Monday, May 31, 2010

Swiss Roll Batik

Swiss Roll Batik ni saya buat separuh adunan sahaja dan bakar guna loyang 10". Sewaktu membuat swiss roll ni, entah dimana silapnya saya cuma masukkan 2 biji telur sahaja sedangkan ikut resepi asal mesti masukkan 3 biji telur untuk separuh adunan. Tapi alhamdullilah kek tetap menjadi walaupun sedikit merekah. Saya juga tambahkan sedikit serbuk koko konon untuk mencantikkan warna dan menyedapkan rasa dan ternyata memang tidak menghampakan.



Kek ni nampak tidak begitu tebal sebab saya menggunakan loyang 10" untuk adunan yang agak sedikit. Masa menggulung kek ni pun mencabar gak. Mungkin disebabkan tangan dan jari saya ni terkasar sedikit menjadikan kek tu jadi tak berapa bulat. Patutnya saya lembutkan tangan sedikit dan buat pelahan2. Corak batik yang dilorek ni pun pakai hentam keromo aja sebab tak pernah buat sebelum ini, ni kira first time saya mencubanya, amacam ada rupa batik jawa tak?

Apa apapun, rasa kek ini memang sedap dan teksturnya kek ni sangat halus dan lembut, ditambah pula dengan sapuan buttercream lebihan buat cupcakes tempohari dan filingnya saya letakkan blueberry. Hmmm, nyum, nyummm sesiapa yang merasa pasti nak lagi... Di bawah ni saya cp dari blog maklang, tks yer maklang.



SWISS ROLL BATIK COKLAT (loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :
3 biji telur B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung dan gantikan 1 1/2 sb dengan koko powder (jadikan jumlah tepung + koko = 1.5 oz shj)
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit) ...ketepikan.
- Masukkan mentega cair menggunakan spatula or whisker aje, kemudian kaup balikkan biar adunan rata.
- Ambil skit adunan coklat (utk wat design) dicampur dengan choc. emulco..dan msk dlm piping bag.
- Tuangkan adunan selebihnya dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan coklat tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 12 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream selama 2jam.
- Potong dan hidangkan.

Sunday, May 30, 2010

Chocolate Banana Muffin

Salam,
Sewaktu shopping mingguan kat tesco tempohari saya ada membeli pisang berangan sebab nampak elok sangat, lagipun saya ni memang penggemar pisang berangan. Masa beli tu pisang masih belum masak betul. jadi biar dulu sehari dua, baru makan, emmm memang sedap. Dua hari lepas tu, pisang dah nampak cam nak lembik, jadi sebelum dibakulsampahkan baik ler dibuat sesuatu. Tak elok membazir. Maka jadilah muffin kat bawah ni.



Gambar yang ditepek ni kita ambil kat taman tauuuu, alaaa taman mini kecik jer kat depan rumah nun, sebab tu la nampak ada rumput rumput nan menghijau sikit. Kalau ambik guna kamera hphone murah kita ni kat dalam rumah jadi kelabu asap sikit, sebab tu la kita nak bagi dia ceria sikit, ambik kat taman, kat rock garden, bagi muffin ni glamer sikit, ahakssss.



Muffin yang kecil dan comel ni saya buat dapat 25 biji. Saya agih2kan kat jiran sebelah sebagai membalas bekas sebab tempohari jiran bagi kueh pak tongko (atau juga dipanggil cakoi) dengan sambal kacang. Tinggal sikit kat rumah, sekejap jer licin dikerjakan anak2.


Muffin ni memang sedap, sedap sesangat, dengan rasa coklatnya, dengan rasa walnutnya, dengan rasa chocolate chipsnya, boleh dikatakan lengkap segala la dan teksturnya pun sangat lembut, tak rugi saya mencubanya. Disebabkan stok chocolate chips saya agak kekurangan maka saya cuma taburkan sebiji dua jer kat atas muffin dan walnut saya gantikan dengan gajus cincang. Kalau cukup segala bahan mesti lagi sedapkan.

Wednesday, May 26, 2010

Happy Teachers Day

Salam,

Sempena Hari Guru yang disambut baru baru ini, iaitu pada 16hb Mei, anak saudara saya yang comee lotee, si Deanah Athirah Ainaa minta dibuatkan cuppies untuk dihadiahkan kepada gurunya. Mummy Deanah telefon petang Ahad, hari isnin dah nak cuppies, kira adhoc orderlah ni, mujur jugak ada bahan2 kat rumah. Cuppies ni dideco malam hari sampai jam 3 pagi, tu diaaaa penangan hasil keras tanganku, heheheheh

Tengokla hasilnya kat bawah ni, kelabu asap aja gambar cuppies tu sebab diambil pada malam hari, deco pun simple aja, sebab idea tak mari , saya memang tak berpuashati dengan deco tu.

Next day, saya tanya mummy Deanah, camana dengan cuppies tu, dia kata Deanah mengamuk sebab dia suruh mummy pesan kat Acik (sayala tu) buat cuppies dalam individual casing sebab dia nak bagi kat ramai cikgu, alih2 mummy tak khabarkan kat saya, saya buat macam biasa aja la.... letak dalam kotak bertingkap. Jadi, dia cuma dapat beri cuppies tu pada seorang cikgu saja, English teacher. Hari tu pulak, cikgu kelas Deanah pi belanja semua murid makan nasi lemak, punyala raplah jingga si Deanah dan rakan2nya, sebab malu alah kat cikgu depa (alamak ni tersasul dialek Penang lak pulak) sebab tak beri apa2.


Next day, siap Mummy Deanah telefon saya lagi kata Deanah dan teman2nya nak saya buatkan cuppies sorang 3 cawan dalam individual casing sebab mereka nak berikan pada cikgu-cikgu kesayangan mereka. Wahhh, bertuahnya cikgu dapat anak2 murid macam mereka ni, begitu sayangkan cikgu2, mesti cikgu2 kat sekolah tu pandai ambil hati merekakan . Jadi kat bawah ni, saya pun buatlah cuppies untuk mereka, setiap sorang 3 cawan berlainan design atas permintaan mereka


Inilah hasil cuppies saya yang tak seberapa, dibuat dengan sentuhan penuh kasih sayang sebagai menggambarkan keikhlasan dan rasa terimakasih seorang murid terhadap gurunya




Setiap seorang 3 cawan dipack dalam individual casing.

Yang dibawah ini pulak sengaja saya buat lebih untuk hubby bawak semasa melawat temannya yang baru keluar dari hospital disebabkan stroke tempohari. Semuga dia segera sembuh sepenuhnya dan dapat menjalani kehidupan sebagaimana hari2 sebelumnya, insyaALLAH.

Monday, May 24, 2010

Nasi Arab, Ayam Goreng Pedas dan Sup Ayam

Salam,
Hari ni saya buat set hidangan nasi arab dan ayam goreng pedas. Rasanya memang sedap sesangat. Resepi Ayam goreng pedas tu adalah resepi yang sangat2 lama dan ini adalah pertama kali saya mencubanya. Rasanya memang sedap walaupun sedikit pedas.




NASI ARAB
Sumber : Fp K.Liza dan Mamasya (tkasih yer)

Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas-tak letak
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng,gula,garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori



AYAM GORENG PEDAS

Bahan2
1 ekor ayam
30 biji cili kering
20 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 cm halia
1 1/2 cawan sos cili
4 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 biji buah tomato
1/2 cawan kacang tanah
1/2 cawang kacang peas
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara2
Ayam dipotong 8 dan dibersihkan. Seulas bawang putih, sedikit halia, garam ditumbuk lumat dan dilumurkan pada ayam dan dipenggapkan. Cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Bawang besar dibelah 4,buah tomato dibelah 2 dan cili merah dipotong memanjang.
Ayam tadi digoreng biar kuning dan angkat. Minyak dipanaskan dan ditumiskan bahan2 tumbukan tadi. Bila telah garing dan wangi masukkan sos cili, garam, gula serta sedikit air.
Bila kkuah mengelegak, masukkan kacang tanah yang telah digoreng dan dibuangkan kulitnya, kacang peas, bawang besar dan buah tomato.



Sup ayam ni pulak, buat yang simple aja, tumiskan bahan dan masuk ayam. Masak jer. Bahan pakai agak2 jer...

SUP AYAM SIMPLE
ayam dipotong kecil
ubi kentang - dipotong kecil
bawang merah - dihiris
bawang putih - dihiris
halia - dihiris
kiub ayam knorr
daun sup dan daun bawang - dihiris

cara2
1. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau
2. Masukkan air, ayam, kentang dan kiub ayam knorr
3. Rebus hingga ayam dan ubi empok
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidangkan. Taburkan daun bawang dan daun sup semasa menghidang.

Sunday, May 23, 2010

Hershey's Best Brownies





Salam,

Disebabkan hari tu buat brownies sekejap jer licin, maka saya pun cari lagi resepi brownies lain untuk dicuba. Kali ni cuba pula hershey's best brownies pulak, alhamdullillah anak2 semua sukakannya, rasanya memang sedap, sesedap namanya. Mewah dengan coklat dan kekacang...... Anak siap pesan, mama lain kali mama buat brownies macam ni lagi.... Anak2 ni kalau apapun masakan yang ada coklat, mesti semua suka... Ambil resepi ni kat fp Meen, terimakasih kepada Meen dan tuanpunya resepi.

HERSHEY`S BEST BROWNIES

Ingredients :
1 cup butter or margarine
2 cups sugar
2 teaspn vanilla extract
4 eggs
3/4 cups hershey`s cocoa powder
1 cup all purpose flour
1/2 teaspn baking powder
1/4 teaspn fine salt
1 cup chopped nuts

Method:
1. Heat oven to 170 deg cel. Grease 13" x 9" pan.
2. Place butter/margarine in a large microwave-safe bowl and microwave at HIGH for 2
or 2 1/2 mins or until melted. Let cold.
3. Stir in sugar and vanilla essence.
4. Add eggs one at a time, beating well with spatula after each addition.
5. Add cocoa powder, beat until well-blended.
6. Add flour which has been sifted with baking powder and salt. Beat well.
7. Stir in nuts.
8. Pour batter into prepared pan and bake for 30mins to 35mins or until brownies
begin to pull away from sides of pan. Cool completely on wire rack. Frost with cooking chocolate and dust surface with icing sugar. Cut into bars and ready to serve

Wednesday, May 19, 2010

Rich Marble Chocolate Cake Sheila Mambo





Salam,
Dah merata rumah tengok semua dah try buat kek ni...... femes giler kak Shiela Mambo kita. Saya aja yang very the slow, baru nak buat. Anyway, inilah hasil experimen saya, cuma buat separuh adunan sahaja dan bakar dalam loyang 6", alhamdullilah kek ni menjadi, rasanya pun sedap betul sebab mewah dengan coklat.....


Rich Marble Chocolate Cake Sheila Mambo

125g dark coklat, dicincang dan cairkan
125g mentega - saya guna marjerin
125g gula kastor
2 biji telur, dipukul ringan
155g tepung naik sendiri
80 ml susu cair
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara2:-
Panaskan oven terlebih dahulu. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yang telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiakan kosong. Griskan loyang. tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dengan garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh lah dihidangkan dengan topping.

Thursday, May 13, 2010

Cotton Soft Japanese Cheese Cake



COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE

Ingredients:
140gm caster sugar
6 egg whites
6 egg yolks
1/4 cream of tartar
50gm butter
250gm cream cheese
100ml fresh milk
1 tblspn lemon juice
60gm cake flour/superfine flour ( we used all purpose flour)
20gm corn flour
1/4 salt

Instructions:
1. Melt cream cheese, butter and milk over double boiler. Cool the mixture.
2. Fold in flour (all purpose flour & corn flour sifted together), egg yolks, lemon juice and salt. Mix well.
3. In a seperate bowl, beat egg whites with cream of tartar until foamy.
Add in sugar and beat until soft peak formed.
4. Add the cheese mixture to the egg whites mixture and mix well.
5. Line bottom of pan with grease proof paper and pour the mixture.
6. Bake in water bath at 160 deg cel for 1 hr 10min or until test scewer comes out clean.

Monday, May 10, 2010

Kung Pao Chicken



Salam,

Hidangan Kung Pao Chicken ni memang selalu sangat dibuat sebab senang untuk menyediakannya, ditambah pula rasanya yang memang sedap. Cuma pada kali ni saya gantikan cili benggala dengan cili hijau sebab stok kehabisan. Makan nasi dengan ayam ni aja pun dah cukup. Famili semua sukakannya.





KUNG PAO CHICKEN
Sumber : Kak Liza - tks yer

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
1 s/b tepung jagung
1 sk garam

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus (beli yg siap goreng atau boleh juga goreng sendiri)
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sedikit
3 sdm sos tiram
2 sdm sos tomato
1/4 cwn air
minyak untuk menumis

Cara
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api

Friday, May 7, 2010

Kek Nenas Terbalik (Upside down pineapple cake)



Salam semua,
Hari ni masak paceri nenas untuk hidangan tengahari. Ada pulak lebihan nenas, jadi tak mau membazir, maka saya pun buatlah research kot kot ada kek nenas. Alhamdullilah, hasil carian saya menemui kek ini. Apalagi cuba, try, test la jawabnya. Saya cuma buat setengah adunan sahaja takut tak jadi. Hasilnya, beginilah rupa kek saya. Disebabkan saya menggunakan nenas fresh dan bukan dari dalam tin, maka sirapnya pun tiadalah. Maka, bagi menggantikan sirap saya guna low fat milk. Tekstur kek ni memang lembut dan rasanya juga sedap. Terima kasih kpd Pn Akma Myresepi.

KEK NENAS TERBALIK (UPSIDE DOWN PINEAPPLE CAKE)

Bahan-bahan ( 1 biji )
250g mentega
200g gula pasir
250g tepung kek (self-raising)
5 biji telur gred A
1 camt esen vanila
1 tin nenas dalam tin (bulat), 5 camb sirap nenas dimasukkan dalam adunan kek
Ceri merah dan hijau secukupnya

Cara-cara :-

1. Lenser loyang kek dengan mentega.
2. Susun nenas pada dasar loyang. Isikan ceri pada lubang nenas.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan 5 camb sirap nenas ke dalam adunan.
6. Masukkan tepung kek. Gaul sebati.
7. Tuang adunan ke dalam loyang berisi nenas dan ceri tadi. Bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit, sehingga kek masak.
8. Sejukkan kek baru lah diterbalikkan ke dalam serving plate.

Thursday, May 6, 2010

Marble Cheese Brownies



Salam,
Cuba jangan tak cuba. Try buat brownies la pulak. Copy paste resepi dari fp Meen. Tks yer Meen. Dulu pernah buat sekali, tp cheese menjunam ke dasar, huhuhu, overbake gamaknya. Ni buat lagi sekali, tak ada istilah patah semangat, hehehe. Dan alhamdulillah, menjadi. Rasanya pun memang sedap, patutla ramai orang suka.
Buat brownies ni masa tengahari dan buat separuh adunan sahaja, sekejap aja licin dikerjakan dek anak2, berbaloi ler mencuba.

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan Choc. Cake
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum
1 sdt Baking powder
1 sdt Soda bikabonat
1 sdt esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna whisk saja) sampai sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati.
4- Masukkan susu cair > kacau lagi...
5- Masukkan tepung, BP & SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble)
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
> Pukul cream cheese sehingga gebu.
> Masuukan gula > pukul lg hingga sebati.
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak.

Tuesday, May 4, 2010

Lempeng Pisang



Salam,
Pisang disedekahkan dek jiran setaman. Tanya hubby, nak buat apa dengan pisang ni, sampai dua sikat. Hubby kata buat lempeng. Orang utara panggil peknga (tempek di belanga la kot) Buat carian kat internet, jumpa resepi ni kat fp madiha, sumbangan cakcibur (tks yer madiha dan cakcibur), nampak senang sangat, jadi saya pun buat la. Makan dengan sambal tumis ikan bilis, emmm memang sedap,

LEMPENG PISANG

Bahan2
5 biji pisang masak
1 cawan tepong gandum
3 sudu besar gula
secubit garam
sedikit minyak utk mengoreng
jika suka boleh campur 2 ~ 3 sudu kelapa parut yg agak muda
(takde pun takper)

Cara menyediakan
1. Pisang dilecek bersama gula & garam hingga hancur.
2. Campurkan tepung gandum & kelapa parut sehingga rata.
3. Panaskan kuali bubuh sedikit minyak.
4. Masukkan sesenduk adunan pisang dlm kuali dan ratakan. Biar sehingga masak & agak garing kemudian balikkan. (Tambah sikit minyak jika perlu.) Bila masak kedua2 belah.. angkat & bolehlah dimakan begitu sahaja atau bersama sambal tumis ikan bilis.

Monday, May 3, 2010

Cheesy Fries



Salam,
Teringin sangat tengok cheesy wedges yang ditayangkan kat merata rumah. Jadi bila pergi tesco, ambikla jugak sebungkus fries instead of wedges. Balik rumah, pakai resepi yang diambil dari fp Kmal dan Rinn buat untuk fries ni. Tp cheese yang kita pakai tak berapa oren pulak warnanya, pudar jer nampak, tp rasanya tetap sedap banget. Time makan, anak2 pi tambah lagi sos kat atas untuk menyedapkannya. Suka hati korang ler.... Terimakasih untuk empunya resepi.

CHEESY WEDGES (FRIES)

BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar sour cream /yogurt perisa asli
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

Cara-caranya :-
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.