. Insya Allah jika diberi kesempatan kami ingin bercuti cuti Malaysia di tempat percutian yang lain pula.

1 comment:

  1. bestnyer berholiday.. tun suka gi theme park nih. cuma masa zaman budak2 best la bermandi-manda. dh besar2 nih, segan pualk nk berenang2 especially bila ramai org. kontrol ayu je laa kt tepi2 kolam ;p
    mak aaaii.. mahalnyer.. nasi goreng pon dh sepuloh inggit! mushroom soup pon nmpk shallow je piring tuh.. tp bila mkn nih, kalau sedap mmg x complain laa, mahal pun puas hati. kalau mahal tp xsedap yg stress. hehe

    ReplyDelete